Saya teringat kata-kata rakan seflat saya pada suatu ketika dahulu. Beliau seorang berfahaman hindu dan berasal dari India. Beliau berkata ketika terfikirkan perkara-perkara negatif, kita putuskan gelombangnya dengan menukarkan ia dengan perkara yang positif. Saya kagum dengan dia, patutlah saya lihat dia boleh dengan lantang meluahkan rasa tidak puas hati (berkonfrontasi) dengan sesiapa sahaja dan dia kemudiannya boleh kelihatan selamba. Kalau saya, sudah tentu akan asyik terfikirkan perkara itu berhari-hari sehingga menjejaskan mood saya. Saya tahu dalam hal ini ‘dont’ think too much’. Saya cuba dan masih mencuba untuk mengawal diri daripada terbawa-bawa memikirkan sesuatu perkara, terutamanya yang negatif. Saya nak sentiasa ‘stay calm and cheerful’.
Pagi ini saya terfikir-fikir apa saranan Islam dalam hal ini. Saya cuba mengingati ceramah-ceramah dan apa yang saya baca. Rupa-rupanya caranya mudah sahaja. Pertama, dengan sentiasa mengingati Allah. Kita boleh berzikir, kita boleh bersalawat dan kalau kita berseorangan kita boleh menyebutnya. Kemudian, senyum, sentiasa senyum. Senyum adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Saya boleh melakukannya. Ia sangat mudah. Memang Islam itu mudah. Nak amalkanlah – mengingati Allah dan senyum. Pahala dapat insya-Allah, hati pun senang.

No comments:
Post a Comment