Saturday, 2 July 2011

Mencari peta

Mission utk hari ni adalah mencari peta. Dah lama berkira-kira utk mendapatkan peta sebuah negeri di Eropah tapi saya tak sanggup nk guna masa 'weekdays' utk jalan2 cari peta. Lagipun saya ada urusan penting di bandar hari nie. Alhamdulillah, sesudah selesai urusan tu saya ke kedai2 buku. Tiada peta negara tersebut di kedai buku favorite saya, a bargain bookshop..maklumlah buat masa ni 'lifestyle' saya adalah  'student life'. Saya akan beli barang2 yg murah2 je. Though, kata seorang kenalan 'you are not an ordinary student'..hehe...tapi saya betul2 nak menghayati kehidupan sebagai seorang pelajar ni 'to treasure its every second as it'll be my last formal education life'. Lagipun saya suka hidup yg sederhana. Jadi, takde lah susah nak sesuaikan diri. Anyway, after few hours (of course i had stopped at other shops now and then, and bought other things..org pompuan la katakan..but alhamdulillah, the summer sale didn't manage to get me buying clothes, those dresses, tops etc are not really for me), I got the maps and two books. Why do I need those maps? to make plans la...remember, planning is important, if you fail to plan you plan to fail, is sometimes true.



Bila fikir2 kalau setakat utk 'a short trip' ni, bersungguh2 saya cari peta dan buku panduan sebab nak 'optimise' masa kat sana sebaiknya, what about this life? This life is also very short and we only have one chance. No worry sebab kita ada modulnya, Al-Quran dan Hadis yang wajib kita pelajari tapi kenapa ramai yang tak nak hadiri kelas-kelas atau kuliah untuk pelajari dan fahami isi kandungan Al-Quran dan kitab2 hadis padahal kelas-kelas tu percuma saja. Andai kata kita dah belajar semua tu, anggapla ia sebagai ulangkaji agar kita lebih faham. Manusia kan sifatnya pelupa. Eloklah selalu2 ingatkan diri. Ada yang menganggap sebab umur masih muda, tak nak ambil tahu, pelajari dan fahami ajaran/panduan2 hidup tu supaya tiada kekangan atau had dalam aktiviti harian. Bagi saya itu fikiran orang yang tidak bijaksana. Bukankah ramai yang 'pergi' di usia muda. Ajal tak mengira umur. Lebih baik sentiasa bersiap sedia. Buat persediaan yang sesuai dgn kemampuan kita dan serahkan yang lain-lain kepada Allah kerana Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. Allah tahu segala-galanya.

Apa2pun saya bersyukur bila ada peluang untuk menghadiri kuliah-kuliah yang ada dan saya tidak rasa lebih baik daripada orang yang tidak berminat belajar dan fahami hal-hal agama kerana siapalah saya untuk 'judge' mereka. Tapi saya doakan mudah-mudahan ramai yang menyedari pentingnya belajar dan terus belajar dan fahami hal2 agama dengan lebih mendalam kerana ia wajib. Kalau tak belajar semua tu macam mana kita nak uruskan kehidupan dunia yang macam-macam nie. Bukankan 'knowledge is power'.

Dalam kuliah mingguan Jumaat lepas, kami belajar hadis-hadis berkenaan 'membaca Al-Quran'. Tuntutan membaca Al-Quran dengan cara yang betul (tajwd dan makhrajnya), suara yang selunak mungkin dan di mulut dan di hati. Jangan lupa baca terjemahannya juga. Ia perlu dibaca sekerap mungkin, kalau tak macam mana nak 'improve' bacaan kita tu. Banyak surah-surah yang elok di baca setiap hari seperti surah Al-fatihah, Al-Ikhlas, Al-falaq, An-naas, Al-baqarah, Al-kahfi, Al-mulk...pendek kata baca je kesemua surah-surah dalam Al-Quran tu. Orang bukan Islam pun baca Al-Quran, kenapa tidak kita kan.

Terima kasih abah kerana mengajar saya membaca Al-Quran, dan juga menulis jawi, dan juga sikit-sikit bahasa arab semasa saya kecil. Saya tahu abah agak terkilan kerana tiada seorang pun anak-anaknya yang bersekolah agama tapi abah jangan risau kerana insya-Allah, berkat doa abah, kami akan terus mendalami ilmu agama. Mudah2an ia menjadi panduan hidup kami ke arah yang lebih baik, insya-Allah.

No comments:

Post a Comment