Tuesday, 30 August 2011

Intangible Assets

Tahukan anda yg byk benda yg boleh dikategorikan sebagai 'intangible assets'. Benda2 yg kita tak boleh pegang dan tidak mempunyai bentuk fizikal tapi masih memberi faedah kepada kita. Jangan terkejut kalau saya katakan 'resepi2 kat internet' tu adalah 'intangible assets'. Tak kira berapa ramai yg baca dan ikut resepi tu (faedahnya), ia masih boleh diakses oleh ramai org. Takde sape boleh halang atau kawal. Kalau saya cari2 resepi kat myresepi.com, ia tak menghalang anda mengakses resepi yg sama. Jadi, ia layak utk digelar 'intangible assets' (no physical substance, provide benefits which you can control over its access).

Kebanyakan intangible assets juga ada pada 'human beings' seperti kematangan, kemahiran dan informasi (dan juga pengetahuan) yg dimiliki. Tapi dari perspektif perakaunan, ia sukar utk direkod kerana nilainya sukar diperolehi walaupaun kemungkinan besar pada masa hadapan 'kos2 pengiklanan' akan boleh diklasifikasikan sebagai 'intangible assets instead of operating expenses'.

Pada saya kata2 yg positif jugak satu bentuk 'intangible assets' kerana ia memberi impak positif kepada seseorang, ia memotivasikan dan boleh mengembirakan hati seseorang. Byk perkara boleh dicapai kalau kita gembira kan. Saya pernah membaca buku perihal 'parenting'. Kisah seorang ayah dan ibu menangani kerenah anak mereka yg asyik gagal jer. Rupa2nya setelah bertahun2 mencari formula bagaimana nak bantu anak tersebut, baru mereka sedar yg persepsi mereka selama ni yg menganggap anak mereka itu kurang bijak, kurang yakin diri dan macam2lah. Bila mereka ubah persepsi tu kepada positif, barulah anak mereka perlahan2 mampu berjaya dlm pelajaran dan mampu membentuk peribadi menjadi seorang yg berkebolehan dan berkeyakinan diri. Jadi 'persepsi yg positif' juga satu 'intangible asset'.

Jadi eloklah kita berhati2 bila berkata2 atau berpersepsi terhadap seseorang, ia mungkin boleh mengguris hati dan membuatkan keadaan menjadi semakin buruk. Kesian kat org tu, ia juga akan mengugat emosinya. Hati yg menangis sape yg tahu kan, hanya Allah sahaja yg tahu.

Mudah2an kita tidak pulak menjadi 'intangible liabilities'. Contohnya ayat melabel seperti 'awak memang XYZ' akan membuatkan seseorang itu 'down'. Tambahan pulak 'terlajak perahu boleh diundur terlajak kata....'.

Bila difikir2kan kehadiran insan2 tertentu dlm hidup kita telah Allah atur secantik2nya, ada yg lambat dan ada yg cepat muncul. Kalau ia lewat, mesti ada sebab2 tertentu seperti mungkin pada masa tu kita dah agak matang dan boleh 'recover' bila asyik dihujani kata2 yg melabel atau negatif. Apa2pun biarlah apa org lain nak kata tentang kita. Kita tahu sape diri kita, samada kita salah atau tidak, samada tuduhan itu benar atau tidak kan. Memang bila dilaser, kita, sayalah tu, akan rasa sgt sedih, tapi tak boleh sedih lama2, kena cepat2 pujuk hati sebab kalau emosi terganggu ia tak elok utk kesihatan. Mengadu je dgn Yang Maha Berkuasa dan mohon kekuatan utk terus bersabar. Yang penting kita jadilah 'intangible assets' not 'intangible liabilities' supaya bermanfaat kepada org lain.

No comments:

Post a Comment