Thursday, 8 September 2011

Buttersquash

Saya yakin ramai yg tahu makanan yg berwarna terang mengandungi banyak beta-carotene. Contohnya labu. Labu masak lemak cili api...sedaapnya. Saya akan tersenyum2 puas setiap kali makan sayur labu. Saya cukup suka makan labu ni dan kalau tak silap Nabi Muhamad s.a.w pun suka makan labu. Kiranya saya tiru nabi la ni....hehe...Tak perlu tiru makanan omputih sebab Allah dah jadikan makanan yg paling sesuai dgn kita ada di tempat kita. Allahu Akbar.

Setakat ni saya belum jumpa labu dijual di supermarket di sini. Agaknya labu-labu kat sini besar mana la ya. Besar kot sampai budak2 guna utk halloween. Kesian kat labu2 tu kan. Yang saya selalu nampak mungkin sedara bau2 bacang labu - buttersquash - bentuknya mcm labu air tp kalernye oren2, sekali pandang macam warna karot susu. Bila rindu nak makan labu, saya belilah buttersquash ni.

Pagi tadi saya masak lemak buttersquash, tak tau la suami saya suka makan sayur ni ke tak, tak sempat tanya..hehe...saya masukkan dua biji je lada, tapi dah terasa pedasnya. Rasanya okeylah, walaupun tak seenak labu tapi alhamduillah - sgt menyelerakan. Dah suka kan...

Sekarang ni seronok pulak masak sebab saya dah ada lesung batu. Kena beli lesung batu sebab lesung batu yg ummi belikan utk anak2 perempuan ummi termasuk saya ada kat M'sia. Teruja betul bila jumpa lesung batu kat Aldi minggu lepas. Senang nak tumbuk bahan2 utk menumis. Mudah2an cili2 yg saya beli tu selamat digunakan. Sebelum ni, saya terpaksa buang sebahagian besar cili2 tu sebab dah tak boleh digunakan (perished..hehe). Saya memang tak makan pedas. Muka akan merah padam kalau makan lada...sampai abah panggil saya ni, anak omputih abah..teringat saya kenangan di masjidil haram, saya ikut abah dan ummi mengerjakan umrah...mungkin kat sana panas sket, muka saya selalu merah terbakar sampai ada yg tanya mak saya samada saya ni anak angkat ummi yg berketurunan omputih..hehe..nak tergelak pun ada, tak nampak ke diorg yg hidung saya hidung melayu..hehe...

Dulu2 saya ingat muka saya cepat merah sebab saya ni sgt pemalu...tapi sekarang ni dah tak pemalu sgt pun muka masih cepat merah..mungkin kulit nipis kot...apa2pun saya sgt bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan...sgt2 bersyukur2...semua dah elok. Cuma saya berazam untuk jaga diri dgn lebih baik. Nak mula rutin senaman semula. Bukan susah pun, senaman ringan 10-15 minit pagi dan petang..insya-Allah.

No comments:

Post a Comment