Wednesday, 14 September 2011

Kita Berbeza

Pernahkah anda rasa hairan dengan sikap dan cara seseorang? Pernah kan! Dari semasa ke semasa kita akan berjumpa dengan individu yang cukup berbeza dari segala segi dengan kita. Atau kita juga akan menyaksikan bagaimana sikap sesorang berubah atau kita rasakan berbeza daripada tanggapan kita selama ini. Apa reaksi kita?

Saya suka melihat nya dari sudut yang positif. Pertama, perbezaan tersebut membuatkan hidup kita berwarna-marni. Setiap hari kita alami slot2 kehidupan yg berbeza2. Menarik kan. Yelah, ada yg suka gelak kuat2, ada yg suka senyum sahaja, ada yg pantang ditegur atau dikomen, ada yang 'cool', ada yg 'short-tempered', ada yg terlebih 'emosional, dan macam2 lagi. Pada pandangan saya tak perlu kita 'expect' orang lain akan ubah cara mereka mengikut cara kita kerana setiap kita melalui episod kehidupan yang berbeza2 - cara didikan ibubapa dan di sekolah, alam perekitaran dan lain-lain. Jadi, 'just embrace the differences' dan cubalah untuk lebih memahami orang lain.

Kalau kita tak sesuai atau tiada 'chemistry' dgn individu lain, terima je lah. Saya pasti ada ramai yg mungkin serasi dgn kita. Manusia juga boleh berubah seperti pasir di pantai. Kalau sebelum ni kita sangka individu yg kita jumpa dan berkawan baik dan jujur dgn kita, mungkin satu hari ada insiden yg membuka mata kita dan mengubah pandangan kita daripada 'serasi' kepada 'contohnya - oh tidak...saya tak sesuai berkawan dgn dia ni, saya tak tahan dgn sikapnya etc'. Jangan sedih. Anggaplah ia satu je episod dlm hidup kita - pasti ada hikmahnya.

Yang penting - cubalah semai dan suburkan sifat-sifat baik dalam diri kita. Janganlah suka 'manipulate' orang lain. Tak semua org akan cuba memahami kita dan tidak akan 'hold grudges' kat kita. Dan hidup ni orang kata umpama bola, hari ni mungkin kita mengenakan orang lain (memburukkan, mengata, mengumpat dan ambil kesempatan dan lain2), satu hari mungkin orang lain akan mengenakan kita. Ini ingatan untuk diri saya supaya sentiasa sedar yg Allah tahu apa isi hati kita. Jangan sesekali buat aniaya kat orang. Mari kita cuba memahami situasi orang lain sebelum membuat sebarang 'komen'. Saya yakin kalau kita sentiasa empati 'put ourselves in their shoes' kita takkan sesuka mengungkapkan kata2 yg akan menyakiti orang lain. Kalau kita nak orang lain hormati perasaan kita, kita perlu lebih dahulu sentiasa hormati orang lain.

Sesungguhnya Allah suka orang2 yg baik.

No comments:

Post a Comment