Petua Murah Rezeki
Kos
kehidupan sekarang ni melambung tinggi berbanding 4 tahun yang lepas. Terkejut
betul bila saya lihat harga sebotol besar kicap lemak manis satu jenama popular
di negara kita naik lebih 100%. Bagaimanalah agaknya golongan berpendapatan
rendah ‘survive’? Tapi kadang2 golongan kaya pun tak cukup-cukup duit mereka, maklumlah
kehendak kehidupan mereka macam-macam. Apa-apa pun saya rasa tentu ramai yang
berpendapatan biasa-biasa yang terpaksa buat kerja lebih untuk menampung kos
hidup yang asyik naik je ni.
Suka saya berkongsi petua pintu-pintu rezeki karangan Imam Muhd Mutawally Asy-Sya’rawi keluaran Telaga Emas. Memang hobi saya pinjam macam-macam buku daripada perpustakaan di sini. Mesti ada satu dua buku kat atas meja untuk saya belek dan baca ketika ‘take five’.
Antara
petua untuk membuka pintu-pintu rezeki ni adalah seperti berikut,
·
Menghindari maksiat
·
Tekun mencari kurnia/rezeki
·
Jaga dan tingkatkan kualiti iman
·
Selalu berdoa dan berbuat amalan baik
·
Bertaqwa
·
Bertawakal
·
Bertaubat dan beristiqfar
·
Melakukan haji dan umrah bila mampu
·
Istiqamah dalam melakukan manhaj (perintah2) Allah
·
Sentiasa bersyukur
·
Berhijrah ke jalan Allah
·
Bernikah jika mampu
·
Jaga kehormatan jika tak mampu nikah
·
Bersedekah
·
Jaga silaturrahim
· Berfikiran positif
Lagi satu adalah memberi kepada ahli keluarga. Contohnya
memberi kepada ahli keluarga adalah satu amalan yang baik. Usahlah berkira.
Berilah terutama kepada yang berhak (isteri dan anak2), jangan ambil mudah dalam hal ni kerana hak mereka itu haram buat kita. Bantulah ahli keluarga yang
dah tak kuat tubuh badan (ibu bapa yang semakin berusia). Insya-Allah, Allah
tambah dan gandakan rezeki kita.
Teruskan
berusaha..sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga kita bahagia di dunia ini dan di dunia yang kekal abadi nanti.
No comments:
Post a Comment