Saturday, 27 August 2011

Saya suka...

Saya dah byk berubah sejak menjadi isteri ni. Kalau dulu saya tak minat sgt memasak, apatah lagi buat biskut dan kek2 ni. Pada saya leceh sume tu, baik beli je, senang. Tapi 'slowly' saya rasa selesa di dapur. Walaupun masih juga ter'accident' sana sini. Terlupa pakai glove bila bukak oven la..kesian jari2 saya, tak semena2 kena oven yg panas tu. Bila dah terkena tu, beristiqfar je la. Mudah2an Allah hapuskan dosa2 saya. Teringat ummi yg selalu 'watch over her eldest daughter whenever I am in the kitchen' sebab selalu sgt terkena minyak panas lah, terkena pisau la. Kalau saya menggoreng, macam2 perisai saya guna..hehe...tu la gara2 jarang ke dapur.

Dulu2 saya suka mengemas..suka tengok rumah kemas dan bersih. Jadi bab2 memasak ni adik2 perempuan yg 'conquer'. Beruntung ada ramai adik2 perempuan ni. Sudahnya adik2 saya yg pandai masak itu ini. Kakak nye ni kekal 'as the planner'..hehe..anyway, I've changed now and I like it. Thanks to suamiku yg suka kalau saya memasak. Kalau tak sedap, dia senyap jer tu membuatkan saya tak patah semangat utk terus memasak.

Saya baru je siap bakar biskut kacang. Biasalah saya ubah sikit2 resepinya tu. Rasanya belum tau lagi tp insya-Allah okay lah. Ada juga aktiviti kat rumah bila suami takde kat rumah kerana mencari rezeki. Masa bujang saya selalu membayangkan lepas kawin saya akan sentiasa di sisi suami, ke mana2 saja bersama, berkepitlah seronok. Tapi realitinya suami perlu keluar bekerja dan saya kenalah isi masa supaya tak bosan atau sunyi. That's where cooking becomes my pastime..hehe...

Semoga adik2 dan rakan2 saya yg masih bujang segera bertemu jodoh. Impian saya utk tidak berpakwe sebelum kahwin tercapai. Saya tak nak terlibat dgn dosa2 org2 yg bercinta sebelum kahwin. Allah makbulkan permintaan saya. Alhamdulillah. Saya sgt2 bersyukur atas kurniaan Allah ini. Mohon lah apa saja, asal yg baik2, sebab Allah dgr semua permohonan dan permintaan kita. Subhanallah.

No comments:

Post a Comment