Antara signifikan hari Jumaat yg saya ingat adalah,
-hari kiamat berlaku
Abu Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Aus bin Aus ra. Berkata , Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya yang utama dari hari-harimu ini ialah hari Jumaat, di dalamnya terjadi Nabi Adam as, dan pada hari itu juga beliau wafat, dan pada hari itu juga akan ditiup sangkakala, dan pada hari itu juga akan mati semua makhluk. Maka perbanyakanlah membaca selawat kepadaku, kerana selawatmu itu disampaikan kepadaku.”
-solat Jumaat dan waktu doa mustajab,
Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan.
“Barang siapa yang pergi ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu pertama, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor unta. Dan siapa yang pergi pada saat kedua, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor lembu. Siapa yang pergi pada saat ketiga, maka seolah-olah dia telah pergi mengorbankan sekor biri-biri. Siapa yang pergi ke masjid pada saat keempat, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor ayam. Dan siapa yang pergi ke masjid pada waktu kelima, maka seolah-olah telah menghadiahkan sebiji telur. Kemudian apabila imam telah, maka ditutuplah pintu cacatan, diletakkan pena dan berkumpullah para malaikat di sisi mimbar untuk mendengarkan khutbah. Siapa yang datang selepas itu, maka ia hanya datang untuk hak solat sahaja , dia tidak memperoleh apa-apa keutamaan” (HR Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).
Mari bykkan beristiqfar dan berselawat ke atas Nabi.
Saya nak terus sucikan hati. Alhamdulillah, sekarang saya semakin faham erti kebergantungan kepada Allah. Saya bersyukur kerana dipertemukan dgn kawan2 yg berjiwa mulia. Memang betul rakan2 yg baik umpama minyak wangi, kehadiran mereka menaikkan semangat diri. Mereka tak menyebabkan kita keluh kesah. Saya dah tak kisah jika dilontarkan mcm2 tuduhan kerana saya yakin kawan yg baik akan kenal siapa saya dan tak akan menuduh melulu. Dalam menjaga hubungan sesama manusia, saya cuba semampu mungkin. Saya tetap menganggap semua orang baik dan saya yg banyak kekurangan. Saya nak fikir dan ucapkan yg baik2 saja.
Memang pengalaman hidup membuatkan saya semakin matang dlm berkawan. Saya perlu berhati2 memilih sahabat kerana saya tak boleh baca hati orang. Namun begitu saya tahu isi hati saya dan Allah tahu apa dlm hati saya. Tak mungkin saya boleh melarikan diri dari radar Allah. Justeru, takutkan Allah adalah cara yg paling baik. Berazam utk buat apa yg Allah suka. Sangka baik, bykkan beristiqfar, jgn mengandu domba, ikhlaskan hati, perbaiki amalan-terutamanya solat dan hormati org lain. Saya yakin kebenaran 'will prevail', insya-Allah. Saya tak perlu buat apa2, serahkan sahaja kepada Allah kerana Allah yg menguasai segala2nya.
Semoga keberkatan hidup kita bertambah. Semoga beroleh keselamatan di dunia dan di akhirat hendaknya, insya-Allah.
Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)
Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :
“Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)
Saya nak terus sucikan hati. Alhamdulillah, sekarang saya semakin faham erti kebergantungan kepada Allah. Saya bersyukur kerana dipertemukan dgn kawan2 yg berjiwa mulia. Memang betul rakan2 yg baik umpama minyak wangi, kehadiran mereka menaikkan semangat diri. Mereka tak menyebabkan kita keluh kesah. Saya dah tak kisah jika dilontarkan mcm2 tuduhan kerana saya yakin kawan yg baik akan kenal siapa saya dan tak akan menuduh melulu. Dalam menjaga hubungan sesama manusia, saya cuba semampu mungkin. Saya tetap menganggap semua orang baik dan saya yg banyak kekurangan. Saya nak fikir dan ucapkan yg baik2 saja.
Memang pengalaman hidup membuatkan saya semakin matang dlm berkawan. Saya perlu berhati2 memilih sahabat kerana saya tak boleh baca hati orang. Namun begitu saya tahu isi hati saya dan Allah tahu apa dlm hati saya. Tak mungkin saya boleh melarikan diri dari radar Allah. Justeru, takutkan Allah adalah cara yg paling baik. Berazam utk buat apa yg Allah suka. Sangka baik, bykkan beristiqfar, jgn mengandu domba, ikhlaskan hati, perbaiki amalan-terutamanya solat dan hormati org lain. Saya yakin kebenaran 'will prevail', insya-Allah. Saya tak perlu buat apa2, serahkan sahaja kepada Allah kerana Allah yg menguasai segala2nya.
Semoga keberkatan hidup kita bertambah. Semoga beroleh keselamatan di dunia dan di akhirat hendaknya, insya-Allah.
No comments:
Post a Comment