Thursday, 23 June 2011

Makan-makan

Hari ini kami makan-makan lagi. Kawan yang baru lulus viva berbesar hati belanja staf di 'dept' makan dan kami rakan-rakan senegara beliau dijemput sama. Semalam pun beliau belanja rakan-rakan senegara di sebuah restoran india. Memang benar kita tak tahu apa rezeki kita sebab saya dah bawa bekal untuk 'lunch' yang sudahnya menjadi 'dinner' untuk hari ni. Tak sangka pulak dapat rezeki makan besar di Amore restorente..apa-apa pun terima kasih kepada kawan ku itu. Banyak pahala dia belanja kami makan.


Pengajaran untuk saya hari ini adalah : tidak perlu risau tentang apa yang akan kita lalui atau dapat lepas ni dan pada masa hadapan kerana semua itu adalah hak Allah dan Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang penting usaha, usaha, usaha, doa, doa, doa dan tawakkal. Penting jugak untuk teruskan menggapai cinta Allah kerana ia membawa kebahagiaan yang sungguh indah.

Saya ingin bahagia.

Mudah2an Allah sentiasa memberi petunjuk kepada ku dan muslimin seantero.

Muy bien. Cao. (very well, bye-bye)

No comments:

Post a Comment