Thursday, 18 August 2011

Dah Jatuh Cinta

Saya dah jatuh cinta dan ia tiada gantinya. Semalam saya cuba dgr lagu2 nasyid (maher zain, hijjaz etc) buat menghibur hati ketika mengadap data yg beribu2 lemon ni tapi impaknya kurang berbanding kalau saya dgr ayat2 suci Al-Quran. Jadi dgn hati yg gembira saya mengaku yg saya dah jatuh cinta dgn ayat-ayat suci Al-Quran. Mungkin saya dah lama jatuh cinta, semenjak kecil lagi. Cinta ni sahih saya dapat daripada abah saya.

Ia cukup menenangkan. Ini baru dgr, kalau dihayati makna2nya, lagi hati ni akan tersentuh, kagum dan terimpak dgn keindahan dan kebenaran isi kandungan Al-Quran. Patutlah ramai orang bukan Islam (saya dah jumpa beberapa orang di sini) yang suka membaca dan mengkaji Al-Quran. Ia satu keajaiban dan a 'treasure'. Saya cukup simpati kt mereka yg belum lagi jatuh cinta dgnnya atau tidak berkesempatan utk membaca atau mendgrnya.

Kalau tak sempat baca, boleh je ulang2 kat dlm hati mana2 surah yg kita hafaz. Bak kata pepatah melayu, kalau nak seribu daya kan. Selalunya saya akan baca Al-Quran di ofis waktu tengah hari, ia boleh meredakan dendang sayang, keroncong etc kat dlm perut ni..hehe..Saya bersyukur dapat pindah bilik ni, walaupun ia sgt sejuk, saya boleh pasang bacaan Al-Quran tanpa perlu bimbang ia mengganggu rakan2 sebilik. Yelah, citarasa kita tak sama..saya tak boleh expect org lain pun suka apa yg saya suka kan...apa2pun saya cukup bahagia sekarang. Moga saya bertambah2 bahagia.

No comments:

Post a Comment