Semalam kami berbuka dan bersolat beramai2 di sebuah dewan di bumi asing ni. Saya sungguh bersyukur diberikan rezeki dapat bersolat berjemaah. Seronok berbuka dgn rakan-rakan baru dan lama. Kalau tak hadir program seperti ni, mungkin tak dapat berjumpa mereka, maklumlah jadual seorang pelajar yg semakin 'busy' ni. Saya 'missed' banyak program dgn komuniti Malaysia pada tahun lepas kerana saya ada tanggungjawab dgn sebuah persatuan di universiti. Saya buat apa yg termampu. Belajar adalah prioriti utama. Jadi saya hanya boleh pilih satu persatuan sahaja untuk bulan Ramadhan 1431 supaya tak menganggu jadual 'study' saya. We can't have all, right.
Bila makan bersama2, kita boleh bersembang secara santai dan ia memberi impak positif kepada silaturrahim. Entah kenapa perasaan saya sungguh gembira bila dapat jumpa rakan-rakan di sini. Semoga masyarakat Malaysia di sini terus berbaik-baik dan mengekalkan silaturrahim yg ada.
Sedikit coretan perubahan pada perasaan saya berkenaan doa dan harapan. Semasa remaja, saya tak faham sgt bagaimana etika berdoa. Saya berdoa dan mohon kepada Allah bersungguh-sungguh utk mendapatkan sesuatu, permintaan saya spesifik, siap dgn bila dan apa. Sekarang, bila saya fikir2kan, betapa 'childish'nye saya dalam berdoa. Memang Allah makbulkan doa2 saya. Saya dapat apa yg saya minta, tapi saya malu bila memikirkan kehendak saya yg mahukan Allah makbulkan doa2 saya tu dgn segera.
Saya sedar yg bila berdoa, kita perlu berdoa dgn penuh rasa kehambaan, merayu kepada Allah Yang Maha Agung dan Berkuasa dan yakin Allah lebih Mengetahui bila masa yg sesuai utk Allah bagi apa yg kita minta itu. Sekarang ni saya akan dan akan terus berdoa dan tidak akan begitu memikirkan bila permintaan saya itu menjadi realiti kerana saya yakin, penuh yakin Allah makbulkan semua doa2. Bila dan bagaimana itu adalah hak Allah. Saya tak perlu bimbang atau risau. Perasaan saya lebih tenang begini. I'll just do my best and let Allah do the rest.
Perasaan saya bertambah2 tenang bila membaca kitab Allah. Bacalah Al-Quran selalu rakan-rakan. Baca dgn hati dan fahami makna ayat-ayat Ql-Quran, hati akan semakin tenang. Saya sukakan perasaan sebegini. Alhamdulillah. Impian saya adalah utk solat dgn lebih khusyuk dari sehari ke sehari. Moga ia menjadi realiti.
No comments:
Post a Comment