Dah lama tak menulis di blog ni..hampir dua minggu mengembara melihat keindahan bumi Allah.
Cepat sungguh masa berlalu. Tak lama lagi kita akan mula berpuasa, mudah-mudahan Allah bagi peluang lagi untuk kita menikmati bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, insya-Allah. Saya teringatkan abah, ummi dan adik-beradik saya, saya rindukan gelak-ketawa senda gurau mereka. Kami sekeluarga sangat-sangat gembira menyambut bulan Ramadhan, berbuka puasa, solat berjemaah, solat terawikh dan bersahur. Tak lupa juga berlumba-lumba khatam Quran. Saya sungguh rindu, tak sabar rasanya nak habiskan pengajian ni dan balik ke Malaysia.
Terkenang saat-saat di surau, bergurau senda dengan makcik-makcik di kampung saya. Mereka rakan-rakan ummi dan saya insaf bila melihat mereka bersusah-payah mengerjakan solat terawikh, terketar-ketar mereka bangkit dari rukuk dan sujud. Sungguh benar, rebutlah peluang di usia muda kerana bila ia berlalu tak mungkin akan kembali lagi dan saya berazam untuk menggunakan usia muda yang Allah kurniakan ini untuk melakukan sebanyak mungkin amal termasuk solat terawikh, insya-Allah. Selamat Menjalani Ibadah Puasa semua :)
Namun begitu, orang-orang tua punya kelebihan tersendiri-mereka penuh pengalaman dan kadang-kadang mereka berkongsi petua dan tips kehidupan ketika kami menikmati juadah ‘moreh’. Selalunya saya hanya akan menjamah sedikit saja juadah yang mereka bawa (memang sedap) untuk mengambil hati mereka kerana bagi saya bulan puasa juga masa untuk melatih diri mengurangkan makan. Bukan mudah kerana semua ahli keuarga saya suka makan..hehe...waktu makan adalah saat santai yang menyeronokkan. Aaaahhh..saya sungguh rindu..


No comments:
Post a Comment