Seronok betul bila dgr kawan2 sekolah sibuk dgn 'charity works'. Memang dah sampai masanya membantu mereka yang memerlukan.Projek terkini kwn2 saya adalah projek membina sebuah rumah utk anak2 yatim di Perak. Macam2 mereka buat utk mengumpul dana. Moga Allah membalas usaha mereka itu di dunia dan akhirat.
Alhamdulillah, rata2 kawan2 saya dah hidup senang. Setelah berusaha bersungguh2, of course. Namun yg sgt mengembirakan saya semakin byk nikmat@rezeki yg Allah kurniakan, mereka semakin 'humble'. Pangkat, harta, anak2 dan kesenangan lain bawa mereka lebih dekat dgn Allah. It relates to the purpose of our life. Kena ada wawasan baru usaha yg dibuat itu jelas tujuannya. Ada juga yg makin zuhud. Bak kata Hasan Basri, 4 rahsia zuhud adalah...
** Hasan Basri ditanya : Apakah rahsia ZUHUD mu?
Lalu dijawab :
✿ Aku tahu REZEKIku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu TENANG..
✿ Aku tahu AMALku tidak akan dikerjakan orang lain, sebab itu aku SIBUK mengerjakannya..
✿ Aku tahu ALLAH selalu memerhatiku, sebab itu aku MALU jika ALLAH melihatku sedang dalam MAKSIAT...
✿ Dan aku tahu KEMATIAN sudah menungguku, sebab itu aku selalu menambah BEKAL untuk hari PERTEMUANku dengan ALLAH ‘Azza Wa Jalla..
Kalau selalu ingat 4 rahsia zuhud ni, insya-Allah, kita akan selamat. Semoga kita termasuk dlm golongan yg bersyukur.

No comments:
Post a Comment