Semalam kami dapat kad raya dari anak2 buah. So sweet and thoughtful of them. Tetiba rindu kat anak2 buah, rindu jugak kat anak buah yg sgt disayangi, arwah Abhar. Oops, banjir la pulak kat mata saya ni. Memang tak boleh tahan rasa sedih dan rindu kat dia..tak terduga dia akan dijemput Allah dulu. Dari seorang bayi yg sgt sihat dan 'beautiful', membesar menjadi anak yg menyejukkan mata, dia sihat dan normal, tiada sebarang penyakit. Allah menguji keluarga kami, beliau tetiba2 sakit di usia 10 tahun. Namun, kami pasrah kerana yakin Allah Yg Menentukan segala2nya.
Dalam keluarga saya, anak saudara sama macam anak sendiri. Saya terkenang...kecerdasannya, kepetahannya, gifted with social skills, very confident, he could engage into a conversation with anyone of any ages. Ada potensi jadi ahli politik..hehe..Dah hampir dua tahun dia pergi tapi saya masih akan menangis tiap kali teringatkan dia atau tersebut namanya.
Setiap yg berlaku pasti ada pengajarannya. Pemergian Abhar sgt menginsafkan saya. Betapa ajal itu rahsia Allah. Adakah kita sentiasa bersedia utk dipanggil Allah? Takde alasan utk buat perkara yg sia2 kerana setiap perbuatan kita akan dikira, walau sebesar zarah sekalipun. Betapa nasib kita di sana bergantung kepada kasih, sayang dan redha Allah.
Mudah2an saya dan keluarga saya tabah dan sabar dalam melalui liku2 hidup ni dan semoga kami sentiasa mendapat pentunjuk dan hidayah Allah. Semoga kami menjadi hamba-hambaNya yg bersyukur, ikhlas, dan mendapat keredhaanNya. Moga kami dapat bertemu semula dgn Abhar tersayang di syurga nanti.
No comments:
Post a Comment