Thursday, 30 June 2011

3 Berita - satu Minda

Saya perlu mencoret apa yang bermain di fikiran saya hari ni kalau tak ia akan mengganggu konsentrasi dan fokus saya. That's me, otak memang ligat fikir macam2. Nak kena kawal sikit aktiviti kat atas ni, tu yg saya rasa ia perlu diluahkan di sini. Mudah2an ada pengajaran yang saya boleh ambil.

Semalam saya terlupa nak tutup komputer, jadi pepagi lagi saya dah bukak yahoo news dan saya agak terkejut dgn satu berita ni psl pemain tenis peberet saya utk kala & tika ini, Roger Ferderer kalah kat 'quarter final' kepada pemain perancis, Tsonga-sape tah dia ni tapi ranking dia no 12. Anyway, anything can happen kan...so tempoh terkejut saya kejap jer..hehe..

Kedua, berita yg saya tunggu-tunggu dari buah hati. Alhamdulillah, doa saya, abah ummi dan semua yg terlibat dimakbulkan. Allah Maha Pemurah..buah hati dah usaha sebaik2nya, kami pun dah doa sungguh2. Allah bagi..sujud syukur la apa lagi. Kalau jumpa orang susah rasa nak bagi sedekah tanda kesyukuran..:)

Ketiga, baru beberapa minit tadi dapat sms dari Kak Long, katanya mak sedara kami meninggal. Terkesima saya. Kenapa? Sebab saya baru je bersembang dgn adik saya semalam dan bila dia bagi laporan pasal mak saudara saya ni, saya kata kat dia, pada pandangan saya tanda-tanda mak sedara ni nak 'pergi' sangat 'obvious', elok sangat melawat ketika masih ada peluang. Lepas solat magrib semalam, saya teringatkan kematian dan hati saya sangat sayu bila mengenangkan apalah nasib saya di sana, adakah Allah terima amalan2 saya, sempat ke saya mengumpul amalan secukupnya untuk kebahagiaan yang abadi.Tup-tup hari ni dapat berita mak sedara saya meninggal dunia. Betul pulak andaian saya. Seorang rakan yang tinggi ilmu agamanya pernah bagitau saya yang pada pandangan dia saya dikurniakan firasat @ instinct yang kuat. Ala2 6th sense gitu, saya boleh baca apa yang tersirat, jgn marah. Kalau betul, alhamdulillah atas kurniaan Allah ni. Selalunya saya boleh agak dgn tepat..hehe...Tapi apa-apapun, saya anggap hanyalah kebetulan. Hanya Allah tahu apa yang akan berlaku. Ajal, kalau dah sampai takkan terlewat walau sesaat. Al-fatihah untuk arwah mak sedara saya. Beliau sangat rapat dgn mak saya walaupun beliau adalah kakak ipar ummi dan abg ummi dah lama meninggal dunia, dia sayang ummi macam adik sendiri. Anak-anak beliau pun sangat sayang dan menghormati ummi dan jika ummi buat kenduri mereka pasti hadir. Saya pasti rindukan mak sedara saya ni, akan saya kenang dalam setiap doa, akan saya hadiahkan bacaan Al-Quran kepadanya, insya-Allah.

Apa-apa pun saya teringat jugak pada pesanan abah supaya menjaga setiap patah perkataan saya kerana kata abah mulut saya masin. Entahlah banyak 'incident' kata-kata saya menjadi realiti tapi bagi saya itu hanya kebetulan, semua kehendak Allah dan Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Banyak jugak incident yang baik, alhamdulillah, tapi kalau yg tidak baik, mohon Allah hindarkan daripada berlaku.

Pernah satu ketika dulu salah sorang adik saya melukai hati saya dan dia tidak mintak maaf, lepas setengah jam, dia ditimpa kemalangan, teruk keretanya remuk tapi alhamdulillah dia okey. Abah terus tanya saya adakah saya marah kat adik saya ni, saya kata takdelah, walaupan hati saya terluka. Abah tahu perasaan saya dan terus bagi nasihat supaya tidak marah kat orang. Saya betul2 tak marah. Cuma sedih je. Alhamdulillah, saya dah pandai kawal marah saya dengan banyakkan solat, baca Quran dan mengingati Allah. Kalau tak buat semua ni, mau saya asyik naik darah je, masa saya remaja, adik bongsu bagi saya gelaran khas - kakak tiri..hehe...maklumlah mungkin ada sikit2 darah Arab kat dalam badan saya ni.

Anyway, bukan kah setiap kata-kata adalah doa dan setiap perkataan kita dinilai dan dicatit ganjarannya oleh dua malaikat. Kena ingat juga nasihat abah ni. Mudah2an saya sentiasa bercakap dan bersangka yang baik-baik saja. Hati tenang, hidup harmoni, pahala pun dapat.

No comments:

Post a Comment