Monday, 5 September 2011

Niatkan Kerana Allah

Dah dua hari saya tak menulis apa2 kat blog nie, masa di hujung minggu saya sgt terisi dgn acara kunjung mengunjung rumah kawan2 sempena hari raya puasa. Kalau difikir2kan masa kita memang banyak kita gunakan utk aktiviti duniawi kan. Macam mana lah nak tambah pahala nie.

Teringat saya satu kuliah agama tentang amalan khusus dan umum. Berapa lama sgt kita 'dedicate' masa kita utk amalan khusus. Sape yg sanggup solat - contohnya rukuk dan sujud berjam2. Paling lama pun kita solat hanyalah mengambil masa 5 minit. Tapi sebenarnya kita boleh dapat saham akhirat daripada amalan umum kita kalau kita niatkan kerana Allah. Niat ni sgt penting. Selalunya 'reward' yg kita dapat bergantung kepada apa yg kita niatkan. Kalau kita niat pergi beraya utk mengeratkan silaturrahim kerana nak dapat keredhaan Allah, saya yakin kita takkan sanggup mengisi masa di jamuan tersebut dgn mengumpat, mengata dan cakap2 bukan2 terhadap org lain, maka, insya-Allah makin selamat dan utuhlah persahabatan kita.

Jom kita niat seperti apa yg kita baca dalam doa iftitah tu - hidupku, matiku, solatku etc hanya kerana Allah.
Bukan senang nak jadi org baik di zaman yg serba mencabar ni sebab org baik takkan membusukkan nama org lain. Dia takkan suka2 hati mengata org. Dia tak kisah kalau tak popular. Kebanyakan kita sgt pentingkan tanggapan orang terhadap kita. Biar nampak bagus, berkaliber, pandai etc. Tapi sebeanrnya yang lebih penting adalah redha Allah.

Walau sesukar mana utk terus berbuat baik, dalam Al-Quran, Allah suruh kita kekal dan teruskan berbuat baik kerana Allah suka org2 yg berbuat baik. Takkan kita tak nak disukai Allah. Apa lagi, jom kita istiqamah berbuat baik, niatkan segala amalan kita kerana Allah. Semoga bertambah2 saham akhirat kita. Mudah2an kita semua mendapat redha Allah.

No comments:

Post a Comment