Friday, 3 June 2011

Panas ke? Di sana lagi panas jika tak cukup…

Walau banyak kali saya ingatkan diri sendiri yang saya ni orang Malaysia, yang dah biasa dengan panas, tapi badan saya tetap tak tahan panas. Hari ni cuaca berubah dengan drastiknya. Sungguh besar kekuasaan Allah. Sebelum ni hujan, mendung, hujan, angin kuat yang sejuk. Tapi  Alhamdulillah,  saya bawa bekal air masak 1 liter. Selalunya tak habis tapi hari nie tak cukup.

Kepanasan ni membuatkan saya insaf. Kat padang mahsyar lagi panas. Masa kecik-kecik dulu saya suka tanya macam-macam kat abah. Bila terbaca bab hari kiamat atau bila abah buka topik kiamat dan suasana padang mahsyar, saya akan takut. Tapi abah akan kata ‘tidak semestinya semua orang akan rasa matahari berada sejengkal atas kepala, semua tu ikut amalan masing-masing. Orang-orang yang bertaqwa, berbuat baik dan mendapat redha Allah akan rasa nyaman je menunggu giliran amalan dihisab kat sana’. Bila dah dewasa nie, panas yang membahang macam hari ni mengingatkan saya tentang hari pembalasan, saya insaf bila ‘reflect’ apa yang saya buat dengan masa yang Allah bagi, bila berkira-kira dan ‘evaluate’ kecukupan amalan-amalan saya. Banyak lagi yang saya perlu perbaiki. I’ve to do it now, while I can. Yelah kita tak tahu bila ajal kita kan. 



Contohnya dalam minggu nie ada dua berita kematian dari Malaysia yang mengejutkan. Yang pertama, guru bahasa Inggeris kami masa tingkatan 4 dan 5, berbangsa Cina tetapi dah masuk Islam, seingatkan saya beliau sangat mulia hatinya dan sentiasa optimistik atas kemampuan setiap pelajarnya. Saya takkan lupakan kenangan belajar bahasa Inggeris dengan Cikgu Teh sebab dia suka berlawak dan bercerita – memang seronok. Sejak dimasukkan ke ICU bulan lepas, kawan-kawan bagi ‘updates’ tentang keadaan arwah setiap hari. Jadi walau kami sedih dengan pemergiannya tapi taklah terkejut berbanding berita kematian yang kedua, Rania Batrisyia yang baru berumur setahun lebih, anak tunggal kenalan masa berkelana konvoy ke Eropah tahun 2009. Rania – baby yang comel dan sihat dan dah pandai senyum dan ‘pose’ dalam gambar. Kami terkejut, terkedu dan tergamam. Berlinang air mata sedih tapi yakin Allah lebih menyayanginya. Mengikut ibunya baby Rania cuma demam biasa sahaja.  Perginya tak terduga. Sungguh menginsafkan. Moralnya adalah eloklah kita berusaha untuk mendapatkan kedua-dua kesenangan – di dunia dan di akhirat. Apa yang kita ada semua adalah hak Allah, Allah boleh ambil bila-bila masa. Tapi yakinlah Allah sentiasa bersama-sama kita, Allah sentiasa membantu kita dan Allah sentiasa mengawasi segala tindak-tanduk kita. Kalau kita buat baik, kita dapat balasan baik dan begitu lah sebaliknya. Walaupun kita diasak oleh syaitan dari pelbagai arah supaya leka – sia-siakan masa yang ada dan bermalas-malasan, agama kita lengkap dgn panduan langkah-langkah yang perlu untuk melawan desakan nafsu dan hasutan syaitan. Contohnya bila berfb tak terasa pun masa berlalu, sangat melalaikan  tapi tidak bagi sesiapa yang pandai menggunakan fb. Tapi walaupun bagi saya fb sangat membosankan. Ia hanya untuk saya berkirim berita dgn seseorang (my other half la..hehe) sahaja, kadang-kadang saya terleka. Okay – lepas ni fb hanya untuk waktu malam dan hujung minggu sahaja. Bila fikir boleh, insya-Allah saya boleh :D

Semoga Allah merahmati cikgu, baby Rania dan roh semua muslimin dan muslimat – al-fatihah. Mari kita renung ayat Al-Quran ni.

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.’ Ayat 145, Surah Al-Imran.

No comments:

Post a Comment