Thursday, 4 August 2011

Mari Ubah Minda

Saya dah lama nak tulis isu ni dan ketika membaca berita kemenangan seorang gadis Cina dalam pertandingan kulit paling cantik, terpanggil pulak utk menyentuh isu ni. Pernahkan anda terfikir kenapa orang cina pandai berniaga? okay, ramai yg kata sebab mereka tak kira halal-haram dan 'everything goes'. Tapi saya tengok Cina muslim pun hebat berniaga. Mesti ada sebab lain...

Pengurusan wang adalah sangat penting. Abah saya kata mereka berniaga utk senang sampai generasi2 akan datang. Bukan sekadar hari ni atau esok. Duit digunakan utk yg 'priority'. Contohnya, gadis Cina yg menang pertandingan ni bagitau yg duit hadiah akan digunakan utk membiayai pengajiannya. See, my friends, bukan utk enjoy sana-sini yang tidak memberi pulangan jangkamasa panjang, tapi 'will be invested in the only investment with guaranteed long term positive returns, i.e. education'. 

Saya akui ramai jugak keluarga Melayu yang berjaya. Tidak semestinya kaya raya tapi mempunyai kemahiran menguruskan kewangan dgn baik. Rakan saya, adik beradik beliau 11 orang, semua berjaya ke menara gading dan sekarang nie senang-lenang, padahal bapanya hanya penoreh getah,  yang terpaksa bekerja sebagai jaga di waktu malam utk membiayai pendidikan anak-anak. Beliau sanggup bersusah-payah kerana beliau faham apa itu pengurusan kewangan yang betul - bagaimana wang dicari (mesti halal & berkat) dan utk apa wang itu dugunakan (basic needs, education - ikut priority). 

Harapnya ramai orang Melayu yang mengubah minda mereka dalam soal pengurusan wang ni. Utamakan yang penting. Elakkan meminjam wang (belanja mengikut kemampuan). Kalau 'earn' £100, 'spent only 75%' and save at least 25%. Tak perlu ambik kursus 'financial management'. Guna 'common sense' je. Mudah, kalau sanggup menangguhkan niat utk 'enjoy' atau bersenang2 sebelum betul2 mampu. Tengoklah orang Cina, ramai yg semenjak sekolah menengah, dah belajar cari duit, walaupun keluarga mereka senang. Barulah mereka hargai 'every single cents'. Biasalah kalau senang dapat duit, senang nak belanja semua duit tu, sukar utk menyimpan utk masa depan. Implikasi yg lebih signifikan adalah anak2 Cina nie belajar bersungguh2 supaya tak perlu kerja 'long working hours with low pay in the future'. Anak2 orang kita - asyik disuap duit jer dari kecik, belajar malas, terpaksalah keja kilang jer, pastu masa dan tumpuan habis kat situ jer (cari duit utk sesuap nasi), mana nak fikir hal2 lain. Bila hujung minggu, nak rehat & enjoy lah sebab dah penat keja berjam2 cari duit. Begitulah pusingannya, dari generasi ke generasi...This attitude needs to stop. Ubahlah minda.

Isu ni penting kalau bangsa kita nak maju dan berjaya. Kalau 'financially dependent on government, others etc', sampai bila takkan mampu utk mengubah nasib diri. So, kalau kawan2 dah ada anak, ajar mereka menghargai wang . Alhamdulillah, abah saya dah ajar saya soal berkaitan wang (berkat & belanja berhemah, education first). Yelah kami orang susah, perlu pandai jaga duit 'to survive'. Saya dah 'trained' adik2 saya supaya menguruskan wang dgn baik dan moga mereka pun akan ajar anak2 mereka juga nanti, insya-Allah. 

Moga bangsa kita lebih 'bijaksana'.

No comments:

Post a Comment