Menarik juga slot ceramah kat ikimfm.my hari ni. Penceramah bercakap perihal ilmu. Saya suka dan mahu ilmu yg bertambah dari semasa ke semasa. Kalau sehari berlalu tanpa sebarang ilmu yg baru, saya rasa sgt rugi.
Selepas mendgr ceramah ni saya faham yg bukan setakat bertambah, ilmu perlu diapplikasi dlm kehidupan seharian. Kalau tak ia akan jadi 'wallpaper'. Hanya dapat dipandang. Semakin lama semakin pudar. Akhirnya, ia perlu diganti dgn 'wallpaper' yg baru. Satu pembaziran sahaja padahal pelaburan utk mendapatkan ilmu adalah pelaburan yg walaupun memerlukan kos yg tinggi (wang, masa, pengorbanan), ia hampir 100% menjanjikan pulangan yg positif. Orang yg bijaksana berbeza dgn orang yg cerdik di mana org yg bijaksana akan mengamalkan apa yg dia tahu.
Jom kita jadi org yg bijaksana, jom applikasikan ilmu yg ada.
No comments:
Post a Comment