Sunday, 31 July 2011

Allah knows

Allah Maha Mengetahui, Maha Agung, Maha Bijaksana...akhirnya Allah bagi rezeki saya mengetahui 'someone's true colors' setelah beberapa kali terkena dengan kawan saya yang sorang nie. Walau terkena dan tersentuh hati beberapa kali dengan dia, saya tetap ikhlas berkawan dengannya kerana Allah. Saya sentiasa menjaga nama baik nya tapi tak sangka saya dituduh membawa cerita dan tuduhan2 tak berasas lain. Tidakkkah dia kenal saya dan tidakkah dia tau yang saya takutkan Allah melebihi segala-galanya, seboleh2nya saya akan tutup segala aib kawan-kawan.

http://www.youtube.com/watch?v=0q110Qk3feA&feature=related

I'm a bit shocked and sad but I know things happen for a reason. Tidak mengapa saya sakit dulu, supaya tak sakit lagi lepas nie. Ia peringatan yg berkesan buat diriku supaya berhati-hati dalam segala hal. Jangan salahkan saya sekiranya saya tak dapat berkawan seperti dulu. Takkan saya 'does not this as a lesson'. Hanya kepada Nya tempat mengadu, mengharap dan bertawakkal. Semoga diriku dilindungi daripada being 'backbitten again'. Lepas ni eloklah saya istiqamah mengamalkan bacaan doa mohon perlindungan Allah daripada menganiaya atau dianiaya, menipu atau ditipu, mengzalimi atau dizalimi, etc. Hidup ni penuh cabaran dan semakin hari semakin sukar mencari sahabat yang betul2 ikhlas berkawan dan tidak akan bersangka2 buruk. Semoga Allah tetapkan hati saya supaya sentiasa bersangka baik dan ikhlas dalam setiap hal. Namun, saya akan muhasabah diri dan mohon keampunan Allah setiap masa. Ini cubaan hidup. It's a reality of life. Tetapi saya tidak perlu gusar kerana yang penting pandangan Allah terhadap saya.

Life is short. Kita tak tahu bila ajal kita tiba. Jadi yang penting mantapkan iman, tingkatkan amalan dan ikhlaskan hati. Kalau tak ikhlas, hilang peluang mendapat segala 'rewards' atas amalan kita. Berbahagia dengan apa yang ada disamping berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan yang lebih baik. Tak perlu kereta besar, 'branded things', kawan2 yg hebat2 dan ramai dan wajah yang cantik, handsome etc utk bahagia. Tak perlu ikut orang lain. It's about you and your inner self. Semoga Ramadhan kali ini peluang terbaik untuk meningkatkan iman dan amal. Semoga kita semua mendapat redha Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Thursday, 28 July 2011

Yang ditunggu

Dah lama tak menulis di blog ni..hampir dua minggu mengembara melihat keindahan bumi Allah.



Cepat sungguh masa berlalu. Tak lama lagi kita akan mula berpuasa, mudah-mudahan Allah bagi peluang lagi untuk kita menikmati bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, insya-Allah. Saya teringatkan abah, ummi dan adik-beradik saya, saya rindukan gelak-ketawa senda gurau mereka. Kami sekeluarga sangat-sangat gembira menyambut bulan Ramadhan, berbuka puasa, solat berjemaah, solat terawikh dan bersahur. Tak lupa juga berlumba-lumba khatam Quran. Saya sungguh rindu, tak sabar rasanya nak habiskan pengajian ni dan balik ke Malaysia.

Terkenang saat-saat di surau, bergurau senda dengan makcik-makcik di kampung saya. Mereka rakan-rakan ummi dan saya insaf bila melihat mereka bersusah-payah mengerjakan solat terawikh, terketar-ketar mereka bangkit dari rukuk dan sujud. Sungguh benar, rebutlah peluang di usia muda kerana bila ia berlalu tak mungkin akan kembali lagi dan saya berazam untuk menggunakan usia muda yang Allah kurniakan ini untuk melakukan sebanyak mungkin amal termasuk solat terawikh, insya-Allah. Selamat Menjalani Ibadah Puasa semua :)



Namun begitu, orang-orang tua punya kelebihan tersendiri-mereka penuh pengalaman dan kadang-kadang mereka berkongsi petua dan tips kehidupan ketika kami menikmati juadah ‘moreh’. Selalunya saya hanya akan menjamah sedikit saja juadah yang mereka bawa (memang sedap) untuk mengambil hati mereka kerana bagi saya bulan puasa juga masa untuk melatih diri mengurangkan makan. Bukan mudah kerana semua ahli keuarga saya suka makan..hehe...waktu makan adalah saat santai yang menyeronokkan. Aaaahhh..saya sungguh rindu..

Friday, 8 July 2011

Teruskan

Setengah hari saya menghadap ribuan nombor kat skrin komputer, rasa tak larat dah tapi ia perlu diteruskan. Pengalaman mengajar saya pentingnya sabar. Dalam hati dah tak sabar saya nak menikmati manisnya hasil kesabaran saya ni. Kalau kita berjaya atas susah payah sendiri, manis buah/hasilnya akan lebih bermakna.

Tapi tak boleh fikir sangat psl hasilnya kerana ia akan buat hati saya bimbang...serahkan saja kepada Yang Maha Berkuasa, hati akan lebih tenang. Mudah2an ia segera selesai dan bolehlah saya kembali ke kehidupan asal. Begini rupanya perasaan menjadi 'post-grad student', fikiran akan sentiasa memikirkan 'kerja'. Rindu pulak kat 'life' sebelum ni di mana saya akan bekerja bersungguh-sungguh dan bercuti (cuti2 Malaysia) untuk berehat dan santai bersama keluarga tersayang bersungguh-sungguh..hehe....sabar..sabar :D

Saat-saat seperti ni teringat kat  pepatah Melayu kita,

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian
Bersusah-susah (bersakit2) dahulu, bersenang-senang kemudian



Thursday, 7 July 2011

Cinta

Sungguh indah rasanya jika jatuh cinta. 'Dunia ini ana yg punya' kata seorang pelakon tersohor kita. Tapi kita mungkin kecewa jika terlalu mengharapkan cinta manusia. Baik kita cari cinta Allah kerana hanya cinta Allah yg kekal abadi. Jom renung hadis ni.

“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Hai..bila lah nak jatuh cinta lagi nie..hehe...Impian ku nak bercinta hingga ke syurga :D

Wednesday, 6 July 2011

How to stay younger naturally :D

Another reason to stay away and far away from  stress. Setakat ni saya dah cuba 'tarik' diri daripada apa-apa yg boleh menambah 'stress' dalam hidup saya ni.

Saya nak lalui hidup ni 'stress free' :D

Health Tip from Dr Marilyn Glenville’s Health Digest ‘Natural News for Women’ (www.naturalnewsforwomen.com)
Ten Years Younger:  How to Beat Common Wrinkle Accelerators
Stress is our next common wrinkle accelerator.  When you are under long term stress, whether that stress is physical, emotional, psychological or environmental, your body produces increased levels of cortisol, which can age your skin fast.  Vitamin C, an essential nutrient for firm skin, is also used up by stress and this can lead to the loss of facial tone.  The way to combat stress is to eat a healthy diet, exercise regularly, make sure you get a good night’s sleep, and set aside quiet time each day to meditate or relax.

Monday, 4 July 2011

Ringan

Semalam saya baca surah Al-Mulk selepas solat Isyak. Dulu-dulu memang ia antara surah-surah yang saya amalkan, saya baca selepas solat Magrib sambil menantikan waktu Isyak masuk. Entah kenapa bila saya merantau ke negeri orang ni saya 'pulun' khatam Al-Quran, jadi setiap hari saya akan baca dari satu surah ke satu surah yang seterusnya, kecuali hari Jumaat di mana saya akan baca surah Al-Kahfi.

Saya rasa ada sedikit perubahan. Cabaran di musim panas adalah waktu malam yg sangat singkat. Bagi seseorang yang tidur bagai seorang bayi macam saya..hehe..perasan pulak..saya cuba dapatkan jumlah tidur yang cukup. Sebelum ni payah betul utk bangun solat subuh awal sikit..selalunya saya akan terbangun 10 minit ke pukul 4, subuh habis 4.30...kurang markah saya..adoiii...tapi saya cuba dan terus mencuba. Selalunya saya tidur selepas solat Isyak (12.30 pagi), dan akan kunci dua jam loceng saya untuk bangun pukul 2 dan pukul 3...emmm...jarang benor berjayanya. Hairan, macam mana saya tak ingat tutup jam-jam saya tu. Tapi malam tadi, saya rasa ringan je untuk bangun pukul 3, tanpa kunci jam..alhamdulillah...saya sangat gembira.

Di kuliah minggu lepas, Ustaz A baca hadis tentang fadhilat baca surah Al-Mulk,

'There is a Surah in the Qur'an which contains thirty ayat which kept interceding for a man until his sins are forgiven. This Surah is 'Blessed is He in Whose Hand is the dominion (Surah Al-Mulk, 67)' - Riwayat At-Tirmidhi dan Abu Dawud

Katanya ustaz, surah ni macam 'lawyer' yang akan 'defend' kita sewaktu di akhirat nanti.

Jom amalkan, niat kita macam biasa la, baca kerana Allah ...

Sunday, 3 July 2011

Cerahnya Cuaca

Semenjak hari pertama bulan Julai cuaca di sini cukup cerah. Walaupun cuaca di kawasan selatan dan lama begini - panas dan cerah, sesuai dgn musim panas, suhu dan angin di sini masih sejuk. Kebiasaannya baju yang saya jemur akan mengambil masa 4-5 hari utk kering, itupun ada kalanya saya dapati jemuran saya masih sejuk akibat ditiup angin yg dingin tu.




Alhamdulillah, saya sempat basuh pakaian malam tadi.  Selepas solat magrib (lebih kurang pukul 11 lebih) baru saya teringat nak mesinkan baju-baju tu, gara-gara terkena demam Wimbledom, asyik..sungguh asyik menonton 'review of today's matches'. Saya tak 'subscribe tv license' lagi sebab saya tak suka tengok tv, dah hampir tiga tahun hidup saya aman damai tanpa tv..hehe...Anyway, saya tengok kat 'iplayer'. It's where you can watch recorded programmes for free. Saya suka cara nie sebab saya 'in-charge', kalau saya rasa nk tengok 'ending'nye..'fast forward' je...cuma saya kena tunggu sampai habis 'match' baru boleh tengok..tak tengok 'live' pun takper, asal dapat tengok 'best shots of the matches'...Musuh azali kita (syaitan) memang tahu yg saya suka 'sports', saya leka..iskh..iskh...sebab tu saya 'on' kan ikimfm, sambil tengok tennis, sambil dgr bacaan Al-Quran atau ceramah-ceramah kat radio, dan saya juga dah 'download' azan kat pc..bila masuk waktu solat, azan tu 'a good reminder' supaya 'solat first', solat - amalan yg pertama dihisab tak boleh buat main-main, impian saya nak sentiasa solat di awal waktu, mudah2an dapat lebih sikit..hehe..kalau 'exam' kita nak dapat 100% kenapa bab solat kita tak nak lebih kan, bukannya tak boleh....mudah2an kita 'istiqamah' :D

Saturday, 2 July 2011

Mencari peta

Mission utk hari ni adalah mencari peta. Dah lama berkira-kira utk mendapatkan peta sebuah negeri di Eropah tapi saya tak sanggup nk guna masa 'weekdays' utk jalan2 cari peta. Lagipun saya ada urusan penting di bandar hari nie. Alhamdulillah, sesudah selesai urusan tu saya ke kedai2 buku. Tiada peta negara tersebut di kedai buku favorite saya, a bargain bookshop..maklumlah buat masa ni 'lifestyle' saya adalah  'student life'. Saya akan beli barang2 yg murah2 je. Though, kata seorang kenalan 'you are not an ordinary student'..hehe...tapi saya betul2 nak menghayati kehidupan sebagai seorang pelajar ni 'to treasure its every second as it'll be my last formal education life'. Lagipun saya suka hidup yg sederhana. Jadi, takde lah susah nak sesuaikan diri. Anyway, after few hours (of course i had stopped at other shops now and then, and bought other things..org pompuan la katakan..but alhamdulillah, the summer sale didn't manage to get me buying clothes, those dresses, tops etc are not really for me), I got the maps and two books. Why do I need those maps? to make plans la...remember, planning is important, if you fail to plan you plan to fail, is sometimes true.



Bila fikir2 kalau setakat utk 'a short trip' ni, bersungguh2 saya cari peta dan buku panduan sebab nak 'optimise' masa kat sana sebaiknya, what about this life? This life is also very short and we only have one chance. No worry sebab kita ada modulnya, Al-Quran dan Hadis yang wajib kita pelajari tapi kenapa ramai yang tak nak hadiri kelas-kelas atau kuliah untuk pelajari dan fahami isi kandungan Al-Quran dan kitab2 hadis padahal kelas-kelas tu percuma saja. Andai kata kita dah belajar semua tu, anggapla ia sebagai ulangkaji agar kita lebih faham. Manusia kan sifatnya pelupa. Eloklah selalu2 ingatkan diri. Ada yang menganggap sebab umur masih muda, tak nak ambil tahu, pelajari dan fahami ajaran/panduan2 hidup tu supaya tiada kekangan atau had dalam aktiviti harian. Bagi saya itu fikiran orang yang tidak bijaksana. Bukankah ramai yang 'pergi' di usia muda. Ajal tak mengira umur. Lebih baik sentiasa bersiap sedia. Buat persediaan yang sesuai dgn kemampuan kita dan serahkan yang lain-lain kepada Allah kerana Allah tahu apa yang ada dalam hati kita. Allah tahu segala-galanya.

Apa2pun saya bersyukur bila ada peluang untuk menghadiri kuliah-kuliah yang ada dan saya tidak rasa lebih baik daripada orang yang tidak berminat belajar dan fahami hal-hal agama kerana siapalah saya untuk 'judge' mereka. Tapi saya doakan mudah-mudahan ramai yang menyedari pentingnya belajar dan terus belajar dan fahami hal2 agama dengan lebih mendalam kerana ia wajib. Kalau tak belajar semua tu macam mana kita nak uruskan kehidupan dunia yang macam-macam nie. Bukankan 'knowledge is power'.

Dalam kuliah mingguan Jumaat lepas, kami belajar hadis-hadis berkenaan 'membaca Al-Quran'. Tuntutan membaca Al-Quran dengan cara yang betul (tajwd dan makhrajnya), suara yang selunak mungkin dan di mulut dan di hati. Jangan lupa baca terjemahannya juga. Ia perlu dibaca sekerap mungkin, kalau tak macam mana nak 'improve' bacaan kita tu. Banyak surah-surah yang elok di baca setiap hari seperti surah Al-fatihah, Al-Ikhlas, Al-falaq, An-naas, Al-baqarah, Al-kahfi, Al-mulk...pendek kata baca je kesemua surah-surah dalam Al-Quran tu. Orang bukan Islam pun baca Al-Quran, kenapa tidak kita kan.

Terima kasih abah kerana mengajar saya membaca Al-Quran, dan juga menulis jawi, dan juga sikit-sikit bahasa arab semasa saya kecil. Saya tahu abah agak terkilan kerana tiada seorang pun anak-anaknya yang bersekolah agama tapi abah jangan risau kerana insya-Allah, berkat doa abah, kami akan terus mendalami ilmu agama. Mudah2an ia menjadi panduan hidup kami ke arah yang lebih baik, insya-Allah.