Tak tergambar perasaan seronok bila dapat bertarawekh dgn rakan2, alhamdulillah atas nikmat ini. Tahun ni, pihak masjid menjemput dua imam: a Palestinian dan a Libyan. Dua2 hafaz Quran, kagum dgn keupayaan mereka membaca surah Al-Baqarah dgn begitu tartil sekali. Moga Allah merahmati mereka di dunia dan di akhirat.
Dah lama tak bertemu rakan-rakan di masjid. Hati berbunga2 girang bila bertemu mereka. Terkenang pengalaman kami iftar dan bersolat di masjid pada tahun2 yg lepas. Akan saya hargai setiap detik ini kerana mudah2an tahun depan ada rezeki berpuasa di tanahair tercinta.
Hari ni, 1 Ramadhan, cuaca di sini mendung dan hujan renyai2 dari pagi hingga ke petang...satu nikmat buat kami, tidak begitu terasa penat berpuasa kerana cuaca yg sejuk nyaman ni. Alhamdulillah. Hidup ni indah kalau kita pandang dari sudut yg indah vice versa...jadi, mari kita optimistik bahawa kehidupan kita akan menjadi semakin baik.
Lakukan yang terbaik, dan serahkan segala-galanya kepada Allah.
No comments:
Post a Comment