Saya suka tengok wajah-wajah yang tenang ibarat takde apa yang dirisaukan. Saya kagum. Mungkin ini lah wajah-wajah ahli syurga. Yang saya tau wajah ahli syurga juga cerah berseri-seri. Ketenangan hati, jiwa dan minda adalah impian saya. Kalau tiada apa yang saya boleh bantu insan-insan di sekeliling saya, cukuplah jika wajah saya boleh menyejukan mana-mana hati yang gundah...nak ikhlaskan lagi hati ni, nak sucikan lagi minda nie. Satu lagi yang saya nak buat adalah kurangkan stress. Yang ni saya tak nak lebih. Kalau boleh tak nak langsung. Zero stress.
Suatu ketika dulu saya terpaksa memikul tugas yang berganda-ganda. Dahlah baru je masuk organisasi tersebut, terus kena menguruskan sebuah unit dan juga memangku pengurusan satu unit lagi. Dulu-dulu saya sukakan cabaran. Saya tak kisah sangat pasal ganjaran wang atau yang sewaktu dengannya. Yang penting dapat kepuasan. I had never said no, quite reluctance to say no. Slogan saya ‘you never know until you try’. Tetapi saya hairan kenapa setiap bulan saya rasa tak sihat, tiap-tiap bulan saya ke klinik padahal saya sangat sihat sebelumnya. Alhamdulillah, sebelum ni saya tak de mc-mc nie. Maklumlah, sejak sekolah rendah minda saya adalah ‘badan cergas otak cerdas’..hehehe...kemudian, saya buat lah sedikit ‘research’, baca sana-sini, google sana-sini. My findings :: stress was the culprit. Bila stress, badan akan merembeskan toxin yang ‘attack our immune system’ tu yg menyebabkan kita tak sihat. Alhamdulillah, dah tahu sebabnya kena lah kawal ‘stress’ dan bila dah ada pengalaman menguruskan dua-dua unit tu, kuranglah sikit ‘stress level’ saya baru lah kesihatan saya pulih seperti sebelumnya. Selain diet yang seimbang, aktiviti senaman jugak penting. Macam-macam saya ‘join’, yang bestnye ‘join’ kelab memanah. Perasan tak bila kita bersenam, muka akan nampak merah berseri-seri sebab badan kita akan merembeskan hormon gembira. Terfikir pulak, bila la saya nak kembali bersenam...entahlah, bila lah yg ber- ‘authority’ nak bawa saya jalan2 ke ‘park’ atau bersenam di ‘gym’..hihihi..buat masa nie, kena lah ‘resort to’ aktiviti lain yang menenangkan minda seperti tengok gambar2 kat bawah nie :D



No comments:
Post a Comment