Sunday, 26 June 2011

Kasih Sayang

Setiap kali saya rasa perlu ‘suntikan motivasi’, selepas Allah, saya akan teringatkan kedua ibubapa saya kerana saya tahu mereka akan sentiasa berada di sisi saya, mereka akan memberi semangat dan memberi ‘moral support’ dan menyokong apa yang saya lakukan. Ibu saya tidak pernah berkata ‘jangan’ apabila saya nak buat sesuatu. Ummi percayakan kami. Kasih sayang mereka tiada sempadan dan siapalah saya tanpa mereka. Bukan senang membesarkan sembilan orang anak dan bukan mudah memastikan kami mendapat peluang untuk belajar setinggi mungkin tapi abah dan ummi lakukan semua itu tanpa meminta balasan. Abah saya sentiasa mengingatkan kami betapa pentingnya imu pengetahuan. Alhamdulillah, kami semua mampu berdikari. Kata abah, sebelum kami lahir lagi abah dah mula berdoa moga Allah mengurniakan anak-anak yang minat belajar dan dapat belajar sehingga ke pusat pengajian tinggi. Selain berusaha, doa adalah senjata orang islam (katanya abah). Contohnya, mengikut doktor yang merawat abah ketika abah terlantar di hospital akibat demam panas yang abah tidak akan mempunyai anak. Tetapi abah tidak putus asa, abah terus berdoa agar dikurniakan zuriat dan tu dia, Allah bagi abah sembilan orang anak. Subhanallah.

Bagi abah, ilmu pengetahuan lebih penting daripada harta dunia. Ilmu akan membantu kita hidup di landasan yang betul tetapi harta perlu dijaga. Silap perkiraan, harta boleh menjerumuskan kita ke neraka. Harta dunia penting tetapi ia bukan tujuan hidup ni. Abah juga mengajar kami supaya menguruskan harta sebaik mungkin. Hidup di dunia ni biarlah bersederhana. Tak perlu ikut cara orang lain yang berlumba-lumba mengumpul dan mempamerkan kekayaan. Setiap tindakan yang nak diambil perlu difikirkan semasak-masaknya. Pendek kata, kebijaksanaan sangat penting untuk kesejahteraan hidup yang berpanjangan. Bukan setakat bijak untuk masa sekarang tetapi juga perlu bijak untuk masa depan. Saya rasa sebab tu saya tak pernah teringin untuk mendapatkan harta-harta dunia yang menjadi kebanggaan sesetengah orang. Saya boleh hidup dalam keadaan sederhana, insya-Allah. Abah juga mengajar kami supaya mementingkan nilai-nilai diri (values) seperti amanah, jujur, bertanggungjawab dan lain-lain dan sebab itu juga saya tidak suka orang yang tiada ‘values’. Saya tak suka orang yang tidak jujur, pentingkan diri sendiri dan tidak bertanggungjawab. Bagi saya mereka yang mempunyai sifat sebegini hanya akan merugikan diri mereka sendiri. Untuk senang dan berjaya kita perlu harung susah payahnya dulu. Bab kata abah ‘kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’. No shortcut okay. ‘bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian’. Keluarga kami bukan keluarga subsidi, hidup mesti bermaruah dan tidak suka meminta-minta dan menumpang kesenangan orang lain. Memang benar, sifat dan sikap kita dicorakkan oleh ibubapa kita dan saya suka semua sifat dan sikap yang ibubapa saya dah bentuk dan bina. Alhamdulillah. Thank you ya Allah.

Saya bersyukur dan sangat-sangat bersyukur atas segala jasa baik mereka dan berdoa moga Allah merahmati dan memberkati mereka. Saya petik kenyataan yang berkaitan ‘duty to parents’ daripada  http://www.islam101.com/sociology

That’s why Quran lays stress on feeling grateful to parents, and doing good to them. “And your Lord has ordained that you shall worship none save Him and shall do your parents a good turn.” What does a ‘good turn’ mean? It includes obeying them, speaking softly, avoiding harsh words or harsh tone, giving them company when they are lonely, caring for their physical and psychological needs (especially in their old age), and praying to Allah that He may bless them and have mercy on them.

Mudah-mudahan saya berpeluang untuk berada di sisi mereka ketika mereka kesunyian dan memerlukan perhatian anak-anak.  

Saya nak hidup bahagia yg penuh dgn kasih sayang.

No comments:

Post a Comment