Tuesday, 31 May 2011

Sandaranku

Pernahkan anda merasa sedih, kecewa dan pelbagai perasaan yang tidak begitu manis? Rasanya itu perasaan biasa yang silih berganti. Kadang-kadang ia mempengaruhi mood kita dan kalau tidak dikawal ia akan menyebabkan tumpuan kita terjejas. Jadi, ia perlu dikawal. Jangan biarkan ia menjejaskan keceriaan dan kegembiraan kita kerana setiap saat yang kita ada sangat berharga. Semasa di tanahair tercinta sekali sekala saya akan berjalan-jalan memerhatikan manusia dan gelagat mereka kerana pasti saya akan terjumpa insan-insan yang kurang bernasib baik berbanding kita. Ia akan membuatkan saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Tapi di sini, di bumi asing, lingkaran ‘mobiliti’ saya terhad – rumah, university dan kedai untuk membeli ‘groceries’. Tak jumpa orang sangat. Rasa lemas pun ada tapi nak buat macam mana, akur pada arahan yang punya ‘authority’. Okay, mungkin pada mata kita mereka tidak bernasib baik tapi mana tahu dan harapnya mereka gembira kerana kegembiraan dan kebahagiaan itu relatif dan subjektif. Apa-apa pun saya suka melihat orang berjaya dan gembira.



Bagaimana dengan saya? Saya masih lagi ‘struggle’ untuk memastikan saya gembira setiap masa. Tapi saya positif, insya-Allah, dengan mendekatkan diri kepada Allah, banyakkan mengingatiNya dan menghargai segala nikmat yang Allah bagi, saya boleh gembira. Tidak akan saya tagih penerimaan, kasih dan sayang manusia kerana ia boleh membuatkan  saya kecewa. Memang sikap saya tidak suka memaksa. Saya sayang, hormati dan hargai semua yang hadir dalam hidup saya.  Seandainya saya disayangi dan dihargai, saya sangat bersyukur tetapi sekiranya tidak saya pasrah. Saya malu untuk beria-ria mengharap, mengexpresi perasaan dan lain-lain  sekiranya dia atau mereka tidak sudi. Sebenarnya saya bersungguh-sungguh cuba sayang dan cinta kepada yang sepatutnya kerana Allah. It’s not easy. Tapi saya yakin ia boleh dipupuk dan dibaja agar semakin subur. Tetapi kadang-kadang saya tertanya-tanya adakah ia berbalas. Saya tidak tahu dan ketidakpastian ini membuatkan hati saya gelisah. Tapi saya anggap itu sebahagian cabaran hidup. Saya buat apa yang temampu. I’ll do my best, and I leave the rest to Allah. Hanya kepadaNya saya bersandar dan mengharap. Yang penting saya sentiasa berusaha untuk hidup  di landasan yang betul,  diredhai dan diberkati Allah.  Semoga saya dan kita semua mendapat ‘husnul khatimah’. Thank You Allah for everything.

No comments:

Post a Comment