Wednesday, 31 August 2011

Raya 1432H - Syukur

Semalam kami menyambut hari raya utk tahun ni. Sambutan yg agak berbeza buat saya. Saya masak rendang daging dan merebus ketupat, sambil2 membakar sebiji kek utk dibawa besok. Tak sangka saya sanggup berjaga sehingga pukul 1.00 pagi. Tahun2 lepas, saya akan tidur seawal mungkin supaya besok muka nampak fresh..hehe..This time, saya tak kisah muka akan nampak fresh ke tak. Tak pernah saya buat. Sekarang baru saya faham kenapa ummi sanggup bersengkang mata memasak utk keluarga. Kata ummi, memasak dgn penuh kasih sayang.

Kami bersama2 jiran2 terdekat ke dewan dgn bas. Seronok bila dapat berjumpa dgn rakan2 senegara seagama berkumpul, solat raya, dgr khutbah raya dan makan2 sama2 sambil borak2. Tahun2 lepas, saya samada beraya di Malaysia atau solat raya di masjid berhampiran rumah saya. Dapat jugak saya beraya dgn komuniti kali ni. Dah lama saya tak sembang2 santai dgn rakan2. Alhamdulillah atas nikmat ini. Saya berdoa moga ikatan ukhwah antara kami berpanjangan dan biarlah semakin utuh. Ramai jugak yg menghadirkan diri ke dewan.



Makanan byk tak habis. Sungguh byk nikmat yg kita dapat. Takde alasan utk tidak bersyukur. Baru2 nie saya ada dgr ceramah kat radio tentang erti syukur. Ia bukan sekadar ucapan di bibir, ia menuntut kita menterjemahkannya dgn amalan - menambah amalan dan memperbaikinya, bersedekah, dan amalan2 baik yg lain. Bersedekah ada byk bentuk. Kata2 yg baik juga sedekah. Senyuman yg ikhlas pun satu sedekah. Saya akan cuba amalkan, Insya-Allah.

Mudah2an kita diredhai Allah.


Tuesday, 30 August 2011

Intangible Assets

Tahukan anda yg byk benda yg boleh dikategorikan sebagai 'intangible assets'. Benda2 yg kita tak boleh pegang dan tidak mempunyai bentuk fizikal tapi masih memberi faedah kepada kita. Jangan terkejut kalau saya katakan 'resepi2 kat internet' tu adalah 'intangible assets'. Tak kira berapa ramai yg baca dan ikut resepi tu (faedahnya), ia masih boleh diakses oleh ramai org. Takde sape boleh halang atau kawal. Kalau saya cari2 resepi kat myresepi.com, ia tak menghalang anda mengakses resepi yg sama. Jadi, ia layak utk digelar 'intangible assets' (no physical substance, provide benefits which you can control over its access).

Kebanyakan intangible assets juga ada pada 'human beings' seperti kematangan, kemahiran dan informasi (dan juga pengetahuan) yg dimiliki. Tapi dari perspektif perakaunan, ia sukar utk direkod kerana nilainya sukar diperolehi walaupaun kemungkinan besar pada masa hadapan 'kos2 pengiklanan' akan boleh diklasifikasikan sebagai 'intangible assets instead of operating expenses'.

Pada saya kata2 yg positif jugak satu bentuk 'intangible assets' kerana ia memberi impak positif kepada seseorang, ia memotivasikan dan boleh mengembirakan hati seseorang. Byk perkara boleh dicapai kalau kita gembira kan. Saya pernah membaca buku perihal 'parenting'. Kisah seorang ayah dan ibu menangani kerenah anak mereka yg asyik gagal jer. Rupa2nya setelah bertahun2 mencari formula bagaimana nak bantu anak tersebut, baru mereka sedar yg persepsi mereka selama ni yg menganggap anak mereka itu kurang bijak, kurang yakin diri dan macam2lah. Bila mereka ubah persepsi tu kepada positif, barulah anak mereka perlahan2 mampu berjaya dlm pelajaran dan mampu membentuk peribadi menjadi seorang yg berkebolehan dan berkeyakinan diri. Jadi 'persepsi yg positif' juga satu 'intangible asset'.

Jadi eloklah kita berhati2 bila berkata2 atau berpersepsi terhadap seseorang, ia mungkin boleh mengguris hati dan membuatkan keadaan menjadi semakin buruk. Kesian kat org tu, ia juga akan mengugat emosinya. Hati yg menangis sape yg tahu kan, hanya Allah sahaja yg tahu.

Mudah2an kita tidak pulak menjadi 'intangible liabilities'. Contohnya ayat melabel seperti 'awak memang XYZ' akan membuatkan seseorang itu 'down'. Tambahan pulak 'terlajak perahu boleh diundur terlajak kata....'.

Bila difikir2kan kehadiran insan2 tertentu dlm hidup kita telah Allah atur secantik2nya, ada yg lambat dan ada yg cepat muncul. Kalau ia lewat, mesti ada sebab2 tertentu seperti mungkin pada masa tu kita dah agak matang dan boleh 'recover' bila asyik dihujani kata2 yg melabel atau negatif. Apa2pun biarlah apa org lain nak kata tentang kita. Kita tahu sape diri kita, samada kita salah atau tidak, samada tuduhan itu benar atau tidak kan. Memang bila dilaser, kita, sayalah tu, akan rasa sgt sedih, tapi tak boleh sedih lama2, kena cepat2 pujuk hati sebab kalau emosi terganggu ia tak elok utk kesihatan. Mengadu je dgn Yang Maha Berkuasa dan mohon kekuatan utk terus bersabar. Yang penting kita jadilah 'intangible assets' not 'intangible liabilities' supaya bermanfaat kepada org lain.

Sunday, 28 August 2011

My Fav

Kesemua 114 surah my fav cuma saya suka dgr bacaan Surah Ar Rahman nie..layan..

http://www.youtube.com/watch?v=Hod05lHgsMg

Keberkatan

Saya selalu terbaca dlm Al-Quran tentang Allah berkuasa melapangkan rezeki buat seseorang. Jadi, buat apa kita nak banding2 diri kita dgn orang lain. Kalau orang lain lebih kaya, lebih cantik/kacak, lebih bergaya dan lebih segala-galanya pada mata kita, kita patut rasa gembira untuk mereka. Kalau ada sedikit atau secuit pun rasa 'jeles', byk2lah beristiqfar. Sapelah kita nak 'complain' itu ini. 

Byk yg kita tak tahu, mungkin mereka telah melalui pelbagai halangan dan dugaan hidup tapi mereka tidak gembar-gemburkan kat org lain. Lain orang lain perjalanan hidupnya. Hidup ni hanyalah satu perjalanan. Destinasi kita sepatutnya semuanya sama-syurga yg abadi. Jadi marilah kita sentiasa bersangka baik dgn semua org, jgn sesekali dengki kat orang lain dan jom terus berbuat baik.

Kadang-kadang kita ingat apa yg kita buat betul. Kita ingat kita byk buat baik. Tapi sebenarnya kita mungkin tidak ikhlas, mungkin ada 'udang di sebalik batu' dan mungkin kita nk org nampak kita baik. Tanda kita tak ikhlas adalah bila kita ungkit bantuan kita kat org. Saya pernah terkena di mana kwn yg saya ingat bantu saya dgn ikhlas rupa2nya tidak. Saya rasa sungguh terkilan. Seandainya saya tahu dia tak ikhlas, tidak sesekali saya terima pertolongannya. Namun ia dah berlaku dan ia mengajar saya supaya lebih berhati2 di masa hadapan. Betullah kata abah, lihat lah dgn dua mata, mata & mata hati. Saya perlu lebih pandai melihat dgn mata hati. Alangkah baiknya kalau punya kawan2 yg ikhlas. Salah kita ditegur, bukan kita diburuk2an di belakang kita. 

Apa2pun ikhlas sgt penting. Dalam Al-Quran, byk disebut yg org2 yg hampir dgn Allah adalah org2 yg ikhlas. Saya terharu bila baca kisah2 sahabat2 nabi yg begitu ikhlas. Mereka sgt2 beruntung sebab mereka ikhlas. Ikhlas bila memberi. Sungguh ikhlas. 

Ramadhan yg tinggal 1-2 hari nie masih sempat utk memberi. Kalau ke masjid jgn lupa bawak duit. Berebutlah utk bersedekah bila ada peluang. Kalau ikhlas, pulangannya berganda, hidup kita pun semakin berkat, insya-Allah. 

Jom selalu muhasabah diri.


Saturday, 27 August 2011

Saya suka...

Saya dah byk berubah sejak menjadi isteri ni. Kalau dulu saya tak minat sgt memasak, apatah lagi buat biskut dan kek2 ni. Pada saya leceh sume tu, baik beli je, senang. Tapi 'slowly' saya rasa selesa di dapur. Walaupun masih juga ter'accident' sana sini. Terlupa pakai glove bila bukak oven la..kesian jari2 saya, tak semena2 kena oven yg panas tu. Bila dah terkena tu, beristiqfar je la. Mudah2an Allah hapuskan dosa2 saya. Teringat ummi yg selalu 'watch over her eldest daughter whenever I am in the kitchen' sebab selalu sgt terkena minyak panas lah, terkena pisau la. Kalau saya menggoreng, macam2 perisai saya guna..hehe...tu la gara2 jarang ke dapur.

Dulu2 saya suka mengemas..suka tengok rumah kemas dan bersih. Jadi bab2 memasak ni adik2 perempuan yg 'conquer'. Beruntung ada ramai adik2 perempuan ni. Sudahnya adik2 saya yg pandai masak itu ini. Kakak nye ni kekal 'as the planner'..hehe..anyway, I've changed now and I like it. Thanks to suamiku yg suka kalau saya memasak. Kalau tak sedap, dia senyap jer tu membuatkan saya tak patah semangat utk terus memasak.

Saya baru je siap bakar biskut kacang. Biasalah saya ubah sikit2 resepinya tu. Rasanya belum tau lagi tp insya-Allah okay lah. Ada juga aktiviti kat rumah bila suami takde kat rumah kerana mencari rezeki. Masa bujang saya selalu membayangkan lepas kawin saya akan sentiasa di sisi suami, ke mana2 saja bersama, berkepitlah seronok. Tapi realitinya suami perlu keluar bekerja dan saya kenalah isi masa supaya tak bosan atau sunyi. That's where cooking becomes my pastime..hehe...

Semoga adik2 dan rakan2 saya yg masih bujang segera bertemu jodoh. Impian saya utk tidak berpakwe sebelum kahwin tercapai. Saya tak nak terlibat dgn dosa2 org2 yg bercinta sebelum kahwin. Allah makbulkan permintaan saya. Alhamdulillah. Saya sgt2 bersyukur atas kurniaan Allah ini. Mohon lah apa saja, asal yg baik2, sebab Allah dgr semua permohonan dan permintaan kita. Subhanallah.

Thursday, 25 August 2011

Bersyukurlah

Antara doa2 yg saya suka baca terutama dlm bulan posa ni adalah mohon Allah masukkan saya dan keluarga serta seluruh muslimin ke dlm golongan org2 yg bersyukur. Sesungguhnya terlalu byk nikmat yg kita perolehi, samada kita sedar atau pun tidak, secara langsung atau tak langsung. Tak semestinya kaya raya, senang lenang atau berpangkat tinggi. Bila kita dapat melalui kehidupan dgn tenang pun satu nikmat yg sgt bernilai.

Bayangkan saudara seagama kita di Gaza. Semalam mereka dibom lagi. Macam mana lah kehidupan mereka. Sampai bila peluru, serangan bom dan kecerderaan dan kematian akibat diserang menjadi santapan harian di sana. Sayu hati mengenangkan kesukaran yg mereka lalui. Kenapa kita, umat Islam seantero masih belum dapat mencari resolusi utk membantu mereka.

Umat Islam bukan miskin. Terlalu ramai yg kaya raya. Lihatlah kemewahan saudagar2 minyak, rezeki melimpah ruah. Saya yakin mereka boleh memberi impak yg kuat ke arah kebajikan dan keselamatan Gaza. Benarlah harta boleh melalaikan. Dikurniakan harta yg byk pun satu ujian hidup. Mereka lupa yg harta kemewahan hanyalah pinjaman sementara shj.

Bagi kita yg jauh ni, jom byk2 berdoa utk Gaza & penduduknya. Semoga mereka dilindungi Allah dan bersatu padu menegakkan keadilan di sana. Bagi kita yg jauh ni jugak, usahlah mengeluh jika diduga...sabar..dan sebenarnya kita masih bertuah berbanding mereka. Jom jadi muslim yg kuat dalaman dan luaran. Semoga org Islam menjadi ummah yg kuat semula.

Wednesday, 24 August 2011

Makanlah sayur :)

Alahai si printer ni buat hal pulak....dah 'sent' beberapa kali, masih lagi 'error'. 1 1/2 jam lagi dah nak balik rumah. Dugaan..dugaan...sabar je la. 'Detour' ke blog lah kejap.

Saya nk 'share' pengalaman tentang makanan. Different types of food produce different after eating effects. Byk makanan yg sgt sedap dimakan tapi lepas makan badan rasa lain macam. As we grow older, our stomach become less tolerable to unkown foods. Selalunya makanan2 yg diproses -  manis, lemak, dan sedap dimakan tak 'friendly' utk perut kita. Yelah sekarang ni byk makanan yg dah diubah genetiknya -bio-engineered foods. Semua ni gara2 nak 'mass-produced food'. Bahagian penghadaman kita sukar nak proces makanan2 macam ni. Tu yg kita akan rasa 'bloated', 'constipated' dan yg seumpamanya. Alternatifnya kita boleh beli 'organic foods' tapi ia lebih mahal dan mungkin tak dijual di byk tempat.

Kalau selalu 'bloated and constipated', jgn makan roti. Makanlah sayur..salad..

Perasan tak lepas kita makan byk sayur-sayuran, badan kita rasa lebih ringan. Orang kata sedap badan. Sebabnya sayur-sayuran byk 'fibre' yg memudahkan dan sgt2 membantu sistem penghadaman kita. Jadi, makanlah sayur..hehe..

Yg terbaik ikutlah cara Nabi kita makan. Nabi pilih makanan yg berkhasiat sahaja. So, say no to all snacks, junk foods and soft drink. Tak minum 'irn bru' pun tak pelah, yg penting 'we do justice to our body'. Kalau ada yg rasa 'kuranglah nikmat hidup ni, bila itu tak makan ini tak makan'. Hai..makan kan hanya sekadar utk meneruskan kesinabungan hidup. Mudah2an badan kita kuat dan sihat utk beribadat kepada Allah dan mudah2an Allah redha kat kita, boleh masuk syurga..haaa kat sana makanlah sepuas2nya..takde 'adverse side effects'. Forever and ever....Selamat berbuka puasa.



Tuesday, 23 August 2011

Semakin hampir

Cepat sungguh masa berlalu. Tup..tup..hari ni dah hari ke-23 puasa. Seminggu je lg, bulan yg penuh barakah ni akan meninggalkan kita.

Sungguh seronok mendgr kisah rakan2 yg beriktikaf di masjid, beribadat sambil mencari lailatuqadr, pengalaman yg sukar diperolehi di tanahair. Kenangan beriktikaf di bumi asing ni pada 2 tahun yg lepas amat bermakna. Kami betul2 fokus pada puasa, baca Quran & solat. Impaknya adalah hati semakin tenang, nafsu semakin boleh dipandu dan dikawal. Alhamdulillah. Semoga rakan2ku yg beriktikaf tahun ni memperolehi ganjaran yg berlipat ganda.

Hati saya semakin akur dgn rutin di bulan puasa tanpa iktikaf dan teraweh di masjid tahun ni. Kalau nk beribadah, ia boleh dibuat di mana-mana. Yang penting ikhlas. Masih ada seminggu utk dimanfaatkan.

Namun begitu, bulan meraikan kemenangan, bulan Syawal dah semakin hampir. Saya ingin menang. Mudah2an Allah izinkan.

Tak saya nafikan dgn status diri yg baru, dalam bulan puasa kali ni minda saya terarah mencari resepi2 masakan. Bila petang je, saya akan terfikir apa nak masak mlm ni, hari ke-23? saya dah tak tahu nk makan dan masak apa dah nie...hehe...Bab makanan, saya suka yg simple jer. Namun saya tetap 'enjoy' makan..hehe...Bagi saya, makan hanyalah sekadar menghilangkan rasa lapar. Tapi bila dah ada status baru ni, saya nak lah masak yg sedap2 kan...nk masak sedap kenalah rajin masak dan guna bahan2 yg cukup. Saya tak suka guna perasa2 tambahan ni. Saya suka yg orginal. So, how? iskh byk lg yg saya nk kena belajar psl memasak ni. Tak sabar nk habiskn 'study'. Sukanya kalau punya byk masa utk msk2..hehe..Kalau ada rezeki dan panjang umur, saya nk pandai msk macam puan2 blog yg saya selalu lawati tu. 


Monday, 22 August 2011

Hari ni kah?

Badan rasa kurang sihat pulak hari ni. Mudah2an Allah mengampunkan dosa2 saya yg lepas, dan di masa akan datang. Saya berkira2 utk berehat di rumah dgn harapan univ. tutup hari ni. Mungkinkah bank holiday tu hari ni..hehe..Mungkin. Mungkin. Dgn senang hati saya berehat2 kat rumah. Selepas beberapa jam, saya terfikir utk 'check'. Rupa2nya, tidak. A bank holiday is next Monday, 29 august 2011. Oops...saya 'upload' video ni 'for self-reminder'. Semoga saya lebih produktif.

http://www.youtube.com/watch?v=8frlogBjtAc&feature=related

Perihal Burung2

Saya suka melihat burung-burung terbang. 'Amazing sights'. Ia mengingatkan saya betapa besarnya kekuasaan Allah. Alangkah bestnye boleh terbang2..hehe..kadang2 sampai termimpi2 saya boleh terbang. Berangan..huhu..perangai dari zaman kecik2. Pendek kata saya suka memerhatikan gelagat burung2. Kalau di kampung, ummi selalu mengejutkan saya dgn berkata 'bangunlah..burung2 awak pun dah bising2 kat luar tu..'. Burung2 saya? tersengih2 saya bangun bila dgr ummi kata 'burung2 awak..'. Suka hati lah sebab byk hal tentang burung2 yg saya suka. Selain daripada burung2 yg mengejutkan saya bangun setiap pagi, kegigihan burung2 mencari rezeki juga satu sikap yg cukup baik, mereka seumpama bertawakkal sepenuhnya kepada Allah, keluar berpagi2an dgn perut yg kosong dan balik sebelum senja dgn perut yg kekenyangan. Subhanallah.



Burung2 juga setia kepada pasangannya. Kesetiaan dan kerjasama pasangan burung2 memikat hati saya. Bapak burung akan bersusah-payah membuat sarang..bayangkan..satu helai rumput kering setiap trip..berapa byk 'trips' utk menyiapkan satu sarang. Tapi bapak2 burung begitu gigih. Bagusnya.

Semasa bujang, saya selalu tertanya2 di manakan jodoh saya, saya selalu ditemukan dgn burung2 yg bersendirian dan saya akan berkata kpd burung2 tu..kita sama lah, masih belum berpasangan..no worry, hidup perlu diteruskan..hehe..macam lah burung tu faham..hehe..

Baru-baru ni baru saya tahu yg burung2 akan berkicau2an setiap pagi tu menandakan waktu subuh bakal menjelma. Ia sesuai digunakan sebagai pentunjuk waktu subuh di negara2 atau tempat2 yg bermusim panas di mana kita sukar utk melihat fajar sadiq. Oooh..begitukah? Subhanallah.

http://al-amiryusoff.blogspot.com/2011/08/burung-taqwim-solat-semulajadi.html


Friday, 19 August 2011

Kenangan itu

Semalam kami dapat kad raya dari anak2 buah. So sweet and thoughtful of them. Tetiba rindu kat anak2 buah, rindu jugak kat anak buah yg sgt disayangi, arwah Abhar. Oops, banjir la pulak kat mata saya ni. Memang tak boleh tahan rasa sedih dan rindu kat dia..tak terduga dia akan dijemput Allah dulu. Dari seorang bayi yg sgt sihat dan 'beautiful', membesar menjadi anak yg menyejukkan mata, dia sihat dan normal, tiada sebarang penyakit. Allah menguji keluarga kami, beliau tetiba2 sakit di usia 10 tahun. Namun, kami pasrah kerana yakin Allah Yg Menentukan segala2nya.

Dalam keluarga saya, anak saudara sama macam anak sendiri. Saya terkenang...kecerdasannya, kepetahannya, gifted with social skills, very confident, he could engage into a conversation with anyone of any ages. Ada potensi jadi ahli politik..hehe..Dah hampir dua tahun dia pergi tapi saya masih akan menangis tiap kali teringatkan dia atau tersebut namanya.

Setiap yg berlaku pasti ada pengajarannya. Pemergian Abhar sgt menginsafkan saya. Betapa ajal itu rahsia Allah.  Adakah kita sentiasa bersedia utk dipanggil Allah? Takde alasan utk buat perkara yg sia2 kerana setiap perbuatan kita akan dikira, walau sebesar zarah sekalipun. Betapa nasib kita di sana bergantung kepada kasih, sayang dan redha Allah.

Mudah2an saya dan keluarga saya tabah dan sabar dalam melalui liku2 hidup ni dan semoga kami sentiasa mendapat pentunjuk dan hidayah Allah. Semoga kami menjadi hamba-hambaNya yg bersyukur, ikhlas, dan mendapat keredhaanNya. Moga kami dapat bertemu semula dgn Abhar tersayang di syurga nanti.

Thursday, 18 August 2011

Dah Jatuh Cinta

Saya dah jatuh cinta dan ia tiada gantinya. Semalam saya cuba dgr lagu2 nasyid (maher zain, hijjaz etc) buat menghibur hati ketika mengadap data yg beribu2 lemon ni tapi impaknya kurang berbanding kalau saya dgr ayat2 suci Al-Quran. Jadi dgn hati yg gembira saya mengaku yg saya dah jatuh cinta dgn ayat-ayat suci Al-Quran. Mungkin saya dah lama jatuh cinta, semenjak kecil lagi. Cinta ni sahih saya dapat daripada abah saya.

Ia cukup menenangkan. Ini baru dgr, kalau dihayati makna2nya, lagi hati ni akan tersentuh, kagum dan terimpak dgn keindahan dan kebenaran isi kandungan Al-Quran. Patutlah ramai orang bukan Islam (saya dah jumpa beberapa orang di sini) yang suka membaca dan mengkaji Al-Quran. Ia satu keajaiban dan a 'treasure'. Saya cukup simpati kt mereka yg belum lagi jatuh cinta dgnnya atau tidak berkesempatan utk membaca atau mendgrnya.

Kalau tak sempat baca, boleh je ulang2 kat dlm hati mana2 surah yg kita hafaz. Bak kata pepatah melayu, kalau nak seribu daya kan. Selalunya saya akan baca Al-Quran di ofis waktu tengah hari, ia boleh meredakan dendang sayang, keroncong etc kat dlm perut ni..hehe..Saya bersyukur dapat pindah bilik ni, walaupun ia sgt sejuk, saya boleh pasang bacaan Al-Quran tanpa perlu bimbang ia mengganggu rakan2 sebilik. Yelah, citarasa kita tak sama..saya tak boleh expect org lain pun suka apa yg saya suka kan...apa2pun saya cukup bahagia sekarang. Moga saya bertambah2 bahagia.

Wednesday, 17 August 2011

Setiap Soklan Tentu ada Jawapan

Copy Paste from Dr Othman Talib's blog...nak jawab dgn satu ayat saja...but not today..soon, insya-Allah. Sekarang nak main2kan soklan nie berkali2 kat minda. Kalau rakan2 dah sedia...bolehla jawab la nie jugak..selamat...


1. What is title of you study?
2. What is you study about?
3. What is the main problem / issue are you going to tackle?
4. Generally, what the literature says about the problem / issue?  
5. How are you going to tackle the problem / issue?
6. What is your theoretical / conceptual framework?
7. What instrument / are you going to use?
8. How are you going to conduct your study / the procedure of your study ?
9. What is the (expected) main finding of you research?
10. What is the originality / contribution / implication of your study in your field?

Lebih Baik

Saya tersenyum puas ketika melihat karipap saya menjadi lebih baik semalam walaupun penat kaki ni berdiri kat dapur. Karipap yg saya buat sebelum ni kurang menjadi. Kulitnya agak tebal dan keras. Teringin nak buat lagi sebab ia antara kuih kesukaan saya. Beberapa hari yg lepas saya ada bertanya samaada cik abang saya suka karipap atau tidak. Katanya beliau tak suka karipap yg terlalu ketara rasa marjerinnya. Kebetulan saya memang alergi marjerin. Jadi saya tercari-cari bahan alternatif. Saya memang suka ubah-ubah resepi, kreatif dan inovatif la kononnya...hehe..

Semalam, saya cuba guna minyak masak. Guna sikit je, doh jadi lebih lembut dan mudah diuli. Bila saya goreng, kulit karipap lebih licin dan cantik. Kalau kawan2 tak nak guna marjerin, bolehlah gantikan dgn minyak masak. Bahan alternatif yg mudah, dan saya yakin ia ada di setiap rumah orang melayu. Mak saya tentu bangga dgn perubahan pada anaknya yg semakin serasi di dapur ni. Seronok pulak masak-masak ni. Satu perubahan yg positif dan insya-Allah akan diteruskan. Semoga hari ni lebih baik daripada semalam.

Tuesday, 16 August 2011

Shift the energy

It is very cold in my new room. For a Malaysian like me, I cannot stand the coldness. I'm shivering in my own room during summer time. Hey, stop talking about problems. Don't waste energy delving too much on the problems. It is better to shift my energy towards solving it.

Okay, I've taken few steps. First, I wear my winter coat. Yes, it helps to keep me warm. Very warm and very nice and cosy. However, I sometimes forget to wear it as it is still summer, or going into autumn, I would semi-consciously take my lighter jacket/coat every time I leave my house.  Then, I bring a blanket, a jumper and a big scarf. Wearing my jumper, covered with my big scarf, it is still unbearably cold. So, today, I brave myself to cover the aircond window on my ceiling with a thick paper. I don't know how it will stay sticking there but I don't feel as cold as before now. Alhamdulillah.

Another thing is time seems to fly very fast. It's already a second half of the fasting month now. What have I achieved so far? Did I manage to discipline myself better? Do I think I've improved my 'keikhlasan' and hence my taqwa? I think I'm better in keeping my mouth shut, though, I feel the urge to speak or argue..haha...Though, I'm still struggling to keep awake outside my sleeping hours. Last night, I was very very sleepy after magrib, I felt asleep until almost midnight. I 'missed' my 'nasi time' and my 'Quran time'...emm....I hope not to repeat that tonight. I excused myself for last night as I thought I got carried away with the weekends' habits..hehe...

Talking about time, now, I've less than 8 months to finish my thesis and I need all the energy to work on it more effectively. I know I should not think about whether I have sufficient time or not, rather I should just do it according to my plan/milestones. May Allah help me. I really really need Allah's help today, tomorrow and the days after. My 'impian' is to complete and finish my study within the  targeted time, insya-Allah.




Sunday, 14 August 2011

Perasaan ini

Semalam kami berbuka dan bersolat beramai2 di sebuah dewan di bumi asing ni. Saya sungguh bersyukur diberikan rezeki dapat bersolat berjemaah. Seronok berbuka dgn rakan-rakan baru dan lama. Kalau tak hadir program seperti ni, mungkin tak dapat berjumpa mereka, maklumlah jadual seorang pelajar yg semakin 'busy' ni. Saya 'missed' banyak program dgn komuniti Malaysia pada tahun lepas kerana saya ada tanggungjawab dgn sebuah persatuan di universiti. Saya buat apa yg termampu. Belajar adalah prioriti utama. Jadi saya hanya boleh pilih satu persatuan sahaja untuk bulan Ramadhan 1431 supaya tak menganggu jadual 'study' saya. We can't have all, right.

Bila makan bersama2, kita boleh bersembang secara santai dan ia memberi impak positif kepada silaturrahim. Entah kenapa perasaan saya sungguh gembira bila dapat jumpa rakan-rakan di sini. Semoga masyarakat Malaysia di sini terus berbaik-baik dan mengekalkan silaturrahim yg ada.

Sedikit coretan perubahan pada perasaan saya berkenaan doa dan harapan. Semasa remaja, saya tak faham sgt bagaimana etika berdoa. Saya berdoa dan mohon kepada Allah bersungguh-sungguh utk mendapatkan sesuatu, permintaan saya spesifik, siap dgn bila dan apa. Sekarang, bila saya fikir2kan, betapa 'childish'nye saya dalam berdoa. Memang Allah makbulkan doa2 saya. Saya dapat apa yg saya minta, tapi saya malu bila memikirkan kehendak saya yg mahukan Allah makbulkan doa2 saya tu dgn segera.

Saya sedar yg bila berdoa, kita perlu berdoa dgn penuh rasa kehambaan, merayu kepada Allah Yang Maha Agung dan Berkuasa dan yakin Allah lebih Mengetahui bila masa yg sesuai utk Allah bagi apa yg kita minta itu. Sekarang ni saya akan dan akan terus berdoa dan tidak akan begitu memikirkan bila permintaan saya itu menjadi realiti kerana saya yakin, penuh yakin Allah makbulkan semua doa2. Bila dan bagaimana itu adalah hak Allah. Saya tak perlu bimbang atau risau. Perasaan saya lebih tenang begini. I'll just do my best and let Allah do the rest.

Perasaan saya bertambah2 tenang bila membaca kitab Allah. Bacalah Al-Quran selalu rakan-rakan. Baca dgn hati dan fahami makna ayat-ayat Ql-Quran, hati akan semakin tenang. Saya sukakan perasaan sebegini. Alhamdulillah. Impian saya adalah utk solat dgn lebih khusyuk dari sehari ke sehari. Moga ia menjadi realiti.






Saturday, 13 August 2011

Bersin..alhamdulillah

Dah seminggu lebih saya asyik terbersin je. Nampaknya badan saya sedang melawan virus atau intruders dalam badan ni. Teruskan melawan wahai badanku walaupun kadang2 letih juga bersin berulang2 kali. I should say alhamdulillah kan...alhamdulillah..alhamdulillah..banyak kali bersin, banyak kali saya akan sebut alhamdulillah.

Badan saya ni dah lama tak kena selsema...saya mungkin pernah catatkan sebelum ni yg semenjak saya 'demam' yg agak teruk (pada saya, doktor kata biasa2 je..haha..) semasa 'undergrad' dulu, saya macam kebal 'selsema'. Agaknya badan saya dah bina 'a very strong defense system against flu virus'. Bila saya 'check' apa yg saya makan, stok buah2an citrus sentiasa ada dalam bilik saya. Saya suka makan buah2an dan setiap kali pegi 'shopping groceries', sekurang2nya 2 beg plastik penuh dgn buah2an. Jadi mungkin saya boleh 'associate' keadaan saya yg  asyik bersin ni dgn tak cukup makan buah (sebab2 tertentu). Saya berdoa moga badan saya bertahan dan saya boleh terus bersabar.

Berdasarkan pengalaman saya dan ia mungkin 'applies' kat badan saya sahaja, alhamdulillah saya jarang demam. Kalau ada anugerah 'paling kurang MC', saya mungkin layak menang..hehe..ada cara2 utk elakkan demam seperti,

- jangan tidur lepas subuh, paling elok jangan tidur siang langsung, lepas isyak tidur, dan sebelum subuh bangun
- senaman 2-3 kali seminggu, tak semestinya pegi gym, boleh je buat keja2 rumah, tapi pastikan ia 'intense', kena sampai berpeluh
- banyakkan makan buah dan sayur2an
- jangan 'overworked', buat keja ikut kemampuan badan, kalau rasa tak sihat, badan kita cuba bgtau kita utk 'slow down'
- rajin2 la solat sunat & mengaji - ni utk ketenangan dan kesihatan rohani, tapi kenalah niat kerana Allah
- be positif & thankful - minda sihat, badan, insya-Allah, sihat

Bila tengok tabiat saya dulu2, patutla badan kena gigih melawan 'demam' sekarang. Saya cuma amalkan rutin 3 yg 'last' ni je. Sudah sampai masanya membantu badan saya ni. Kena 'start' semula rutin2 yg ter'miss'. Nak sihat kenalah ikhtiar kan. Apa2pun saya bersyukur dgn kesihatan yg Allah bagi ni. Saya tahu ramai lagi yg kurang bernasib baik di luar sana. Cuma impian saya ingin menjadi seorang muslim yg kuat dan sihat agar dapat memberi manfaat kepada ummah, insya-Allah.

Friday, 12 August 2011

Cheesy taste

Siapa suka makan spagetti? Sedap kan rasa 'sauce'nya yg lemak2 tu. Seorang rakan dari Portugal memberitahu yg 'cheese' adalah bahan yg mesti dimasukkan dlm 'sauce' tu supaya ia rasa lemak. Tapi saya tak berapa suka 'cheese'. Jadi saya masak 'sauce' tu ikut cara masak org Melayu - dgn cili, bawang segala. Rasanya memang lah tak sama.

Lewat petang tadi saya terbaca resepi mee goreng bonda (@sinar kehidupan). Beliau masukkan kacang tanah yg dikisar. Kacang kan lemak2 juga. Saya dapat idea utk menggantikan 'cheese' dgn 'kacang tanah'. Dah cuba masak utk iftar tadi. Ia sedap. Walaupun berbuka sorang2 (buah hati berbuka di tempat kerja), saya akui ia sedap. Selalunya saya akan rindu utk berbuka di masjid bersama rakan-rakan atau berbuka di kampung bersama ayah bonda. Maklumlah, sorang2 kat rumah melayan perasaan..huhu...

Kalau rakan2 pun tak suka 'cheese', bolehlah cuba guna kacang tanah yg dikisar. Jangan masukkan banyak sgt, cukuplah sekadar 1-2 sudu besar.

Silaturrahim

Kalau ikutkan rasa geram di hati, nak je saya lupakan saja kawan saya ni. Tapi, saya faham pentingnya mengekalkan silaturrahim. Jadi, saya akan pujuk hati supaya jgn dikenang apa yg membuatkan saya geram tu. Biarlah dia dgn caranya. Saya akan buat biasa2 saja walau hati sgt marah. Saya pernah terfikir utk menarik diri daripada menjadi kawannya tapi saya tahu itu bisikan nafsu yg sentiasa mengajak  manusia tersasar dari saranan agama. Mudah2an Allah mengampunkan dosa saya. Saya akan terus berkawan dgn semua org tapi tahap persahabatan saya akan biasa2 saja dgn dia. Itu saja yg saya mampu.


Thursday, 11 August 2011

Berbisik-bisik

Ketika saya kecil, di sekolah, guru akan segera menegur kalau kami berbisik-bisik ketika guru sedang mengajar, guru mahu kami memberi tumpuan kepada apa yg sedang diajar. Tapi kadang-kadang, saya ingin betul berbisik2 dgn rakan di sebelah saya gara2 tak sabar nak tunggu kelas habis. Kalau tak segera 'share' dgn rakan sekelas, bimbang idea/hal tersebut dilupai terus. Maklumlah, zaman kanak2 sungguh 'busy', macam2 aktiviti nak buat, sungguh seronok..main, belajar, main, makan, minum, belajar, sukan etc...

Sekarang saya lebih suka berbisik2 dgn Kekasih hati, ketika hati risau, kepada Nya saya berbisik2 mengadu, ketika 'jiwa kacau', saya meluahkan segala yg terbuku dalam hati kepada Nya, ketika ada hal yg bermain2 di fikiran, hati akan bercakap2, berbisik2 kepada Yang Maha Berkuasa. Sesungguhnya, kita tak pernah keseorangan. Allah sentiasa ada.

Banyak perkara yg lebih elok dibisikkan kpd Allah bukan mengadu2 kepada org lain. Kita tak tahu hati org kan dan mungkin apa yg kita adukan disalah tafsir. Tak boleh tersalah pilih org. Kita tak tahu adakah rakan2 yg kita kenal ikhlas berkawan dgn kita, terutama rakan2 yg kenal kita bila kita dah senang dan berkerjaya. Lebih selamat kalau pilih ahli keluarga terdekat. Setakat ni, alhamdulillah ibu bapa dan adik-beradik sentiasa sudi mendengar luahan hati tanpa 'prejudis'. Mereka akan cuba meleraikan apa2 kekusutan dan sedia membantu seikhlas hati.

Bila dah bertemu pasangan hidup, saya kira tidak sesuai utk mengadu2 dgn ayah bonda dan adik-beradik lagi. Lebih elok luahkan kepada jejaka yg bertuah itu. Tapi, kalau buah hati sentiasa sibuk, tak berkesempatan menjadi pendengar, berbisik2 lah dgn Kekasih Abadi.

Cubalah. Sungguh indah rasanya bila sebarang keinginan yg dibisikkan menjadi realiti, sebarang kekusutan terlerai dgn izinNya. Subhanallah.

Wednesday, 10 August 2011

Keyakinan diri

Suatu masa dulu, saya tidak pernah kisah apa yg orang cakap tentang saya, apa yang saya buat dan tuturkan. Saya kira keyakinan diri saya sangat tinggi. Banyak perkara yg saya 'accomplished', dgn izin Allah. Alhamdulillah.

Gembira melihat orang lain gembira membuatkan saya cuba sedaya upaya menuturkan yang baik2 saja walaupun kadang-kadang ingin sekali bebas mengeluarkan pandangan atau buah fikiran.

Sejak dua menjak ni saya ada penasihat peribadi atau pemerhati bebas (alhamdulillah) yg akan memberi pandangan tentang apa yg saya tulis atau cakap. Saya bersyukur jika ditegur, ia peluang untuk memperbaiki diri, tapi saya juga punya pandangan dan buah fikiran sendiri. Minda saya meronta2 jika disekat ruang utk ia teroka. Saya akan jadi tidak gembira. Supaya saya boleh terus gembira, izinkan saya bebas bercakap atau menulis. Saya akan berhati-hati, saya akan elakkan kontroversi dan menyakiti hati orang lain dan tegurlah saya sekiranya saya tersalah.



Saya juga punya hati dan perasaan. Tak rela dipermainkan atau 'take for granted' oleh orang lain. Kalau orang hormati diri saya, saya akan hormati individu tersebut. Tak dapat saya nafikan, setiap perkara akan jadi lebih mudah bila mempunyai keyakinan diri yg tinggi. Cuma jangan sampai 'riyak' dan sombong. Tolong saya supaya tahap keyakinan diri saya semakin naik bukan turun. Jazakallah Khairan. May Allah bless you all.

Tuesday, 9 August 2011

You Can Do it


Nak tulis sesuatu tapi kekeringan idea la pulak. So, I went browsing Dr Othman's blog and I found this phrase. Bila direnung2, banyak mesejnya. Lepas ni, bila terasa keletihan melalui kehidupan ni atau apa2 yg sedang diusahakan, saya nak ulang2 baca baris2 ayat di bawah ni. Yakin yg Allah bantu saya melaluinya dgn baik dan jayanya. Ameen. 


If Allah brings you to it, 
He will bring you through it. 
In Happy moments, praise Allah. 
In Difficult moments, seek Allah. 
In Quiet moments, worship Allah. 
In Painful moments, trust Allah. 
In Every moment, thank Allah.......

UMMI

My dear friends, you and I can do it, insya-Allah.

Monday, 8 August 2011

Puasa itu Lebih Baik

Bagaimana tahap kesihatan badan kita dalam bulan puasa ni? Saya yakin ramai yang merasakan mereka lebih sihat. Walaupun kita tak makan dan minum sepanjang hari tapi kita masih boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa. Rakan-rakan bukan Islam saya kehairanan bila saya katakan yang kita tiada masalah berpuasa. Bagi mereka, sekurang-kuranngnya minum supaya tidak dehydrasi. Tapi kita okey je kan. Begitu efektifnya  badan kita akan 'adjust accordingly' bila kita berpuasa. Subhanallah.

Saya jarang2 sakit kepala, alhamdulillah, tapi semalan saya diuji sakit kepala yg teramat sangat. Kenapa lah agaknya? Suatu ketika dulu saya pernah membuat kajian kecil tentang antara sebab2 sakit kepala. Antaranya adalah masalah di perut - terlebih makan, tersalah makan, sistem pencernaan atau penghadaman yang terganggu dan lain-lain. Ia berkait rapat dgn apa yg kita makan. Jadi saya 'check' apa yg saya makan semlm. Emm...yup, saya makan nasi yg dah dua hari kat dlm periuk dan lauk kat dlm oven. Saya tersalah 'judge' kualiti nasi & lauk tu. Walaupun dah dipanaskan, 'instinct' dan minda saya mintak saya supaya jangan makan, tapi saya makan jugak, sayangkan makanan tapi tak sayangkan perut kan...alih-alih saya rasa angin naik dari perut ke kepala. Tersangatlah sengsaranya.  Saya dah termakan, nak buat camne. Tanggung je la dan harap mudah2an Allah ampunkan dosa2 saya. Terima kasih kat buah hati yg tolong sapu minyak angin. May Allah bless you. Alhamdulillah saya okey lepas rehat 'for few hours'.

Hakikatnya ia boleh dielakkan. Saya terlupa pengalaman di bulan puasa ketika saya masih bersekolah lagi, saya makan kerang rebus yg dah 'dua hari'. Esoknya, satu hari saya keracunan makanan. Akibatnya lebih teruk daripada sakit kepala saya semlm. Saya betul2 serik sampai tak nak makan kerang bertahun2 lamanya. Bukan salah kerang pun..hehe...dan kesian kat adik2 saya yg terpaksa jadi 'nurse' saya masa tu. Apa-apapun, saya terima kesalahan diri sendiri yg terlupa kali ni. Saya maafkan diri saya dan berjanji akan lebih berhati2 dgn apa yg saya makan lepas ni, insya-Allah.

Allah Maha Mengetahui keperluan hamba2nya. Kita diwajibkan berpuasa yg kita mesti niatkan kerana Allah tapi kebaikan adalah utk diri kita. Selepas 11 bulan leka menjamu selera dgn pelbagai makanan, tiba lah bulan utk merehatkan 'kilang' kat dalam badan kita ni. Sebulan sahaja pun. Kalau tak direhatkan, byk pulak 'depts' yg akan bermasalah atau 'down' nanti. Prevention is always better than cure. Terbaca hadis ni kat i love islam page (facebook).

The Prophet (peace be upon him) said:-

"Everything has a cleansing agent and fasting is the cleansing agent for the body. Fasting is more a matter of patience than of anything else."

[Ibn Majah]


Moga kita semua lebih sihat supaya dapat terus beribadah dan moga kita lulus sekolah Ramadhan ni dgn baiknya.

Saturday, 6 August 2011

Surprise

Life is full of surprises...elok2 je nak sahur, dapat kejutan, no sign, nothing, very unexpected..hehe...redha, kena redha. Tidak berjaya lagi. Semalam ketika mengemas bilik ofis terjumpa kad harijadi dari seorang kawan, beliau tulis 'Jangan Pernah Putus Asa'. Ringkas tapi sangat bermakna.

Insya-Allah, saya akan terus bersabar dan berusaha. Sempena bulan puasa nie eloklah berdoa banyak2 dan bersungguh2. Yakin yang Allah akan makbulkan doa saya yg satu ni. So far, Allah sentiasa makbulkan doa-doa saya...cepat atau lambat je. Sesungguhnya bila itu hak Allah. Yakin...yakin..yakin...mari terus optimistik...Yooosh!

http://www.youtube.com/watch?v=AFiAlGLXsFg&feature=related

Thursday, 4 August 2011

Mari Ubah Minda

Saya dah lama nak tulis isu ni dan ketika membaca berita kemenangan seorang gadis Cina dalam pertandingan kulit paling cantik, terpanggil pulak utk menyentuh isu ni. Pernahkan anda terfikir kenapa orang cina pandai berniaga? okay, ramai yg kata sebab mereka tak kira halal-haram dan 'everything goes'. Tapi saya tengok Cina muslim pun hebat berniaga. Mesti ada sebab lain...

Pengurusan wang adalah sangat penting. Abah saya kata mereka berniaga utk senang sampai generasi2 akan datang. Bukan sekadar hari ni atau esok. Duit digunakan utk yg 'priority'. Contohnya, gadis Cina yg menang pertandingan ni bagitau yg duit hadiah akan digunakan utk membiayai pengajiannya. See, my friends, bukan utk enjoy sana-sini yang tidak memberi pulangan jangkamasa panjang, tapi 'will be invested in the only investment with guaranteed long term positive returns, i.e. education'. 

Saya akui ramai jugak keluarga Melayu yang berjaya. Tidak semestinya kaya raya tapi mempunyai kemahiran menguruskan kewangan dgn baik. Rakan saya, adik beradik beliau 11 orang, semua berjaya ke menara gading dan sekarang nie senang-lenang, padahal bapanya hanya penoreh getah,  yang terpaksa bekerja sebagai jaga di waktu malam utk membiayai pendidikan anak-anak. Beliau sanggup bersusah-payah kerana beliau faham apa itu pengurusan kewangan yang betul - bagaimana wang dicari (mesti halal & berkat) dan utk apa wang itu dugunakan (basic needs, education - ikut priority). 

Harapnya ramai orang Melayu yang mengubah minda mereka dalam soal pengurusan wang ni. Utamakan yang penting. Elakkan meminjam wang (belanja mengikut kemampuan). Kalau 'earn' £100, 'spent only 75%' and save at least 25%. Tak perlu ambik kursus 'financial management'. Guna 'common sense' je. Mudah, kalau sanggup menangguhkan niat utk 'enjoy' atau bersenang2 sebelum betul2 mampu. Tengoklah orang Cina, ramai yg semenjak sekolah menengah, dah belajar cari duit, walaupun keluarga mereka senang. Barulah mereka hargai 'every single cents'. Biasalah kalau senang dapat duit, senang nak belanja semua duit tu, sukar utk menyimpan utk masa depan. Implikasi yg lebih signifikan adalah anak2 Cina nie belajar bersungguh2 supaya tak perlu kerja 'long working hours with low pay in the future'. Anak2 orang kita - asyik disuap duit jer dari kecik, belajar malas, terpaksalah keja kilang jer, pastu masa dan tumpuan habis kat situ jer (cari duit utk sesuap nasi), mana nak fikir hal2 lain. Bila hujung minggu, nak rehat & enjoy lah sebab dah penat keja berjam2 cari duit. Begitulah pusingannya, dari generasi ke generasi...This attitude needs to stop. Ubahlah minda.

Isu ni penting kalau bangsa kita nak maju dan berjaya. Kalau 'financially dependent on government, others etc', sampai bila takkan mampu utk mengubah nasib diri. So, kalau kawan2 dah ada anak, ajar mereka menghargai wang . Alhamdulillah, abah saya dah ajar saya soal berkaitan wang (berkat & belanja berhemah, education first). Yelah kami orang susah, perlu pandai jaga duit 'to survive'. Saya dah 'trained' adik2 saya supaya menguruskan wang dgn baik dan moga mereka pun akan ajar anak2 mereka juga nanti, insya-Allah. 

Moga bangsa kita lebih 'bijaksana'.

Wednesday, 3 August 2011

Tuesday, 2 August 2011

Resepi oh Resepi

Entah kenapa sejak dua menjak ni saya suka kumpul resepi. Mungkinkah ini hobi baru saya sebab ia menyeronokkan. Saya dah berkira2 nak buat donut dan biskut oat - peberet..hehe.

Kalau nak cari resepi kuih2, biskut2 atau masakan lain, layari saja blog Yati (or Kak Yati - sinar kehidupan), ada kat senarai blog saya.

Oops..tak boleh lelama tengok blog masakan ni, bulan puasa kan..hehe..Baik tengok bunga matahari. Ia banyak ditanam di Sepanyol dan Perancis secara besar-besaran. Tak sangka begini rupa bunga matahari komersil. Lain daripada bunga matahari yg ditanam oleh Mak Ngah (jiran saya) yang lebih 'slim, slender and beautiful'.

Monday, 1 August 2011

Indahnya Nikmatnya

Tak tergambar perasaan seronok bila dapat bertarawekh dgn rakan2, alhamdulillah atas nikmat ini. Tahun ni, pihak masjid menjemput dua imam: a Palestinian dan a Libyan. Dua2 hafaz Quran, kagum dgn keupayaan mereka membaca surah Al-Baqarah dgn begitu tartil sekali. Moga Allah merahmati mereka di dunia dan di akhirat.

Dah lama tak bertemu rakan-rakan di masjid. Hati berbunga2 girang bila bertemu mereka. Terkenang pengalaman kami iftar dan bersolat di masjid pada tahun2 yg lepas. Akan saya hargai setiap detik ini kerana mudah2an tahun depan ada rezeki berpuasa di tanahair tercinta.

Hari ni, 1 Ramadhan, cuaca di sini mendung dan hujan renyai2 dari pagi hingga ke petang...satu nikmat buat kami, tidak begitu terasa penat berpuasa kerana cuaca yg sejuk nyaman ni. Alhamdulillah. Hidup ni indah kalau kita pandang dari sudut yg indah vice versa...jadi, mari kita optimistik bahawa kehidupan kita akan menjadi semakin baik.

Lakukan yang terbaik, dan serahkan segala-galanya kepada Allah.