Monday, 4 July 2011

Ringan

Semalam saya baca surah Al-Mulk selepas solat Isyak. Dulu-dulu memang ia antara surah-surah yang saya amalkan, saya baca selepas solat Magrib sambil menantikan waktu Isyak masuk. Entah kenapa bila saya merantau ke negeri orang ni saya 'pulun' khatam Al-Quran, jadi setiap hari saya akan baca dari satu surah ke satu surah yang seterusnya, kecuali hari Jumaat di mana saya akan baca surah Al-Kahfi.

Saya rasa ada sedikit perubahan. Cabaran di musim panas adalah waktu malam yg sangat singkat. Bagi seseorang yang tidur bagai seorang bayi macam saya..hehe..perasan pulak..saya cuba dapatkan jumlah tidur yang cukup. Sebelum ni payah betul utk bangun solat subuh awal sikit..selalunya saya akan terbangun 10 minit ke pukul 4, subuh habis 4.30...kurang markah saya..adoiii...tapi saya cuba dan terus mencuba. Selalunya saya tidur selepas solat Isyak (12.30 pagi), dan akan kunci dua jam loceng saya untuk bangun pukul 2 dan pukul 3...emmm...jarang benor berjayanya. Hairan, macam mana saya tak ingat tutup jam-jam saya tu. Tapi malam tadi, saya rasa ringan je untuk bangun pukul 3, tanpa kunci jam..alhamdulillah...saya sangat gembira.

Di kuliah minggu lepas, Ustaz A baca hadis tentang fadhilat baca surah Al-Mulk,

'There is a Surah in the Qur'an which contains thirty ayat which kept interceding for a man until his sins are forgiven. This Surah is 'Blessed is He in Whose Hand is the dominion (Surah Al-Mulk, 67)' - Riwayat At-Tirmidhi dan Abu Dawud

Katanya ustaz, surah ni macam 'lawyer' yang akan 'defend' kita sewaktu di akhirat nanti.

Jom amalkan, niat kita macam biasa la, baca kerana Allah ...

No comments:

Post a Comment