Sunday 28 February 2016

nak mula menulis

In Shaa Allah saya nak kembali menulis di blog saya ni. Sebenarnya baru hari ni saya berkesempatan cari maklumat berkenaan blog saya ni. Ni kes terlupa password lah.

Alhamdulillah jadual harian saya agak padat. I am a mom now. Dah setahun lebih si cantik manis tu. So, saya kena bagi priority kat kerja bila kat ofis. Juggle jugak lah mula2 dulu. Ni dah biasa. Si cantik dah besar teman ummi dia setiap hari. Oh sejak saya hantar dia ke taska dia panggil saya mama. Mama pun mama lah comel. Kawan2 dia panggil mak mama dia pun ikut. comel sungguh.


Tuesday 26 August 2014

Petua Merawat Sakit Mata

Suatu hari anda melihat rakan sekerja anda memakai cermin mata hitam di pejabat. Anda rasa hairan. Apabila diselidik, rakan anda itu terkena sakit mata.

Sakit mata ni berjangkit. Seandainya ada antara ahli keluarga terkena sakit mata, kebarangkalian ahli keluarga lain terkena sakit ni sangat besar. Kulit merupakan sistem pertahanan pertama badan kita daripada serangan virus, bakteria dan organisma yang berada di udara. Mata, antara anggota badan yang tidak berkulit. Jadi ia terdedah kepada serangan-serangan virus tersebut.

Mengikut cerita rakan-rakan, sakit mata sangat sukar. Anda akan rasa seakan-akan urat-urat di sekeliling mata bengkak, rasa sangat sakit jika tunduk dan bangkit seperti sujud, rukuk ketika solat. Tetapi usah gusar terdapat beberapa petua yang anda boleh buat untuk meredakan sakit ni dan merawatnya.

1. Rendam mata dgn air garam  petua org cina
2. Rendam mata dgn air zam-zam
3. Titiskan susu ibu ke dalam mata

Ulang mana-mana cara yang anda suka sehingga sakit mata anda pulih. Jangan lupa baca al-fatihah, salawat dan berdoa mohon penyembuhan daripada Allah SWT.

Selamat mencuba :)

Monday 25 August 2014

Gajet oh gajet: love and hate relationship

Hampir setahun lebih tiada coretan baru di blog saya ni. Sejak balik ke tanah air terchenta ni macam-macam urusan perlu dibereskan. Beberapa dugaan ditempuhi, beberapa pengorbanan perlu dibuat. Akhirnya saya dapatu juga bertukar tempat kerja atas sebab peribadi. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kepada Allah.

Saya berazam untuk lebih kerap menulis di blog ni. Ini satu latihan untuk saya kembali mendapatkan momentum menulis. Saya suka menulis. Cabarannya adalah menjadikan menulis satu kebiasaan. Kalau mahu seribu daya, in sha Allah.

Hari ni saya nak menulis tentang gaya hidup zaman kini, khususnya hidup di zaman gajet. Kalau kita perhatikan rata-rata orang mempunyai telefon pintar. Cuba lah pandang ke kiri dan kanan kita ketika di tempat awam atau majlis-majlis rasmi, pasti ada telefon pintar ni di tangan mereka. Ia dah manjadi trend kehidupan kini. Ia tak salah. Tapi ia akan membawa banyak masalah berkaitan hubungan di alam nyata terutamanya dengan ahli keluarga sekiranya gajet menguasai seluruh kehidupan kita.

Saya ada terbaca penemuan sebuah 'research' iaitu individu yang terlalu banyak menghabiskan masa senggang dengan gajet: kehidupan di alam maya seperti whatsapp, facebook, tweeter dan sebagainya, akan merasa tidak puas dengan kehidupan di alam nyata. Individu ini akan lebih merasakan kehidupan di alam nyata ini serba kekurangan dan tak kena. Ini tidak baik untuk institusi kekeluargaan.

Kemudahan alam siber tidak salah. Ia membantu kita mendapatkan maklumat dengan pantas dan cepat. Kita boleh mengikuti isu-isu semasa dengan lebih mudah tanpa batasan dan kekangan masa dan tempat. Tapi biarlah ia berpada-pada. Jangan sampai kita mengabaikan meluangkan masa berinteraksi secara nyata dengan ahli keluarga.

Saya terkenang zaman kami membesar tanpa gajet. Abah dan ummi sentiasa meluangkan masa beraktiviti dengan kami. Kami berborak-borak santai semasa makan pagi, tengah hari, petang dan malam. Macam-macam perkara yang disembangkan. Abah menjadikan perbualan dan aktiviti sebagai medium mengajar dan mendidik kami tentang kehidupan, tentang misi dan visi sebenar hidup ini, tentang nilai dan kepentingan hidup bertunjangkan nilai agama. Ummi akan bercerita untuk menyampaikan mesej yang berguna tentang kehidupan. Kami jadi begitu rapat. Ia cara yang paling efektif mendidik anak-anak kerana sehingga kini, ketika abah sudah tiada di sisi kami, kami masih teringat kata-kata nasihat dan ajaran abah. Ini mungkin sudah jarang diamalkan dalam kehidupan zaman bergajet ini. Saya sangat bersimpati dengan anak-anak yang membesar tanpa sentuhan nyata ibubapa.

Semoga kita menyedari pentingnya usaha ke arah mengukuhkan ikatan kekeluargaan secara nyata. Janganlah kita terlalu asyik dengan alam maya ini. Sekiranya ia tak dikawal, besar kemungkinan generasi yang lemah nilai akan semakin ramai dan berjayalah agenda musuh-musuh Islam kerana generasi yang rapuh ikatan kekeluargaan adalah lemah dan mudah dipengaruhi dan dikuasai. Moga Allah pelihara kita dari ancaman yang sedemikian.

Friday 5 July 2013

petua melawan negative thoughts. a mental fight.

dah lama saya tak menulis di blog ni. bukan tiada idea. cuma saya sekarang lebih banyak melayari internet menggunakna smart phone. boleh dibawa ke mana2. selalunya saya tak sure password utk login kat blog ni. kalau kat laptop, ia dah di 'save'.

kenapa saya nak mencoret tentang 'mental fight' hari ni? sebab saya sedang mencuba sedaya upaya utk 'fight my negative thoughts'.

alhamdulillah saya dilahirkan sebagai seorang yg 'postive minded'. saya bersyukur sgt2. mudah utk stay postive bila ia hanya melibatkan diri sendiri. agak mencabar bila ia melibatkan org lain.

bila saya terpaksa 'berperang dgn negative thoughts' ni? bila komunikasi 'is broken, failed or down'. banyak perkara yg saya nak tahu tapi tiada cara utk mengetahuinya kerana 'the other party' is of different specie. what i mean is jenis yg tak suka berkomunikasi. bila ditanya, tiada jawapan. saya suka berbincang tapi nampaknya it is impossible. geram jugak. tapi saya faham yg dia bukan saya. kita berbeza. itu yg buat hidup ni menarik. masa tu mcm2 bermain kat minda. pagi ptg siang mlm. masa mandi, makan, nak tidur, memandu, pendek cerita setiap masa. saya tidak menyukainya. saya tahu semua tu bisikan syaitan. saya perlu membenterasnya.

so whenever the negative thought flashes through my mind I will do the following,

-muhasabah dan koreksi diri, kita byk kelemahan yg boleh dibaiki, jgn fokus kat di other party, fokus kat diri kita sebab kita boleh kawal mcm kita nk memberi reaksi
-istigfar
-salawat atas Nabi kita
-baca ayat seribu dinar
-anggaplah ini dugaan Allah supaya kita lebih mengingatiNya
-mengadu dan luahkan segalanya hanya kpd Allah

alhamdulillah, the war is less frequent now.

I also learn that never try to please people as we may end up feeling frustrated and annoyed. Aim to please Allah, we will always feel blessed. I have also started to ask 'how do I feel now? what do I want from this? what about my rights? etc'.

kalau anda menghadapi hal yg sama, sila2lah cuba cara ni. Semoga Allah kurniakan kita kebahagiaan yang sebenar. ameen.

Monday 1 April 2013

Buku favorite terkini



Dah bulan April 2013 dah. Sungguh cepat masa berlalu. Kalau tak berlumba-lumba berbuat kebaikan memang rugi lah. Nampaknya 4 hari lagi buku2 yg saya pinjam dari perpustakaan akan ‘due’. Baru je berjaya habiskan buku yg ‘last’ tadi. Alhamdulillah. ni yg buat saya seronok dgn profesion saya ni, saya boleh habiskan masa membaca buku. Tapi buku2 ilmiah lah kan. Moga saya boleh kutip panduan utk saya kongsi dgn anak didik saya. Kalau ada masa bacalah buku ni, memang berbaloi.

‘Kisah 40 tokoh-tokoh islam yang disusun oleh H.Luqman Hakim’

Kisah 40 tokoh Islam yang ditulis dgn bahasa yang ringkas, padat dan mudah difahami dgn gaya yang sangat santai memang sesuai utk kita jadikan bacaan. Kisah-kisah ni boleh membakar semangat kita utk terus gigih mencintai Islam dan ilmu. Tahap kesabaran mereka dalam mencari ilmu dan menyampaikan ilmu sgt tinggi. Saya sgt teruja membaca coretan kata-kata Imam Shafii..

‘Siapa mempelajari Al Quran akan tinggilah ilmunya. Siapa yg menulis hadis, kuatlah alasan pendapatnya. Siapa yang suka membicarakan hukum fiqh akan menjadi pintar. Siapa yang memperhatikan budi pekertinya akan menjadi orang yang baik dan halus. Siapa yang banyak berhitung dan mempelajari ilmu hitung, pemikirannya akan berkembang. Dan siapa yang tidak menjaga kehormatan dirinya, ilmunya tidak akan berguna sama sekali.’
Jom kita renung2kan.

Sunday 17 March 2013

Petua Badan Cergas

senang saja. bila bangun pagi buat sedikit regangan. kejap jer 5-10 minit sahaja. Regangkan kepala, lengan, bahu, pinggang dan kaki. insya-Allah, anda akan rasa lebih cergas. Badan kita pun perlukan warm up.


Thursday 31 January 2013

Mulut oh Mulut

Saya tersenyum lebar lebar mendengar amanat boss of the boss. Katanya 'saya takkan layan org yang suka bercerita tentang keburukan org, pada saya org macam ni ada penyakit hati..'. Ia mengingatkan saya tentang insiden tahun 2011 yang saya dah lupakan. Tak disangka di belakang saya, rakan baik mengata saya dgn pelbagai tuduhan utk menguatkan hujah2nya dgn rakan saya yg sorang lagi. Saya dah maafkan dia tapi ia menjadi pengajaran yg besar buat saya. Sekarang, dia bukan lagi rakan baik saya seperti dulu. Dia hanya rakan biasa-biasa saja. Dia saya turunkan pangkat..hehe...

Memang benar peringatan rakan sekolah saya di saat kami berpisah utk melanjutkan pelajaran 'buat berbaik berpada-pada tau..' Dia tak mahu org ambil kesempatan atas kebaikan saya.

Bila kita tengok gelagat kaum kita, saya tak hairan kenapa kita masih tak semaju kaum lain. Rakan sebangsa kita suka dengki mendengki dan tak senang melihat org lain mendapat kejayaan. Padahal kepada siapa dan rezeki apa yg diperolehi adalah hak Allah. Kita hanya mampu berusaha.

Rezeki Allah luas, sebanyak mana yg org lain dapat takkan meluakkan rezeki kita. Yakinlah.

Jom kita sentiasa berlapang dada dan bergembira bila tengok org lain senang dan berjaya.