Tuesday, 7 June 2011

Perlukan perhatian?

Bagaimanakah keadaan rakyat Malaysia sekarang ni? Khabarnya kos hidup semakin mengingkat, yang berada-ada dan kaya mungkin tidak ambil pusing akan hal ni tapi bagaimana dengan yang serba kekurangan, yang hanya cukup-cukup makan atau tak pernah cukup? Walaupun saya punyai banyak minat tapi saya kurang sikit minat politik sebab pada saya dunia politik di negara kita masih di takuk lama, ahli-ahli politik yang tidak berapa professional dan tidak menjaga ‘code of conduct’ membuatkan dunia politik begitu tercemar. Tidak dinafikan ramai juga ahli politik yang baik dan berusaha untuk memajukan kawasan dan negara tapi mereka ni dibayangi oleh mereka yang berpolitik untuk kepentingan sendiri. Saya rasa konsep ‘competence in fact and in appearance’ sangat penting. Mana-mana ahli politik yang beria-ria mengatakan mereka berkhidmat untuk rakyat and negara kena buktikan kata-kata dengan tindakan yang sewajarnya. Kalau tak sampai bila masa dan tenaga kita terbazir berdebat tentang hal-hal yang tak signifikan. Rakyat yang miskin dan serba kekurangan perlukan perhatian pemimpin terutamanya dalam memastikan mereka dapat meneruskan kesinabungan hidup dan yang pentingnya agar anak-anak mereka dapat pendidikan yang ke peringkat yang tinggi agar dapat membantu membuat anjakan paradigm ke atas tahap kualiti hidup mereka.

Semasa saya berjalan menuju ke pejabat pos semalam, saya perhatikan golongan senior/tua di sini terjaga secara langsung dan tak lansung. Saya fikir mereka cukup wang kerana saya lihat mereka begitu gembira bersantai di kafe-kafe dan berjalan-jalan di bandar. Saya fikir mereka selesa dengan tahap keselamatan mereka kerana dua orang tua yang berjalan di hadapan saya boleh dengan selesanya menghayung beg-beg tangan mereka sampai saya boleh nampak isi beg-dompet duit. Masakan mereka boleh buat begitu sekiranya mereka bimbang beg-beg mereka diragut atau dompet duit mereka dicopet pencuri. Saya terfikir, sekiranya Allah izinkan saya hidup hingga umur lanjut macam mereka ni, bolehkan saya berjalan dengan begitu santai dengan insan tersayang. Adakah saya perlukan ‘bodyguard’? hehehe...Golongan miskin dan orang-orang tua perlukan perhatian kerajaan (polis dan pejabat daerah dan bandar, komuniti, dan lain-lain) agar boleh terus menikmati hidup ni sebaiknya. Apa salahnya kerajaan memberi bantuan kepada golongan miskin dan tua secukup dan sewajarnya agar hidup mereka lebih terurus. Kenapa kerajaan tak mampu untuk memastikan zero pendatang tanpa izin? Adakah kerajaan tak serius dalam hal ni? Bukan apa ‘foreigners’ yang tinggal di negara kita mesti mendapat kebenaran agar dapat dipantau sebab banyak juga ‘foreigners’ merompak dan mencuri dan mengancam keselamatan kita. Mana-mana yang masuk secara sah tu perlulah dilayan  atas dasar asas kemanusiaan.  

Serius pulak coretan saya kali ni..sekali sekala kan...Moga Malaysia Makmur!

No comments:

Post a Comment