Rasa seronok muncul lagi bila membaca email berkenaan kuliah petang ni. Seusai solat asar, saya terus ke masjid/surau berkenaan. Tabiat ni sukar untuk saya kawal. Saya sangat suka berada di masjid. Mudah2an Allah permudahkan dan izinkan saya ‘istiqamah’. Ia amalan baik kan...:D
Sampai di masjid/surau, kuliah dah mula tapi tak ramai yang hadir dan saya wakil tunggal ‘sisters’..hehe..mungkin mereka dalam perjalanan. Saya nak jumpa rakan-rakan sebab dah lama tak jumpa rakan-rakan senegara dari fakulti lain. Saya ‘plan’ untuk membuat catatan nota dan ‘share’ di blog saya supaya ramai yang dapat manfaatnya. Alhamdulillah, rakan-rakan (termasuk pelajar2 baru) sampai selepas 20 minit kuliah mula.
Katanya ustaz topic hari ni berkenaan puasa. Beliau memulakan kuliah dengan peringatan ‘rewards’ menghadiri majlis ilmu. Yang saya ingat adalah para malaikat akan mendoakan mereka yg berada di majlis ilmu, memohon kepada Allah agar mengampunkan dosa-dosa mereka. Syahdu rasa di hati bila mengenangkan betapa rahmat Allah itu luas.
Kemudian beliau menerangkan perkara-perkara asas puasa-definasi, tujuan dan rahsia puasa. Antara yang saya catat adalah;
· Puasa ada 3 peringkat – peringkat umum (orang awam), peringkat khusus dan peringkat khusus khusus
· Peringkat umum – menahan diri daripada makan minum dan nafsu syahwat
· Peringkat khusus – menahan penglihatan, pendengaran dan semua anggota badan daripada perkara maksiat
· Peringkat khusus khusus – menahan hati dan fikiran daripada lebih memikirkan hal-hal dunia
Takkan kita nak target puasa peringkat basic/awam je kan, so macam mana nak upgrade puasa kepada peringkat khusus? Caranya adalah melalui 6 rahsia ni
1. Rendahkan /elakkan dan pelihara pandangan daripada melihat perkara-perkara mungkar, sekiranya terpandang, junjungan besar Nabi S.A.W kita suruh segara palingkan pandangan.
Sabda Nabi S.A.W. ‘pandangan adalah anak panah iblis, sesiapa yang menjaganya akan mendapat kemanisan beribadat’
2. Jaga lidah daripada penipuan, gossip dan berkata perkara buruk. Elok diam jika tiada perkara baik yg boleh diucapkan. Kalau lidah kita sibuk berzikir dan baca Quran, tentu tak dan nak cakap benda-benda sia-sia dan buruk kan..bergossip tu memburukkan dan mengaibkan orang lain, balasan nya dihukum di neraka yang paling rendah..sanggup? tak sanggup teman..hehe..so eloklah kita cakap yang baik-baik je pasal kawan-kawan kita. Kata Iman Ghazali jika kita melihat kebaikan dalam setiap perkara –tenanglah hidup kita
3. Berhenti daripada mendengar perkara yang haram. Boleh refer surah An-Nisaa, ayat 14
4. Menahan anggota badan daripada perkara dosa dan perut daripada perkara syubhah
Mencegah kemungkaran sangat-sangat penting. Gagal mencegah kemungkaran adalah antara penyebab kemusnahan bani Israil
5. Jangan makan berlebihan ketika berbuka puasa. Nabi S.A.W. berbuka dengan air masak sekiranya tiada tamar. Lepas berbuka, perut perlu rehat sebentar, sebab tu disunatkan solat Magrib dulu.
6. Hendaklah hati mengharap agar puasa diterima Allah
‘sesungguhnya puasa adalah amanah. Jadi jagalah puasa sebaik mungkin’
Nabi S.A.W. tidak pernah tinggal puasa sunat isnin dan khamis dan hari 13,14,15 setiap bulan islam. Secara scientifiknya pada hari 13,14,15 tu bulan dalam keadaan mengambang dan darah dan nafsu manusia pada tahap yang agak tinggi. Kalau puasa pada hari-hari tersebut sangat bermanfaat untuk badan kita. Cantiknya Islam.
So, kawan-kawan, marilah kita berpuasa sunat dalam bulan Rejab ni. Bulan Ramadhan dah semakin hampir. Mudah2an Allah izinkan untuk menikmat keindahan bulan yang penuh barakah itu, amen.


No comments:
Post a Comment