Segar sikit hati ni selepas mengikuti kuliah agama tadi. Antara pengajaran yang saya dapat adalah iman kita perlu diperbaharui. Sekurang-kurangnya kita mengucap syahadah 9 kali sehari (dalam tahayat solat). Kena cari cara utk ‘renew’ syahadah ni bila dapat cuti daripada solat, kalau tak mau rasa kosong semacam jer. Walaupun zaman berteknologi ni membolehkan kita boleh dengar ceramah agama kat rumah, kesannya lain, rasa lebih nikmat kalau kita hadiri sendiri kelas-kelas atau kuliah-kuliah agama.
Petang tadi ketika rasa sedikit kosong, saya dengar beberapa video ceramah dan antaranya kisah Imam Ahmad bin Hambal sangat menginsafkan. Begitu banyak cabaran dan kesusahannya dalam mencari ilmu dan bagaimana tingginya imannya sehingga Allah izinkan mampu menghadapi pelbagai cabaran dalam menegakkan yang benar. Rugi kita kalau tak ambil peluang untuk mencari ilmu dengan menghadiri ceramah-ceramah agama yang ada di merata-rata tempat.
‘Verily, Allah elevates some people with this Quran and abases others’ [Muslim]
Kumpulan mana yang kita nak masuk, yang Allah tingkatkan darjatnya kah? Tanya hati buatlah pilihan.
No comments:
Post a Comment