Thursday, 25 August 2011

Bersyukurlah

Antara doa2 yg saya suka baca terutama dlm bulan posa ni adalah mohon Allah masukkan saya dan keluarga serta seluruh muslimin ke dlm golongan org2 yg bersyukur. Sesungguhnya terlalu byk nikmat yg kita perolehi, samada kita sedar atau pun tidak, secara langsung atau tak langsung. Tak semestinya kaya raya, senang lenang atau berpangkat tinggi. Bila kita dapat melalui kehidupan dgn tenang pun satu nikmat yg sgt bernilai.

Bayangkan saudara seagama kita di Gaza. Semalam mereka dibom lagi. Macam mana lah kehidupan mereka. Sampai bila peluru, serangan bom dan kecerderaan dan kematian akibat diserang menjadi santapan harian di sana. Sayu hati mengenangkan kesukaran yg mereka lalui. Kenapa kita, umat Islam seantero masih belum dapat mencari resolusi utk membantu mereka.

Umat Islam bukan miskin. Terlalu ramai yg kaya raya. Lihatlah kemewahan saudagar2 minyak, rezeki melimpah ruah. Saya yakin mereka boleh memberi impak yg kuat ke arah kebajikan dan keselamatan Gaza. Benarlah harta boleh melalaikan. Dikurniakan harta yg byk pun satu ujian hidup. Mereka lupa yg harta kemewahan hanyalah pinjaman sementara shj.

Bagi kita yg jauh ni, jom byk2 berdoa utk Gaza & penduduknya. Semoga mereka dilindungi Allah dan bersatu padu menegakkan keadilan di sana. Bagi kita yg jauh ni jugak, usahlah mengeluh jika diduga...sabar..dan sebenarnya kita masih bertuah berbanding mereka. Jom jadi muslim yg kuat dalaman dan luaran. Semoga org Islam menjadi ummah yg kuat semula.

No comments:

Post a Comment