Secara kebetulan saya terjumpa program ‘human creation’. Rupa-rupanya ia adalah program mingguan bbc. Saya teruja kerana saya memang suka program dokumentari. Dapat menambah ilmu pengetahuan sambil terhibur dengan kaletah pengacara nya, seorang doktor perubatan lulusan oxford. Aaah..saya terkenang ‘my childhood’, menjadi doktor adalah cita-cita saya dahulu.
Siri pertama yang saya tonton tiga minggu lepas berkisar tentang kejadian awal manusia, bermula dengan pertemuan benih daripada bapa yang disenyawakan di dalam salur fallopian ibunya. Pada saya ia sungguh menarik kerana setiap orang terbentuk hasil gabungan sel ibu dan bapa. Sebelum bergabung, sel(sperma) yang membawa maklumat DNA daripada bapa terpaksa berjuang untuk sampai ke salur fallopian si ibu. Perjalanan yang dilalui oleh sperma itu sangat-sangat mencabar kerana dalam badan si ibu, sperma adalah ‘intruders’. Daripada berjuta sperma hanya beberapa sperma sahaja yang berjaya sampai ke salur fallopian si ibu. Seorang doktor mengatakan ia lebih mencabar daripada mendaki Gunung Everest. Banyak yang tidak kesampaian – banyak yang akan mati, ‘lost’ atau dimusnahkan oleh system imuniti si ibu. Kalau berjaya bergabung pun, gabungan itu tidak akan berjaya sekirannya terdapat sebarang ‘chromosomal abnormalities’. Hanya yang menepati piawaian Allah sahaja yang akan berjaya. Sungguh besar kekuasaan Allah. It is an amazing selection. It is a survival of the fittest. Jadi, hargailah setiap ‘human being’ dan we should not feel less superior than others because everyone, once born is a winner.

No comments:
Post a Comment