Saya termasuk dlm kategori suka merancang. Mungkin sebab saya anak ke-2, terbiasa merancang sejak kecil. Yelah, saya ada 7 adik...saya di bawah 'authority' abg saya..hehe..tapi adik2 saya dlm 'bidang kuasa' saya. Jadi, saya rancang pembahagian tugas antara adik2 saya. Samada 'outcome' seperti yg kami nak atau tidak tak menjadi soal, yg penting kita rancang baik2, insya-Allah hasil nya pun baik2.
Sebelum ni memang dlm 'plan' utk berbuat baik sebyk mungkin tapi kadang2 rasa lemah semangat bila asyik kita je kena buat baik, atau bila kita buat baik disalah sangka, atau bila baik sgt, org lain ambil mudah dan suka2 hati kata kita itu ini. Saya perlukah sedikit motivasi utk istiqamah dlm amalan baik. Macam mana nak kuatkan hati melawan rasa malas, rasa lalai dlm melaksanakan apa yg dirancang? Alhamdulillah, dua hari yg lepas, saya dapat idea, iaitu, setiap malam sebelum tidur saya ingatkan diri saya yg saya nak masuk syurga. Rasa sangat teruja, dan seronok bila membayangkan syurga. Bila solat, saya semakin kuat utk tingkatkan rasa khusyuk. Rasa gusar bila memikirkan bekalan yg belum cukup utk layak jadi penghuni syurga. Kena terus gigih berusaha ni. caiyook. caiyook.
Kalau 'masuk syurga' ada dlm 'plan' hidup kita, sudah tentu kita akan berusaha sungguh2 utk perbaiki amalan2 kita, bersih dan ikhlaskan hati dan teguhkan iman.
Semoga impian yg indah in tercapai. Semoga kita semua dapat kasih sayang Allah utk masuk syurga.
No comments:
Post a Comment