Bercakap psl usia, dlm keluarga saya kami tak guna perkataan semakin tua tapi kami lebih suka guna semakin berpengalaman. Betul kan? Cuba fikir2kan setiap hari yg berlalu pasti ada pengalaman baru yg kita kutip. Kalau kita kehilangan sesuatu, pasti kita rasa sedih. Tapi sebenarnya kita semakin kaya, kaya dgn pengalaman baru.
Pengalaman2 itu elok kita simpan dan kenang baik2. Byk perkara yg kita perlu lalui baru kita faham. Kira hands-on lah. Saya mengaku yg saya jadi sgt 'curious' tentang pengalaman baru. Saya boleh habiskan berjam2 mencari maklumat mengenainya. Ada baik dan ada tak baiknya. Yg baiknya saya lebih kurang boleh 'anticipate' apa yg akan berlaku. Yg tak eloknya, minda saya tak dapat 'ignore all possible outcomes, including the negative ones'.
Saya faham yg 'what we think matters a lot' tapi saya tak cukup kuat utk menepis 'negative thoughts' pada pengalaman yg lepas. Nampaknya saya perlu 'oevrhaul' minda/mental saya supaya kuat. Saya nak 'reprogram' ia supaya fikirkan yg positif dan kejayaan shj. Mudah2an minda saya masih boleh dipulihkan. Anything is possible right! Insya-Allah, saya akan usahakan.
Rindu pulak pada pengalaman itu. Alhamdulillah, saya sudah ada pengalaman untuk dijadikan panduan dan pengajaran. Lepas ni saya akan lebih bersedia, insya-Allah. Sebenarnya tak sabar nak melaluinya lagi. Tapi ia bukan hak saya. Yg saya boleh buat adalah selesaikan tugas2 yg diamanahkan supaya saya boleh melaluinya semula dgn hati dan minda yg lebih tenang dan bersedia. Mudah2an Allah izinkan impian saya ini menjadi realiti.
Hati akan terus berharap dan yakin ia akan jadi kenyataan. Allah is The Best Planner. Mari kita hargai setiap saat dan apa yg kita ada. Sinar harapan akan memancar seperti sinar mentari di celah2 pokok ni :)

No comments:
Post a Comment