Kenapa saya berpendapat seorang wanita muslim sangat bertuah adalah..
Saya petik kata2 syeikh naik yg selalu disiarkan di saluran tv Al-Hijrah 'once married, all affairs/needs of a woman shall be taken care by her husband or son, her food, lodging, clothing etc..'. Bertuah kan, dalam Islam semua keperluan seorang wanita yang dah berkahwin ditanggung oleh suami atau anak lelaki.
Saturday, 29 December 2012
Monday, 17 December 2012
Petua - atasi demam selsema & batuk
Rasanya dah lama saya tak kena demam selsema. Selalunya saya hanya akan demam sahaja. Tapi empat hari selepas kembali ke tanah air baru-baru ni saya terkena demam, selsema dan batuk. Suhu badan saya naik mungkin disebabkan terlebih makan buah durian. Saya pun hairan kerana sebelum ni saya hanya boleh makan beberapa ulas buah durian saja. Kalau makan lebih muka saya jadi merah menunjukkan suhu badan saya tinggi. Tapi entah kenapa sekarang saya boleh makan banyak raja buah ni...saya steady ajer. Tup..tup..saya demam. Terus saya pantang buah durian.
Bila dah demam ni ayahanda saya suruh ambil MC, tapi saya malas nak ke klinik. Hai, bertuah majikan saya. Kurang kos perubatan pekerja..hehe..Saya gagahkan juga ke pejabat. Badan tersangatlah lemahnya plus asyik terbersin, batuk dan selsema. Rasa tak boleh buat satu apa pun. Dugaan. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa saya. Di pejabat, tak banyak yang saya boleh buat kecuali menulis dan membaca sedikit. Kebetulan saya masih belum terima laporan pembetulan yang perlu saya buat.
Alhamdulillah, saya tinggal dgn abah dan ummi yang begitu prihatin akan anaknya. Saya boleh berehat di hujung minggu. Sambil tu saya cuba beberapa petua untuk meredakan demam saya ini. Antaranya,
-minum banyak air masak
-setiap pagi minum segelas air suam + sedikit (sgt sedikit tau) garam
-bila badan dah tak panas sgt, minum segelas air suam + sedikit madu setiap pagi. Madu boleh memanaskan badan tapi ia baik untuk meredakan batuk, jadi ambil air + madu ni bila badan dan kurang panas. Kesannya bukan segera tau, lepas 2-3 hari baru rasa batuk akan reda
-banyakkan rehat, tapi kalau boleh toksah tidur baring memanjang, cubalah juga senama ringan (sapu sampah ke...hehe)
-fikirkan positif, kata kpd diri anda 'saya semakin sihat, semakin sihat..'
Insya-Allah, anda akan sihat, kita berusaha Allah yang sembuhkan..sila cuba ya..

Sunday, 16 December 2012
Apa Yang Dicari?
Ketika
membelek-belek suratkhabar pagi tadi
saya tertarik melihat satu iklan alat komunikasi pintar terkini. Nampak sangat
mengujakan. Saya memang sukakan gajet-gajet ni tetapi sedikit ilmu tentang
pengurusan kewangan yang saya ada membantu saya supaya tidak tergoda dengan
iklan-iklan sedemikian. Alhamdulillah, saya tidak hairan dengan apa jua jenis
model telefon pintar terkini dan saya tidak malu menggunakan telefon model
lama. Kenapa saya perlu ikut sangat dengan perubahan alat komunikasi secara
umumnya dan model telefon pintar secara khususnya. Kalau orang lain sanggup
menghabiskan wang untuk bertukar-tukar telefon, biarkanlah. Ia tak ada kena
mengena dengan saya. Syarikat pengeluar telefon sudah pasti mengharapkan orang
macam saya ni tak ramai..hehe..
Bagi
saya itu semua ‘superficial’. Apa yang lebih penting adalah fungsinya. Ia
hanyalah alat untuk berkomunikasi sahaja.
Macam biasa walaupun komunikasi itu penting, kalau ia tersalah arah, ia
boleh membawa masalah. Sebelum kita terleka dengan pelbagai cara komunikasi
zaman kini seperti laman social dan whatsup sebagainya, cuba kita tanya apakah
faedahnya kita menghabiskan masa dengannya. Apakah kita mengabaikan hal-hal
yang lebih penting seperti menjaga dan mengambil tahu hal ehwal ahli keluarga
kita. Perlukah satu dunia tahu apa yang kita buat tapi ahli keluarga kita langsung tak diberitahu. Bagi saya dalam berkomunikasi, komunikasi dengan ahli keluarga lebih
penting kerana ia berkait rapat dengan tanggungjawab kita. Macam mana kita nak tahu ahli keluarga kita okay kalau kita kita berkomunikasi dengannya. Ia tuntutan
agama. Apa yang dituntut oleh agama kalau diabaikan akan merugikan diri sendiri.
Baru-baru
ni isu penularan bahasa sms di sekolah dibahaskan di media. Ia ‘side-effect’
perubahan dalam cara berkomunikasi. Tiada lagi keindahan bahasa melayu kita. Ia
juga menjejaskan keluhuran adab kesantunan orang melayu. Yelah, sudah tentu
kurang ajar bila seseorang yang asyik dgn telefonnya ketika sedang bercakap
dengan orang lain atau ketika berada di kuliah, ceramah, masjid dan sebagainya.
Berapa ramai ibu bapa dan anak-anak yang lebih banyak menghabiskan masa dengan
telefon pintar dan computer daripada dengan ahli keluarga sendiri. Kalau dulu
keluarga meriah dengan gelak tawa jenaka dan perbincangan, sekarang ia sunyi
sepi. Ahli keluarga asyik dengan dunia masing-masing. Alahai ruginya. Ia bukan
keluarga impian saya. Saya impikan sebuah keluarga yang ceria. Ala-ala rumahku
syurgaku. Saya impikan pasangan hidup yang boleh menjadi rakan karib, yang
boleh berkongsi suka duka kehidupan, pencetus innovasi dan pemantap semangat yang
menjadi tonggak kejayaan di dunia dan di akhirat saya. Ini semua memerlukan mode dan tahap kemunikasi yang baik. Saya impikan anak-anak
yang sihat, cerdas dan kuat dalaman dan luaran. Realitinya anak-anak adalah
celupan dan cerminan ibu bapanya. Jadi saya akan terus berusaha menjadi seorang
yang mempunyai nilai-nilai yang tinggi dan saya berazam untuk kekal ‘immune’
dengan apa jua lambakan produk kapitalisma, yang hanya bertujuan mengaut
keuntungan. Yelah kalau telefon kita masih dalam keadaan baik, buat apa asyik
nak tukar baru je, bukankah ia hanya menghabiskan duit kita dan meningkatkan
keuntungan kepada pengeluar telefon.
Semakin
ramai yang semakin melupakan tujuan dan peranan sebenar kita di bumi Allah ini.
Semoga kita dapat mengawal nafsu dan keinginan materialistic. Ya Allah, berilah
kami kekuatan untuk menjadi khalifah di dunia persinggahan yang sementara ini.
Wednesday, 5 December 2012
Tenang vs. Kalut
Saya sangat berterima kasih kepada suami yang banyak membantu saya berubah ke arah yang lebih baik.Beliau selalu tegur saya supaya jangan kalut. Sekarang saya lebih relax dan 'calm' dalam menghadapi urusan seharian. Kalau sebelum ni saya agak cepat bimbang jika sesuatu hal tidak seperti yang saya jangkakan tapi sekarang saya cuma hadapi sebarang kemungkinan.
Contohnya, ketika diberitahu oleh seorang tauke kedai borong yang tuntutan VAT tidak diluluskan jika saya masuk balik ke negeri ni dalam tempoh 12 bulan, saya relax sahaja. Hati saya berkata 'rezeki itu Allah yang tentukan, jika sudah rezeki saya, insya-Allah saya akan dapat balik wang saya tu'. Saya tersenyum bila beliau akan semak. Hampir setengah jam kami tunggu. Saya tetap relax cuma agak penat sikit sebab kami berjalan kaki (agak jauh) tadi.
Saya bagitau adik saya yang saya tak nak pening2 kepala. Kalau tak dapat duitnya saya anggap sebagai tak ada rezeki saja. Bila tauke tu bagitau 'okay, this is your cheque', senyum saya makin lebar. Alhamdulillah. Situasi begini lebih baik. Bertenang saja. Kalau saya ikut 'feel' lama saya, saya akan tak senang hati sampai hal ni selesai. Hasilnya mungkin sama tapi cara melalui lebih baik dgn bertenang daripada kalut. Thank you darling :)

Wednesday, 21 November 2012
Refleksi diri
Satu hari saya tertarik dgn kata2 seorang penceramah di radio IKIM. Katanya apabila kita diuji dgn mcm2 perkara, kita cuba koreksi diri dan bertaubat. Usah fokus pada ujian tersebut tetapi kita kembali kepada Allah. Allah Maha Santun, Allah mengajar kita dalam cara yg sangat lembut.
Bila kita diuji, tak perlu marah-marah, tak perlu mengadu sana sini, tak perlu nak salah org itu org ini, kita semak dulu hati kita. Anggaplah ia cara Allah mengajar kita. Kita mengadu hanya kepada Nya. Banyakkan berzikir dan beristiqfar. Insya-Allah hati kita akan tenang dan kita akan bahagia.
Indahnya Hidup ini dan bahagianya hati bila sentiasa merindui Allah dan rasulNya.

Bantulah Gaza
Saya ada rakan daripada Gaza, Palestine semasa di universiti. Beliau mengambil sarjana perakaunan dan kewangan. Ramah orgnya. Saya berjumpa beliau semasa hari orientasi pelajar baru, saya antara sukarelawan yg menyambut mereka. Hari pertama beliau di bumi asing, 'vocabulary' bahasa Inggeris nya sangat terhad. Setahun kemudian beliau sudah fasih bertutur dalam bahasa Inggeris. Kuat semangat dan berani adalah ciri2nya yang saya rasa kunci pencapaian beliau. Alhamdulillah, rakan saya ini berjaya mendapatkan sarjana dan kali terakhir kami bersua, beliau dah tak sabar2 nak kembali ke bumi Gaza dan berbakti di sana. Saya doakan beliau selamat. Tapi apakah Gaza mampu membangun dgn baik dgn berjirankan perompak dunia, Israel. Saya sangat geram dengan Israel dan yahudi zionis. Kejamnya mereka. Memang tiada hati perut. Sentiasa bermuslihat dan berdolak dalih. Sesenang jer serang org Islam di Gaza lagi.
Allah dah janji bangsa yang kejam akhirnya akan diazab dan akan dihapuskan di muka bumi ini. Saya yakin dgn pertolongan Allah SWT. Namun begitu kita sebagai org Islam perlulah bantu saudara kita di Gaza dgn apa jua yg kita mampu. Takkan kita tak mampu utk doakan kemenangan dan keselamatan mereka? Takkan kita tak mampu menyumbang utk mereka? Dengan jumlah yg cedera menghampiri 1,000 org, keperluan perubatan di sana sgt meruncing. Bantulah mereka seikhlas hati. Kita boleh menyumbang melalui Islamic relief...
Akaun Maybank 5621 4270 8704
Akaun Bank Islam 12 029 01006564 3
akaun CIMB pun ada tapi saya tak simpan no akaun nya sebab saya takde akaun CIMB, kalau nak cari lah sendiri. Nak seribu daya kan.
Apa yg ku ada semua hak Allah, diri ini tiada apa2.

Monday, 19 November 2012
Petua Murah Rezeki
Petua Murah Rezeki
Kos
kehidupan sekarang ni melambung tinggi berbanding 4 tahun yang lepas. Terkejut
betul bila saya lihat harga sebotol besar kicap lemak manis satu jenama popular
di negara kita naik lebih 100%. Bagaimanalah agaknya golongan berpendapatan
rendah ‘survive’? Tapi kadang2 golongan kaya pun tak cukup-cukup duit mereka, maklumlah
kehendak kehidupan mereka macam-macam. Apa-apa pun saya rasa tentu ramai yang
berpendapatan biasa-biasa yang terpaksa buat kerja lebih untuk menampung kos
hidup yang asyik naik je ni.
Suka saya berkongsi petua pintu-pintu rezeki karangan Imam Muhd Mutawally Asy-Sya’rawi keluaran Telaga Emas. Memang hobi saya pinjam macam-macam buku daripada perpustakaan di sini. Mesti ada satu dua buku kat atas meja untuk saya belek dan baca ketika ‘take five’.
Antara
petua untuk membuka pintu-pintu rezeki ni adalah seperti berikut,
·
Menghindari maksiat
·
Tekun mencari kurnia/rezeki
·
Jaga dan tingkatkan kualiti iman
·
Selalu berdoa dan berbuat amalan baik
·
Bertaqwa
·
Bertawakal
·
Bertaubat dan beristiqfar
·
Melakukan haji dan umrah bila mampu
·
Istiqamah dalam melakukan manhaj (perintah2) Allah
·
Sentiasa bersyukur
·
Berhijrah ke jalan Allah
·
Bernikah jika mampu
·
Jaga kehormatan jika tak mampu nikah
·
Bersedekah
·
Jaga silaturrahim
· Berfikiran positif
Lagi satu adalah memberi kepada ahli keluarga. Contohnya
memberi kepada ahli keluarga adalah satu amalan yang baik. Usahlah berkira.
Berilah terutama kepada yang berhak (isteri dan anak2), jangan ambil mudah dalam hal ni kerana hak mereka itu haram buat kita. Bantulah ahli keluarga yang
dah tak kuat tubuh badan (ibu bapa yang semakin berusia). Insya-Allah, Allah
tambah dan gandakan rezeki kita.
Teruskan
berusaha..sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga kita bahagia di dunia ini dan di dunia yang kekal abadi nanti.
Sunday, 11 November 2012
Petua mengelakkan sakit kepala
Kalau
sakit kepala semua perkara jadi tak seronok kan!. Sebab tu kalau boleh kita
elakkan daripada diserang sakit kepala. Saya suka berkongsi satu petua untuk
mengelakkan sakit kepala. Ia senang sahaja. Caranya setiap kali bangun pagi,
basuh kaki dulu sebelum basuh muka dan sebagainya. Biar air yang dingin tu kena
kat kaki dulu. Kaki kita kan tempat semua hujung saraf. Jadi kita aktifkan
hujung-hujung saraf ni dulu.
Selain
daripada itu digalakkan minum air kosong secukupnya, tidur sekurang-kurangnya
5-6 jam sehari dan elakkan sembelit atau penghazaman makanan yang tak sempurna.
Penghazaman makanan yang sempurna penting untuk kesihatan usus kita. Ia
memerlukan fiber atau makanan berserat. Jadi, rajin-rajinlah makan ulam-ulaman,
sayuran dan buah-buahan.
Dari sudut lain, hadapi kehidupan ni dgn sabar. Toksah fikir sgt hal dunia ni. Toksah jaga tepi kain
org, sentiasa berlapang dada, pastikan kita tak ambik hak dan aniaya org
(kerja, gaji, amanah, etc), dan bykkan berdoa moga Allah bagi kita kesihatan yg
baik supaya dapat terus beribadat kpdNya. Insya-Allah, kita boleh hindari sakit
kepala ni.
Thursday, 8 November 2012
Petua merawat resdung
Sejak
setahun lepas saya mengalami gejala bersin. Asyik bersin aje. Berturut-turut
dan banyak kali pulak tu. Ia agak tidak selesa dan saya rasa malu bila bersin
beberapa kali di khalayak ramai. Mungkin ia disebabkan oleh resdung. Ia satu
kemungkinan kerana tanda-tanda resdung lain juga ketara seperti gatal-gatal di
muka dan dalam telinga, terutamanya selepas makan daging dan makanan laut. Saya
juga mengalami masalah kulit kepala berkelemumur. Apa yang patut saya buat?
Kita perlu ikhtiar untuk merawatnya kan?
Kalau
dulu-dulu, saya ambil jalan singkat dengan makan pil jamu resdung. Ia boleh
redakan dan kawal masalah resdung saya ni. Tapi sekarang ni saya perlu
berhati-hati mengambil apa2 pil jamu sebab selalunya jamu akan buat badan kita
rasa sangat panas. Saya perlu kawal kepanasan dalam badan saya ni. Maklumlah
saya baru sebulan lebih kembali ke tanahair dan masih dalam tempoh menyesuaikan
diri dengan cuaca Malaysia yang panas ni. Lagipun saya perlu jaga kesihatan
sebaiknya kerana kehidupan saya sekarang ni memerlukan badan yang sihat dan
cergas. Setiap minggu saya akan memandu ke rumah saya yang terletak kira-kira 3
jam daripada rumah ibubapa saya. Jadi apa alternative kepada pil resdung ni ya?
Saya
bertanya rakan-rakan bagaimana utk merawat gejala bersin dan gatal2 kulit muka
saya ni. Salah seorang rakan baik saya menyarankan saya menggunakan daun sireh.
Emmm...menarik. Caranya adalah dengan melayukan daun-daun sireh di atas api.
Kemudian ramas daun tersebut utk mengeluarkan airnya. Sapu air daun sireh tu
kat seluruh muka dan masukkan ke dalam lubang hidung. Ia akan buat kita rasa
pedih tapi pedih yang kita boleh tahanlah. Oh..Ni lah petuanya.
Rakan
saya ni tidak menggunakan sebarang pencuci muka dan kulit beliau bersih dari
sebarang jerawat atau lain-lain masalah kulit muka. Suci murni gitu. Sekarang
baru saya tahu rahsianya. Guna air daun sireh je sekali sekala. Tak perlu beli
macam-macam bahan penjagaan muka. Ia selamat. Saya dah mula mencubanya semalam.
Mudah2an ia berkesan. Jika anda pun mengalami masalah resdung macam saya,
bolehlah mencubanya.
Saya
nak tanam pokok sireh ni kat dalam pasu. Senang kalau nak guna lagi di masa
akan datang. Buat masa ni ummi dah ambik bekalan daun sireh daripada rumah
jiran sebab pokok sireh ummi dah mati. Takpe, kami akan cuba tanam pokok yang
baru.
Tuesday, 6 November 2012
Petua memilih durian
Semalam
saya berkonferensi. Dah lama tak menghadiri konferensi akademik. Saya sangat
teruja. Bila mendengar pelbagai kajian yang dibentangkan saya seronok dan
bersyukur. Saya bersyukur ditakdirkan berada dalam profesion ini. Ia sangat
sesuai untuk saya.
Tip memilih buah durian
Sesampai
saja di rumah, ayah dan bonda saya menyambut dengan penuh mesra. Alangkah
bertuahnya saya. Mereka siap beli dua biji buah durian untuk saya. Nikmatnya. Ia
durian kampung orang melayu. Isinya sangat elok. Lembut dan manis. Saya makan
dengan sungguh berselera. Sambil makan abah berkongsi tip membeli buah durian.
Katanya
perhatikan tangkal buah durian tersebut. Ia mesti dalam keadaan baik dan ‘segar’.
Sekirannya lingkaran pada tangkal durian itu tebal, isinya juga akan tebal.
Senang aje rupanya. Teringat pengalaman saya membeli buah durian. Tak reti nak ‘check’
tangkal nya. Patutlah isi buah2 tu nipis dan tawar jer. Lepas ni bolehlah saya
cuba petua abah saya ni.
Saya
makan 3-4 ulas saja. Walaupun sedap, perut saya dah penuh. Maklumlah baru lepas
makan petang. Ulas2 yang lebih tu saya simpan buat masak bubur. Bubur apa tak
pasti lagi. Mungkin bubur kacang hijau atau merah. Mungkin juga bubur pulut
hitam. Mana2 pun saya suka.
Subscribe to:
Comments (Atom)