Sunday, 16 December 2012

Apa Yang Dicari?



Ketika membelek-belek suratkhabar  pagi tadi saya tertarik melihat satu iklan alat komunikasi pintar terkini. Nampak sangat mengujakan. Saya memang sukakan gajet-gajet ni tetapi sedikit ilmu tentang pengurusan kewangan yang saya ada membantu saya supaya tidak tergoda dengan iklan-iklan sedemikian. Alhamdulillah, saya tidak hairan dengan apa jua jenis model telefon pintar terkini dan saya tidak malu menggunakan telefon model lama. Kenapa saya perlu ikut sangat dengan perubahan alat komunikasi secara umumnya dan model telefon pintar secara khususnya. Kalau orang lain sanggup menghabiskan wang untuk bertukar-tukar telefon, biarkanlah. Ia tak ada kena mengena dengan saya. Syarikat pengeluar telefon sudah pasti mengharapkan orang macam saya ni tak ramai..hehe..

Bagi saya itu semua ‘superficial’. Apa yang lebih penting adalah fungsinya. Ia hanyalah alat untuk berkomunikasi sahaja.  Macam biasa walaupun komunikasi itu penting, kalau ia tersalah arah, ia boleh membawa masalah. Sebelum kita terleka dengan pelbagai cara komunikasi zaman kini seperti laman social dan whatsup sebagainya, cuba kita tanya apakah faedahnya kita menghabiskan masa dengannya. Apakah kita mengabaikan hal-hal yang lebih penting seperti menjaga dan mengambil tahu hal ehwal ahli keluarga kita. Perlukah satu dunia tahu apa yang kita buat tapi ahli keluarga kita langsung tak diberitahu. Bagi saya dalam berkomunikasi, komunikasi dengan ahli keluarga lebih penting kerana ia berkait rapat dengan tanggungjawab kita. Macam mana kita nak tahu ahli keluarga kita okay kalau kita kita berkomunikasi dengannya. Ia tuntutan agama. Apa yang dituntut oleh agama kalau diabaikan akan merugikan diri sendiri.

Baru-baru ni isu penularan bahasa sms di sekolah dibahaskan di media. Ia ‘side-effect’ perubahan dalam cara berkomunikasi. Tiada lagi keindahan bahasa melayu kita. Ia juga menjejaskan keluhuran adab kesantunan orang melayu. Yelah, sudah tentu kurang ajar bila seseorang yang asyik dgn telefonnya ketika sedang bercakap dengan orang lain atau ketika berada di kuliah, ceramah, masjid dan sebagainya. Berapa ramai ibu bapa dan anak-anak yang lebih banyak menghabiskan masa dengan telefon pintar dan computer daripada dengan ahli keluarga sendiri. Kalau dulu keluarga meriah dengan gelak tawa jenaka dan perbincangan, sekarang ia sunyi sepi. Ahli keluarga asyik dengan dunia masing-masing. Alahai ruginya. Ia bukan keluarga impian saya. Saya impikan sebuah keluarga yang ceria. Ala-ala rumahku syurgaku. Saya impikan pasangan hidup yang boleh menjadi rakan karib, yang boleh berkongsi suka duka kehidupan, pencetus innovasi dan pemantap semangat yang menjadi tonggak kejayaan di dunia dan di akhirat saya. Ini semua memerlukan mode dan tahap kemunikasi yang baik. Saya impikan anak-anak yang sihat, cerdas dan kuat dalaman dan luaran. Realitinya anak-anak adalah celupan dan cerminan ibu bapanya. Jadi saya akan terus berusaha menjadi seorang yang mempunyai nilai-nilai yang tinggi dan saya berazam untuk kekal ‘immune’ dengan apa jua lambakan produk kapitalisma, yang hanya bertujuan mengaut keuntungan. Yelah kalau telefon kita masih dalam keadaan baik, buat apa asyik nak tukar baru je, bukankah ia hanya menghabiskan duit kita dan meningkatkan keuntungan kepada pengeluar telefon.

Semakin ramai yang semakin melupakan tujuan dan peranan sebenar kita di bumi Allah ini. Semoga kita dapat mengawal nafsu dan keinginan materialistic. Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk menjadi khalifah di dunia persinggahan yang sementara ini.

No comments:

Post a Comment