Wednesday, 5 December 2012

Tenang vs. Kalut

Saya sangat berterima kasih kepada suami yang banyak membantu saya berubah ke arah yang lebih baik.Beliau selalu tegur saya supaya jangan kalut. Sekarang saya lebih relax dan 'calm' dalam menghadapi urusan seharian. Kalau sebelum ni saya agak cepat bimbang jika sesuatu hal tidak seperti yang saya jangkakan tapi sekarang saya cuma hadapi sebarang kemungkinan.

Contohnya, ketika diberitahu oleh seorang tauke kedai borong yang tuntutan VAT tidak diluluskan jika saya masuk balik ke negeri ni dalam tempoh 12 bulan, saya relax sahaja. Hati saya berkata 'rezeki itu Allah yang tentukan, jika sudah rezeki saya, insya-Allah saya akan dapat balik wang saya tu'. Saya tersenyum bila beliau akan semak. Hampir setengah jam kami tunggu. Saya tetap relax cuma agak penat sikit sebab kami berjalan kaki (agak jauh) tadi.

Saya bagitau adik saya yang saya tak nak pening2 kepala. Kalau tak dapat duitnya saya anggap sebagai tak ada rezeki saja. Bila tauke tu bagitau 'okay, this is your cheque', senyum saya makin lebar. Alhamdulillah. Situasi begini lebih baik. Bertenang saja. Kalau saya ikut 'feel' lama saya, saya akan tak senang hati sampai hal ni selesai. Hasilnya mungkin sama tapi cara melalui lebih baik dgn bertenang daripada kalut. Thank you darling :)

No comments:

Post a Comment