Allah Maha Mengetahui, Maha Agung, Maha Bijaksana...akhirnya Allah bagi rezeki saya mengetahui 'someone's true colors' setelah beberapa kali terkena dengan kawan saya yang sorang nie. Walau terkena dan tersentuh hati beberapa kali dengan dia, saya tetap ikhlas berkawan dengannya kerana Allah. Saya sentiasa menjaga nama baik nya tapi tak sangka saya dituduh membawa cerita dan tuduhan2 tak berasas lain. Tidakkkah dia kenal saya dan tidakkah dia tau yang saya takutkan Allah melebihi segala-galanya, seboleh2nya saya akan tutup segala aib kawan-kawan.
http://www.youtube.com/watch?v=0q110Qk3feA&feature=related
I'm a bit shocked and sad but I know things happen for a reason. Tidak mengapa saya sakit dulu, supaya tak sakit lagi lepas nie. Ia peringatan yg berkesan buat diriku supaya berhati-hati dalam segala hal. Jangan salahkan saya sekiranya saya tak dapat berkawan seperti dulu. Takkan saya 'does not this as a lesson'. Hanya kepada Nya tempat mengadu, mengharap dan bertawakkal. Semoga diriku dilindungi daripada being 'backbitten again'. Lepas ni eloklah saya istiqamah mengamalkan bacaan doa mohon perlindungan Allah daripada menganiaya atau dianiaya, menipu atau ditipu, mengzalimi atau dizalimi, etc. Hidup ni penuh cabaran dan semakin hari semakin sukar mencari sahabat yang betul2 ikhlas berkawan dan tidak akan bersangka2 buruk. Semoga Allah tetapkan hati saya supaya sentiasa bersangka baik dan ikhlas dalam setiap hal. Namun, saya akan muhasabah diri dan mohon keampunan Allah setiap masa. Ini cubaan hidup. It's a reality of life. Tetapi saya tidak perlu gusar kerana yang penting pandangan Allah terhadap saya.
Life is short. Kita tak tahu bila ajal kita tiba. Jadi yang penting mantapkan iman, tingkatkan amalan dan ikhlaskan hati. Kalau tak ikhlas, hilang peluang mendapat segala 'rewards' atas amalan kita. Berbahagia dengan apa yang ada disamping berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan yang lebih baik. Tak perlu kereta besar, 'branded things', kawan2 yg hebat2 dan ramai dan wajah yang cantik, handsome etc utk bahagia. Tak perlu ikut orang lain. It's about you and your inner self. Semoga Ramadhan kali ini peluang terbaik untuk meningkatkan iman dan amal. Semoga kita semua mendapat redha Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.
No comments:
Post a Comment