Setengah hari saya menghadap ribuan nombor kat skrin komputer, rasa tak larat dah tapi ia perlu diteruskan. Pengalaman mengajar saya pentingnya sabar. Dalam hati dah tak sabar saya nak menikmati manisnya hasil kesabaran saya ni. Kalau kita berjaya atas susah payah sendiri, manis buah/hasilnya akan lebih bermakna.
Tapi tak boleh fikir sangat psl hasilnya kerana ia akan buat hati saya bimbang...serahkan saja kepada Yang Maha Berkuasa, hati akan lebih tenang. Mudah2an ia segera selesai dan bolehlah saya kembali ke kehidupan asal. Begini rupanya perasaan menjadi 'post-grad student', fikiran akan sentiasa memikirkan 'kerja'. Rindu pulak kat 'life' sebelum ni di mana saya akan bekerja bersungguh-sungguh dan bercuti (cuti2 Malaysia) untuk berehat dan santai bersama keluarga tersayang bersungguh-sungguh..hehe....sabar..sabar :D
Saat-saat seperti ni teringat kat pepatah Melayu kita,
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian
Bersusah-susah (bersakit2) dahulu, bersenang-senang kemudian
No comments:
Post a Comment