Ketika saya kecil, di sekolah, guru akan segera menegur kalau kami berbisik-bisik ketika guru sedang mengajar, guru mahu kami memberi tumpuan kepada apa yg sedang diajar. Tapi kadang-kadang, saya ingin betul berbisik2 dgn rakan di sebelah saya gara2 tak sabar nak tunggu kelas habis. Kalau tak segera 'share' dgn rakan sekelas, bimbang idea/hal tersebut dilupai terus. Maklumlah, zaman kanak2 sungguh 'busy', macam2 aktiviti nak buat, sungguh seronok..main, belajar, main, makan, minum, belajar, sukan etc...
Sekarang saya lebih suka berbisik2 dgn Kekasih hati, ketika hati risau, kepada Nya saya berbisik2 mengadu, ketika 'jiwa kacau', saya meluahkan segala yg terbuku dalam hati kepada Nya, ketika ada hal yg bermain2 di fikiran, hati akan bercakap2, berbisik2 kepada Yang Maha Berkuasa. Sesungguhnya, kita tak pernah keseorangan. Allah sentiasa ada.
Banyak perkara yg lebih elok dibisikkan kpd Allah bukan mengadu2 kepada org lain. Kita tak tahu hati org kan dan mungkin apa yg kita adukan disalah tafsir. Tak boleh tersalah pilih org. Kita tak tahu adakah rakan2 yg kita kenal ikhlas berkawan dgn kita, terutama rakan2 yg kenal kita bila kita dah senang dan berkerjaya. Lebih selamat kalau pilih ahli keluarga terdekat. Setakat ni, alhamdulillah ibu bapa dan adik-beradik sentiasa sudi mendengar luahan hati tanpa 'prejudis'. Mereka akan cuba meleraikan apa2 kekusutan dan sedia membantu seikhlas hati.
Bila dah bertemu pasangan hidup, saya kira tidak sesuai utk mengadu2 dgn ayah bonda dan adik-beradik lagi. Lebih elok luahkan kepada jejaka yg bertuah itu. Tapi, kalau buah hati sentiasa sibuk, tak berkesempatan menjadi pendengar, berbisik2 lah dgn Kekasih Abadi.
Cubalah. Sungguh indah rasanya bila sebarang keinginan yg dibisikkan menjadi realiti, sebarang kekusutan terlerai dgn izinNya. Subhanallah.
No comments:
Post a Comment