Dah seminggu lebih saya asyik terbersin je. Nampaknya badan saya sedang melawan virus atau intruders dalam badan ni. Teruskan melawan wahai badanku walaupun kadang2 letih juga bersin berulang2 kali. I should say alhamdulillah kan...alhamdulillah..alhamdulillah..banyak kali bersin, banyak kali saya akan sebut alhamdulillah.
Badan saya ni dah lama tak kena selsema...saya mungkin pernah catatkan sebelum ni yg semenjak saya 'demam' yg agak teruk (pada saya, doktor kata biasa2 je..haha..) semasa 'undergrad' dulu, saya macam kebal 'selsema'. Agaknya badan saya dah bina 'a very strong defense system against flu virus'. Bila saya 'check' apa yg saya makan, stok buah2an citrus sentiasa ada dalam bilik saya. Saya suka makan buah2an dan setiap kali pegi 'shopping groceries', sekurang2nya 2 beg plastik penuh dgn buah2an. Jadi mungkin saya boleh 'associate' keadaan saya yg asyik bersin ni dgn tak cukup makan buah (sebab2 tertentu). Saya berdoa moga badan saya bertahan dan saya boleh terus bersabar.
Berdasarkan pengalaman saya dan ia mungkin 'applies' kat badan saya sahaja, alhamdulillah saya jarang demam. Kalau ada anugerah 'paling kurang MC', saya mungkin layak menang..hehe..ada cara2 utk elakkan demam seperti,
- jangan tidur lepas subuh, paling elok jangan tidur siang langsung, lepas isyak tidur, dan sebelum subuh bangun
- senaman 2-3 kali seminggu, tak semestinya pegi gym, boleh je buat keja2 rumah, tapi pastikan ia 'intense', kena sampai berpeluh
- banyakkan makan buah dan sayur2an
- jangan 'overworked', buat keja ikut kemampuan badan, kalau rasa tak sihat, badan kita cuba bgtau kita utk 'slow down'
- rajin2 la solat sunat & mengaji - ni utk ketenangan dan kesihatan rohani, tapi kenalah niat kerana Allah
- be positif & thankful - minda sihat, badan, insya-Allah, sihat
Bila tengok tabiat saya dulu2, patutla badan kena gigih melawan 'demam' sekarang. Saya cuma amalkan rutin 3 yg 'last' ni je. Sudah sampai masanya membantu badan saya ni. Kena 'start' semula rutin2 yg ter'miss'. Nak sihat kenalah ikhtiar kan. Apa2pun saya bersyukur dgn kesihatan yg Allah bagi ni. Saya tahu ramai lagi yg kurang bernasib baik di luar sana. Cuma impian saya ingin menjadi seorang muslim yg kuat dan sihat agar dapat memberi manfaat kepada ummah, insya-Allah.