Saturday, 17 December 2011

Makin Hampir

Hari ni saya nak meluahkan rasa bimbang tentang apa yg sedang melanda umat dan negara2 Islam sekarang. Minda saya letih bila mendengar berita tentang rusuhan yg masih belum reda di Mesir. Yg hairannya mereka bergaduh sesama sendiri dan memusnahkan harta benda mereka. Memang boleh protes kalau berlaku ketidak adilan tetapi kenapa mesti ada yg cedera dan mati. Begitu murah harga nyawa mereka. Tak bolehlah mereka protes baik2 dan bawak berbincang. Lebih baik bergaduh di meja rundingan. Lawan lah habis-habisan. Lebih elok kalau ia secara teratur, berhujah dgn fakta dan bukti. Tak bolehkah wakil2 mereka berbincang dgn pihak yg diprotes. Asyik bergaduh dan tak aman je ni. Adakah makin hampir hari kiamat? Mungkinkah?

Aiskh...lega rasanya bila dan tulis ni.

Saya faham yg kita tak boleh nak selamatkan dunia Islam ni sorang2 atau dgn jemaah yg kecil tapi sekurang2nya marilah kita berdoa moga saudara-mara seislam kita segera mencapai kata sepakat. Moga Allah selamatkan dan lindungi orang2 Islam.

Dah lebih setahun mereka di Mesir ni memprotes. Eh..eh...cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar juga dah setahun saya kahwin. Saya semakin gembira dgn kehidupan ni. Alhamdulillah. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah. Moga kehidupan kami diberkati. Moga Allah kurniakan kami sebuah keluarga yg bahagia. Moga Allah kurniakan kami kebaikan dan keberkatan daripada perkahwinan ini. Moga kurniakan kami zuriat yang baik2.

Saya akan terus berusaha memperbaiki diri, insya-Allah. Terima kasih kat buah hati yg bersabar dgn kerenah saya selama setahun ni. Harap boleh terus bersabar dan bagi teguran dan tunjuk ajar kpd saya. Terima kasih juga kerana bawa saya 'dating' tadi. Seronok juga jalan2 cari makan sejuk2 ni. Ramai betul org kat bandar hari ni, masing2 'last minute christmas shopping'. Kami pun cuci2 mata jugak, tapi panjang betul 'queue' kat tempat membayar. Jadi kami lihat2, komen2 dan keluar kedai..hehe..Teringat musim perayaan di negara tercinta. Mana tahu tahun depan ada rezeki balik beraya. Mana tahu kan....

No comments:

Post a Comment