Monday, 17 December 2012

Petua - atasi demam selsema & batuk

Rasanya dah lama saya tak kena demam selsema. Selalunya saya hanya akan demam sahaja. Tapi empat hari selepas kembali ke tanah air baru-baru ni saya terkena demam, selsema dan batuk. Suhu badan saya naik mungkin disebabkan terlebih makan buah durian. Saya pun hairan kerana sebelum ni saya hanya boleh makan beberapa ulas buah durian saja. Kalau makan lebih muka saya jadi merah menunjukkan suhu badan saya tinggi. Tapi entah kenapa sekarang saya boleh makan banyak raja buah ni...saya steady ajer. Tup..tup..saya demam. Terus saya pantang buah durian.

Bila dah demam ni ayahanda saya suruh ambil MC, tapi saya malas nak ke klinik. Hai, bertuah majikan saya. Kurang kos perubatan pekerja..hehe..Saya gagahkan juga ke pejabat. Badan tersangatlah lemahnya plus asyik terbersin, batuk dan selsema. Rasa tak boleh buat satu apa pun. Dugaan. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa-dosa saya. Di pejabat, tak banyak yang saya boleh buat kecuali menulis dan membaca sedikit. Kebetulan saya masih belum terima laporan pembetulan yang perlu saya buat.

Alhamdulillah, saya tinggal dgn abah dan ummi yang begitu prihatin akan anaknya. Saya boleh berehat di hujung minggu. Sambil tu saya cuba beberapa petua untuk meredakan demam saya ini. Antaranya,

-minum banyak air masak
-setiap pagi minum segelas air suam + sedikit (sgt sedikit tau) garam
-bila badan dah tak panas sgt, minum segelas air suam + sedikit madu setiap pagi. Madu boleh memanaskan badan tapi ia baik untuk meredakan batuk, jadi ambil air + madu ni bila badan dan kurang panas. Kesannya bukan segera tau, lepas 2-3 hari baru rasa batuk akan reda
-banyakkan rehat, tapi kalau boleh toksah tidur baring memanjang, cubalah juga senama ringan (sapu sampah ke...hehe)
-fikirkan positif, kata kpd diri anda 'saya semakin sihat, semakin sihat..'

Insya-Allah, anda akan sihat, kita berusaha Allah yang sembuhkan..sila cuba ya..

No comments:

Post a Comment