Wednesday, 11 May 2011

Fikirkan yang baik-baik – untung!

Pernah dengar tak ungkapan ini ‘you’re what you thought’. Apa yang saya faham adalah apa yang kita fikirkan akan mempengaruhi perasaan dan tindakan kita. Jadi kenapa kita nak bersangka buruk dengan orang lain. Kenapa kita nak fikir yang tidak baik. Saya yakin kita semua ingin menjadi baik dan lebih baik dan semakin baik. Jadi, marilah kita fikir yang baik-baik sahaja.

Saya bersyukur kerana didorong oleh Allah untuk berfikiran positif. Saya memang seorang yang ‘positive-minded’. Tetapi saya rasakan sekarang  kadang-kadang saya tidak sepositif dahulu. Mungkin pengalaman dan pemerhatian saya tentang apa yang berlaku di sekeliling membuatkan saya terfikirkan yang negatif atau mungkin saya ingin bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan (yang selalunya negatifla kan). Rupa-rupanya cara ini tidak bagus. Ia menyebabkan saya terlalu memikirkan perkara yang negatif yang sepatutnya saya buang jauh-jauh daripada fikiran saya. Seeloknya saya berdoa supaya Allah memudahkan urusan saya dan mengizinkan saya mencapai apa yang saya usahakan. Kemudian, saya bertawakkal, yakin yang Allah memakbulkan doa – doa saya. Bukankan Allah ada berfirman yang lebih kurang maksudnya, berdoa kepada Allah, Allah akan jawab (makbulkan) semua doa-doa itu. Hai senangnya tatafikir seorang Islam.  Memang Islam itu mudah.

Jadi semenjak dua menjak ini, saya mulakan hari saya dengan mengucapkan kesyukuran kepada Allah atas semua yang Allah berikan kepada saya dan berdoa moga-moga Allah mengizinkan saya mencapai semua impian saya. Apa yang saya rasa? Adakah saya rasa berbeza? Ya, saya rasa seperti mendapat tenaga baru untuk melalui aktiviti harian saya. Saya bayangkan saya menggunakan masa dengan baik dan Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya betul-betul menjadi produktif. Sekarang saya istiqamah. Kena konsistentlah kan, baru bagus. Apa kata kita semua praktikan. Insya-Allah, kita akan rasa lebih tenang dan bahagia. Everything will be okay. Life is great.

No comments:

Post a Comment