Sunday, 5 June 2011

Akhirnya

Seorang lagi rakanku pergi menemui ilahi. Setelah bertahun-tahun berjuang melawan penyakitnya, akhirnya belia pergi semalam. Al-Fatihah. Semasa di sekolah, beliau seorang yang sangat ceria, happy-go-lucky dan sihat. Tapi Allah menduganya dengan penyakit yang kronik. Kalau difikirkan tak tertanggung badannya yang kecik tu melawan kesakitan. Beliau tabah dan kuat semangat. Semasa menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam, anak tunggalnya, Wafiey sedang menunaikan umrah bersama ibu-ibu saudaranya. Doa Irma untuk bertahan sehingga anaknya balik ke Malaysia tidak tercapai. Benarlah ajal, bila tiba masanya, ia takkan tertangguh walau sesaat pun. Allahuakbar.

Ramai juga rakan-rakan sebaya yang telah pergi. Ramai juga yang menanggung pelbagai dugaan hidup, daripada sihat kepada mengalami ‘severe depression’ dan terpaksa bergantung dengan pil-pil penenang. Banyak nikmat dunia yang hilang. Pendek cerita, setiap orang ada dugaan hidup, tak kira sape, doktor, jurutera dan lain-lain.  Sebab tu saya takut untuk berbuat sesuatu yang tidak disukai Allah.

Tika di sekolah, ada kawan-kawan yang mempersoalkan peribadi saya. Mereka tidak bersetuju kerana pada mata mereka saya terlampau baik. Selalunya saya akan jawab sebab ibu bapa saya baik. Ummi saya tersangatlah baik. Seandainya ummi ada sekilo beras sahaja, semua tu akan disedekahkan sekiranya ada yang meminta. Tersangat mulia hati ibuku. Bapa ku tidak putus-putus mengingatkan kami supaya menggunakan sepenuh peluang yang Allah bagi untuk berbuat baik. ‘biar sedikit asal berkat’, ‘hati kena bersih’ dan ‘hidup hendaklah bertujuan, dan tujuan hidup adalah keredhaan Allah’ adalah contoh kata-kata iklan abah sewaktu brsembang atau berseloroh dengan ahli keluarganya. Sekali-sekala ‘cashier’ atau ‘penjual’ terlebih bagi duit baki, dan abah akan kembalikan duit itu walaupun kami telah sampai ke rumah. Abah sangat berhati-hati agar tidak terambil hak orang lain. Bila dah besar sikit saya akan jadi tukang semak resit dan duit baki. Pernah saya terlupa nak ‘check’ dan memang duit baki terlebih. Masa tu dah sampai rumah, tak tenang hati saya sehingga kami pulangkan duit tu. Saya tak boleh terambil duit atau hak orang lain sebab hati akan jadi tak keruan.  Jadi saya sangat takut untuk melanggar perintah Allah.

Seorang doktor di kampung saya, sahabat baik abah pun suka memberi nasihat kepada saya setiap kali saya ke kliniknya. Nasihatnya yang saya takkan lupa, insya-Allah adalah ‘berdoalah supaya panjang umur dalam berbuat kebaikan’. Beliau, seorang doktor yang sangat berjaya, kliniknya sentiasa penuh dan masjid yang diuruskan beliau bertambah ‘meriah’. Alhamdulillah. Beliau juga ada berkata ‘sekiranya isteri beliau pergi, insya-Allah, beliau dan anak-anak akan uruskan sendiri, tak perlu panggil orang luar’. Anak-anaknya semua berjaya ke university dan sudah ada yang jadi doktor dan bakal ambil-alih kllinik Dr. dan yang paling mengujakan adalah terserlah perasaan kasih dan sayang terhadap isterinya. Bertuahnya isteri Dr. R. 

Moralnya di sini, untuk sahabat-sahabat yang belum berkahwin, pilihlah seseorang yang teguh agamanya sebab orang yang beragama jelas tujuan hidupnya, jelas panduan hidupnya, dan jelas modul kehidupannya. Sedikit sebanyak nilai-nilai itu akan diwarisi oleh anak-anak. Dan untuk dapat jodoh yang baik kita pun perlu baik. Jangan rasa rugi jadi baik dan sentiasa nak jadi baik kerana rahmat dan kasih-sayang Allah lebih hampir dengan mereka yang berhati baik dan sentiasa bertaubat dan berbuat baik, insya-Allah. Bagi saya, jadi baik ‘is part of it’, berterusan jadi baik  lebih utama, dan ramai lagi orang lain yang lebih baik daripada saya, saya masih banyak kekurangan dan kelemahan, kadang-kadang tersalah perkiraan, tapi saya berazam untuk terus memperbaiki diri, insya-Allah. Mari kita dengar lagu nie. 


1 comment:

  1. jazakillah for this entry.. :)
    masuk ke dalam hati..
    nak share lah :)

    ReplyDelete