Semalam kami menyambut hari raya utk tahun ni. Sambutan yg agak berbeza buat saya. Saya masak rendang daging dan merebus ketupat, sambil2 membakar sebiji kek utk dibawa besok. Tak sangka saya sanggup berjaga sehingga pukul 1.00 pagi. Tahun2 lepas, saya akan tidur seawal mungkin supaya besok muka nampak fresh..hehe..This time, saya tak kisah muka akan nampak fresh ke tak. Tak pernah saya buat. Sekarang baru saya faham kenapa ummi sanggup bersengkang mata memasak utk keluarga. Kata ummi, memasak dgn penuh kasih sayang.
Kami bersama2 jiran2 terdekat ke dewan dgn bas. Seronok bila dapat berjumpa dgn rakan2 senegara seagama berkumpul, solat raya, dgr khutbah raya dan makan2 sama2 sambil borak2. Tahun2 lepas, saya samada beraya di Malaysia atau solat raya di masjid berhampiran rumah saya. Dapat jugak saya beraya dgn komuniti kali ni. Dah lama saya tak sembang2 santai dgn rakan2. Alhamdulillah atas nikmat ini. Saya berdoa moga ikatan ukhwah antara kami berpanjangan dan biarlah semakin utuh. Ramai jugak yg menghadirkan diri ke dewan.
Makanan byk tak habis. Sungguh byk nikmat yg kita dapat. Takde alasan utk tidak bersyukur. Baru2 nie saya ada dgr ceramah kat radio tentang erti syukur. Ia bukan sekadar ucapan di bibir, ia menuntut kita menterjemahkannya dgn amalan - menambah amalan dan memperbaikinya, bersedekah, dan amalan2 baik yg lain. Bersedekah ada byk bentuk. Kata2 yg baik juga sedekah. Senyuman yg ikhlas pun satu sedekah. Saya akan cuba amalkan, Insya-Allah.
Mudah2an kita diredhai Allah.

No comments:
Post a Comment