Tuesday, 14 June 2011

Solat & Sabar

Sungguh seronok bila baca Quran. Lebih seronok bila mengetahui yg lebih bagus kalau baca, faham dan amalkan (pengajaran daripada kuliah Jumaat lepas). Jadi, sekarang, bila baca Quran saya akan menatap baik-baik tafsiran setiap ayat-ayat Allah. Dalam hati saya berdoa moga Allah pelihara saya daripada tersalah faham tafsiran tersebut. Saya belum menguasai bahasa Al-Quran, mahir bahasa Arab adalah impian saya yg masih belum tercapai. Akan diusahakan, insya-Allah.



Antaranya ayat di bawah yg menjadi peringatan yang baik untuk saya supaya tekun berusaha bersungguh untuk mencapai apa yg saya impikan - Allah bersama-sama orang-orang beriman yang memohon pertolongan Allah dengan bersolat dan bersabar. Tak perlu saya gusar dengan pandangan dan kritikan orang lain kerana saya ada Allah untuk bergantung dan memohon pertolongan.

'O ye who believe! Seek help in steadfastness and prayer. Lo! Allah is with the steadfast.' verse (153), Surah Baqarah


Teruskan berusaha saudara-saudara seagamaku, moga kita berjaya di dunia dan di akhirat, ameen.

No comments:

Post a Comment