Byk yg kita tak tahu, mungkin mereka telah melalui pelbagai halangan dan dugaan hidup tapi mereka tidak gembar-gemburkan kat org lain. Lain orang lain perjalanan hidupnya. Hidup ni hanyalah satu perjalanan. Destinasi kita sepatutnya semuanya sama-syurga yg abadi. Jadi marilah kita sentiasa bersangka baik dgn semua org, jgn sesekali dengki kat orang lain dan jom terus berbuat baik.
Kadang-kadang kita ingat apa yg kita buat betul. Kita ingat kita byk buat baik. Tapi sebenarnya kita mungkin tidak ikhlas, mungkin ada 'udang di sebalik batu' dan mungkin kita nk org nampak kita baik. Tanda kita tak ikhlas adalah bila kita ungkit bantuan kita kat org. Saya pernah terkena di mana kwn yg saya ingat bantu saya dgn ikhlas rupa2nya tidak. Saya rasa sungguh terkilan. Seandainya saya tahu dia tak ikhlas, tidak sesekali saya terima pertolongannya. Namun ia dah berlaku dan ia mengajar saya supaya lebih berhati2 di masa hadapan. Betullah kata abah, lihat lah dgn dua mata, mata & mata hati. Saya perlu lebih pandai melihat dgn mata hati. Alangkah baiknya kalau punya kawan2 yg ikhlas. Salah kita ditegur, bukan kita diburuk2an di belakang kita.
Apa2pun ikhlas sgt penting. Dalam Al-Quran, byk disebut yg org2 yg hampir dgn Allah adalah org2 yg ikhlas. Saya terharu bila baca kisah2 sahabat2 nabi yg begitu ikhlas. Mereka sgt2 beruntung sebab mereka ikhlas. Ikhlas bila memberi. Sungguh ikhlas.
Ramadhan yg tinggal 1-2 hari nie masih sempat utk memberi. Kalau ke masjid jgn lupa bawak duit. Berebutlah utk bersedekah bila ada peluang. Kalau ikhlas, pulangannya berganda, hidup kita pun semakin berkat, insya-Allah.
Jom selalu muhasabah diri.
No comments:
Post a Comment