Monday, 8 August 2011

Puasa itu Lebih Baik

Bagaimana tahap kesihatan badan kita dalam bulan puasa ni? Saya yakin ramai yang merasakan mereka lebih sihat. Walaupun kita tak makan dan minum sepanjang hari tapi kita masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa. Rakan-rakan bukan Islam saya kehairanan bila saya katakan yang kita tiada masalah berpuasa. Bagi mereka, sekurang-kuranngnya minum supaya tidak dehydrasi. Tapi kita okey je kan. Begitu efektifnya  badan kita akan 'adjust accordingly' bila kita berpuasa. Subhanallah.

Saya jarang2 sakit kepala, alhamdulillah, tapi semalan saya diuji sakit kepala yg teramat sangat. Kenapa lah agaknya? Suatu ketika dulu saya pernah membuat kajian kecil tentang antara sebab2 sakit kepala. Antaranya adalah masalah di perut - terlebih makan, tersalah makan, sistem pencernaan atau penghadaman yang terganggu dan lain-lain. Ia berkait rapat dgn apa yg kita makan. Jadi saya 'check' apa yg saya makan semlm. Emm...yup, saya makan nasi yg dah dua hari kat dlm periuk dan lauk kat dlm oven. Saya tersalah 'judge' kualiti nasi & lauk tu. Walaupun dah dipanaskan, 'instinct' dan minda saya mintak saya supaya jangan makan, tapi saya makan jugak, sayangkan makanan tapi tak sayangkan perut kan...alih-alih saya rasa angin naik dari perut ke kepala. Tersangatlah sengsaranya.  Saya dah termakan, nak buat camne. Tanggung je la dan harap mudah2an Allah ampunkan dosa2 saya. Terima kasih kat buah hati yg tolong sapu minyak angin. May Allah bless you. Alhamdulillah saya okey lepas rehat 'for few hours'.

Hakikatnya ia boleh dielakkan. Saya terlupa pengalaman di bulan puasa ketika saya masih bersekolah lagi, saya makan kerang rebus yg dah 'dua hari'. Esoknya, satu hari saya keracunan makanan. Akibatnya lebih teruk daripada sakit kepala saya semlm. Saya betul2 serik sampai tak nak makan kerang bertahun2 lamanya. Bukan salah kerang pun..hehe...dan kesian kat adik2 saya yg terpaksa jadi 'nurse' saya masa tu. Apa-apapun, saya terima kesalahan diri sendiri yg terlupa kali ni. Saya maafkan diri saya dan berjanji akan lebih berhati2 dgn apa yg saya makan lepas ni, insya-Allah.

Allah Maha Mengetahui keperluan hamba2nya. Kita diwajibkan berpuasa yg kita mesti niatkan kerana Allah tapi kebaikan adalah utk diri kita. Selepas 11 bulan leka menjamu selera dgn pelbagai makanan, tiba lah bulan utk merehatkan 'kilang' kat dalam badan kita ni. Sebulan sahaja pun. Kalau tak direhatkan, byk pulak 'depts' yg akan bermasalah atau 'down' nanti. Prevention is always better than cure. Terbaca hadis ni kat i love islam page (facebook).

The Prophet (peace be upon him) said:-

"Everything has a cleansing agent and fasting is the cleansing agent for the body. Fasting is more a matter of patience than of anything else."

[Ibn Majah]


Moga kita semua lebih sihat supaya dapat terus beribadah dan moga kita lulus sekolah Ramadhan ni dgn baiknya.

No comments:

Post a Comment