Bila sebut pasal 'green' teringat pulak citer peberet dulu2 'the incredible hulk', bila marah terus tukar kaler hijau. bukan setakat tukar kaler, jadi superhuman with superpower. Manusia ada macam-macam jenis. Ada yang cepat marah tapi cepat sejuk dan ada yang sabar dan payah nak marah tapi sekali marah, marahnya lama. Ada yang suka pendam tapi sape tau apa yang ada kat dalam hatinya. Pendam-pendam pun bahaya, macam gunung berapi kat iceland sekali meletup, gelap airspace..hehe.. Apa-apa pun baik kita jangan buat orang marah. Oops, the green thing that I want to share here is a tree, the trees...hijau, menyejukkan mata, pokok-pokok yang sentiasa memuji Allah..bagus kan? Malu kat pokok kalau kita tidak memuji Allah juga :)
Tuesday, 31 May 2011
Sandaranku
Pernahkan anda merasa sedih, kecewa dan pelbagai perasaan yang tidak begitu manis? Rasanya itu perasaan biasa yang silih berganti. Kadang-kadang ia mempengaruhi mood kita dan kalau tidak dikawal ia akan menyebabkan tumpuan kita terjejas. Jadi, ia perlu dikawal. Jangan biarkan ia menjejaskan keceriaan dan kegembiraan kita kerana setiap saat yang kita ada sangat berharga. Semasa di tanahair tercinta sekali sekala saya akan berjalan-jalan memerhatikan manusia dan gelagat mereka kerana pasti saya akan terjumpa insan-insan yang kurang bernasib baik berbanding kita. Ia akan membuatkan saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Tapi di sini, di bumi asing, lingkaran ‘mobiliti’ saya terhad – rumah, university dan kedai untuk membeli ‘groceries’. Tak jumpa orang sangat. Rasa lemas pun ada tapi nak buat macam mana, akur pada arahan yang punya ‘authority’. Okay, mungkin pada mata kita mereka tidak bernasib baik tapi mana tahu dan harapnya mereka gembira kerana kegembiraan dan kebahagiaan itu relatif dan subjektif. Apa-apa pun saya suka melihat orang berjaya dan gembira.
Bagaimana dengan saya? Saya masih lagi ‘struggle’ untuk memastikan saya gembira setiap masa. Tapi saya positif, insya-Allah, dengan mendekatkan diri kepada Allah, banyakkan mengingatiNya dan menghargai segala nikmat yang Allah bagi, saya boleh gembira. Tidak akan saya tagih penerimaan, kasih dan sayang manusia kerana ia boleh membuatkan saya kecewa. Memang sikap saya tidak suka memaksa. Saya sayang, hormati dan hargai semua yang hadir dalam hidup saya. Seandainya saya disayangi dan dihargai, saya sangat bersyukur tetapi sekiranya tidak saya pasrah. Saya malu untuk beria-ria mengharap, mengexpresi perasaan dan lain-lain sekiranya dia atau mereka tidak sudi. Sebenarnya saya bersungguh-sungguh cuba sayang dan cinta kepada yang sepatutnya kerana Allah. It’s not easy. Tapi saya yakin ia boleh dipupuk dan dibaja agar semakin subur. Tetapi kadang-kadang saya tertanya-tanya adakah ia berbalas. Saya tidak tahu dan ketidakpastian ini membuatkan hati saya gelisah. Tapi saya anggap itu sebahagian cabaran hidup. Saya buat apa yang temampu. I’ll do my best, and I leave the rest to Allah. Hanya kepadaNya saya bersandar dan mengharap. Yang penting saya sentiasa berusaha untuk hidup di landasan yang betul, diredhai dan diberkati Allah. Semoga saya dan kita semua mendapat ‘husnul khatimah’. Thank You Allah for everything.
Monday, 30 May 2011
quote of the day
I like this quote..something to ponder for the day. Share kat sini for future reference...hihi..
Before you talk, listen.
Before you react, think.
Before you spend, earn.
Before you criticize, wait.
Before you pray, forgive.
Before you quit, try.
Before you talk, listen.
Before you react, think.
Before you spend, earn.
Before you criticize, wait.
Before you pray, forgive.
Before you quit, try.
Saturday, 28 May 2011
Konsep Redha
It's weekends again and I need my weekly reminders, my choice this week is 'ceramah' by Ustaz Zahazan. Tertarik dengan kisah yang ustaz guna untuk menerangkan konsep 'redha' (dalam Part 3, rasanya). Semoga bermanfaat :)
http://www.youtube.com/watch?v=vTcmDUI6uf4
http://www.youtube.com/watch?v=vTcmDUI6uf4
Friday, 27 May 2011
Newborn, New Life, Subhanallah
My friend and I visited a newborn and his lovely mother this evening. I can't believe that I am now brave enough to hold a little baby. It was very exciting to be able to touch and hold a newborn. The little baby reminds that I was that little once upon a time and listening to his mother’s narrations about her delivery experiences make me feeling very thankful to my own mother. Now, I know that both a mother and her baby had to work very hard throughout the process. And since that was my first time at the maternity ward, I truly treasure that moment. Thank you my dear friend for inviting me to join you there today. I like it!
Sunday, 22 May 2011
Key ingredients
No..no..it’s not about cooking...hehe, I know, my plan to start practising my baking skill by baking delicious cake this week didn’t materialise. It’s being postpone to next week J
Guess what these ingredients are for?
Trust and earned respect
Lots of laugh
Healthy argument
Efforts and to work at it to last
What? A relationship? Yes..yes..that’s close..but no just a relationship, it’s the key ingredients for a lasting marriage. They are few of the secrets of happy and long lasting marriages of several couples being interviewed by this TV director as part of his preparation before his own wedding in three weeks time to an Italian lady. One couple who has been married for 71 years said that never avoid arguments because that can leave a scar behind. Argue if necessary but make the argument healthy that is to argue with respect and purpose not simply to hurt your spouse’s feeling or to show that you are superior. Interesting, huh!
Back to basic
When comes to food, it is best to stick to the basic. Stay away from any processed food unless you know the details of the process of making that particular food. Where do I get such affirmative ideas about processed food? Well, yes, I’ve read about the cons of processed food before. Diet or a well-balanced eating is my subject of interest too. I sometimes imagine myself as a dietician. Anyway, back to the question, I promise myself to choose food that is in the form similar to when it was produced or what people call in the basic form of food after I watched Jamie Oliver, the famous English chef in his program ‘Food Evolution’. I don’t know but I am shocked when he explained about the chemicals being used in making processed food such as burgers and sausages. So after this I will go a big Nay to..’fast food’
Everyone is a winner
Secara kebetulan saya terjumpa program ‘human creation’. Rupa-rupanya ia adalah program mingguan bbc. Saya teruja kerana saya memang suka program dokumentari. Dapat menambah ilmu pengetahuan sambil terhibur dengan kaletah pengacara nya, seorang doktor perubatan lulusan oxford. Aaah..saya terkenang ‘my childhood’, menjadi doktor adalah cita-cita saya dahulu.
Siri pertama yang saya tonton tiga minggu lepas berkisar tentang kejadian awal manusia, bermula dengan pertemuan benih daripada bapa yang disenyawakan di dalam salur fallopian ibunya. Pada saya ia sungguh menarik kerana setiap orang terbentuk hasil gabungan sel ibu dan bapa. Sebelum bergabung, sel(sperma) yang membawa maklumat DNA daripada bapa terpaksa berjuang untuk sampai ke salur fallopian si ibu. Perjalanan yang dilalui oleh sperma itu sangat-sangat mencabar kerana dalam badan si ibu, sperma adalah ‘intruders’. Daripada berjuta sperma hanya beberapa sperma sahaja yang berjaya sampai ke salur fallopian si ibu. Seorang doktor mengatakan ia lebih mencabar daripada mendaki Gunung Everest. Banyak yang tidak kesampaian – banyak yang akan mati, ‘lost’ atau dimusnahkan oleh system imuniti si ibu. Kalau berjaya bergabung pun, gabungan itu tidak akan berjaya sekirannya terdapat sebarang ‘chromosomal abnormalities’. Hanya yang menepati piawaian Allah sahaja yang akan berjaya. Sungguh besar kekuasaan Allah. It is an amazing selection. It is a survival of the fittest. Jadi, hargailah setiap ‘human being’ dan we should not feel less superior than others because everyone, once born is a winner.
Everyone is a winner
Secara kebetulan saya terjumpa program ‘creation of human’. Rupa-rupanya ia adalah program mingguan bbc. Saya teruja kerana saya memang suka program dokumentari. Dapat menambah ilmu pengetahuan sambil terhibur dengan kaletah pengacara nya, seorang doktor perubatan lulusan oxford. Aaah..saya terkenang ‘my childhood’, menjadi doktor adalah cita-cita saya dahulu.
Siri pertama yang saya tonton tiga minggu lepas berkisar tentang kejadian awal manusia, bermula dengan pertemuan benih daripada bapa yang disenyawakan di dalam salur fallopian ibunya. Pada saya ia sungguh menarik kerana setiap orang terbentuk hasil gabungan sel ibu dan bapa. Sebelum bergabung, sel(sperma) yang membawa maklumat DNA daripada bapa terpaksa berjuang untuk sampai ke salur fallopian si ibu. Perjalanan yang dilalui oleh sperma itu sangat-sangat mencabar kerana dalam badan si ibu, sperma adalah ‘intruders’. Daripada berjuta sperma hanya beberapa sperma sahaja yang berjaya sampai ke salur fallopian si ibu. Seorang doktor mengatakan ia lebih mencabar daripada mendaki Gunung Everest. Banyak yang tidak kesampaian – banyak yang akan mati, ‘lost’ atau dimusnahkan oleh system imuniti si ibu. Kalau berjaya bergabung pun, gabungan itu tidak akan berjaya sekirannya terdapat sebarang ‘chromosomal abnormalities’. Hanya yang menepati piawaian Allah sahaja yang akan berjaya. Sungguh besar kekuasaan Allah. It is an amazing selection. It is a survival of the fittest. Jadi, hargailah setiap ‘human being’ dan we should not feel less superior than others because everyone, once born is a winner.
Saturday, 14 May 2011
Kekal Positif ?
Saya teringat kata-kata rakan seflat saya pada suatu ketika dahulu. Beliau seorang berfahaman hindu dan berasal dari India. Beliau berkata ketika terfikirkan perkara-perkara negatif, kita putuskan gelombangnya dengan menukarkan ia dengan perkara yang positif. Saya kagum dengan dia, patutlah saya lihat dia boleh dengan lantang meluahkan rasa tidak puas hati (berkonfrontasi) dengan sesiapa sahaja dan dia kemudiannya boleh kelihatan selamba. Kalau saya, sudah tentu akan asyik terfikirkan perkara itu berhari-hari sehingga menjejaskan mood saya. Saya tahu dalam hal ini ‘dont’ think too much’. Saya cuba dan masih mencuba untuk mengawal diri daripada terbawa-bawa memikirkan sesuatu perkara, terutamanya yang negatif. Saya nak sentiasa ‘stay calm and cheerful’.
Pagi ini saya terfikir-fikir apa saranan Islam dalam hal ini. Saya cuba mengingati ceramah-ceramah dan apa yang saya baca. Rupa-rupanya caranya mudah sahaja. Pertama, dengan sentiasa mengingati Allah. Kita boleh berzikir, kita boleh bersalawat dan kalau kita berseorangan kita boleh menyebutnya. Kemudian, senyum, sentiasa senyum. Senyum adalah sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Saya boleh melakukannya. Ia sangat mudah. Memang Islam itu mudah. Nak amalkanlah – mengingati Allah dan senyum. Pahala dapat insya-Allah, hati pun senang.
Wednesday, 11 May 2011
Fikirkan yang baik-baik – untung!
Pernah dengar tak ungkapan ini ‘you’re what you thought’. Apa yang saya faham adalah apa yang kita fikirkan akan mempengaruhi perasaan dan tindakan kita. Jadi kenapa kita nak bersangka buruk dengan orang lain. Kenapa kita nak fikir yang tidak baik. Saya yakin kita semua ingin menjadi baik dan lebih baik dan semakin baik. Jadi, marilah kita fikir yang baik-baik sahaja.
Saya bersyukur kerana didorong oleh Allah untuk berfikiran positif. Saya memang seorang yang ‘positive-minded’. Tetapi saya rasakan sekarang kadang-kadang saya tidak sepositif dahulu. Mungkin pengalaman dan pemerhatian saya tentang apa yang berlaku di sekeliling membuatkan saya terfikirkan yang negatif atau mungkin saya ingin bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan (yang selalunya negatifla kan). Rupa-rupanya cara ini tidak bagus. Ia menyebabkan saya terlalu memikirkan perkara yang negatif yang sepatutnya saya buang jauh-jauh daripada fikiran saya. Seeloknya saya berdoa supaya Allah memudahkan urusan saya dan mengizinkan saya mencapai apa yang saya usahakan. Kemudian, saya bertawakkal, yakin yang Allah memakbulkan doa – doa saya. Bukankan Allah ada berfirman yang lebih kurang maksudnya, berdoa kepada Allah, Allah akan jawab (makbulkan) semua doa-doa itu. Hai senangnya tatafikir seorang Islam. Memang Islam itu mudah.
Jadi semenjak dua menjak ini, saya mulakan hari saya dengan mengucapkan kesyukuran kepada Allah atas semua yang Allah berikan kepada saya dan berdoa moga-moga Allah mengizinkan saya mencapai semua impian saya. Apa yang saya rasa? Adakah saya rasa berbeza? Ya, saya rasa seperti mendapat tenaga baru untuk melalui aktiviti harian saya. Saya bayangkan saya menggunakan masa dengan baik dan Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya betul-betul menjadi produktif. Sekarang saya istiqamah. Kena konsistentlah kan, baru bagus. Apa kata kita semua praktikan. Insya-Allah, kita akan rasa lebih tenang dan bahagia. Everything will be okay. Life is great.
Monday, 9 May 2011
Hati & Minda - seiringlah
Di mana letaknya bahagia? Hati. Tetapi untuk mengerakkan hati supaya bahagia dan kekal bahagia kita memerlukan ‘mindset’ yang betul. Agama kita melarang kita berburuk-sangka. Walau tiada siapa tahu kita sangka-sangka dengan orang lain tetapi Allah tahu. Kita juga disuruh optimistik dan tolak jauh-jauh rasa bimbang dan risau (konsept tawakkal). Kenapa kita perlu memusatkan fikiran kita ke arah yang positif sahaja? Kerana ia akan mempengaruhi tindakan kita dan usaha kita untuk mencapai apa yang kita inginkan.
Saya masih ingat sewaktu kecil, kami, adik-beradik suka bercakap tentang apa yang kami mahu. Dilahirkan daam keluarga yang besar, keutamaan abah dan ummi adalah pemakanan yang sihat dan pelajaran. Jadi, kami mungkin keluarga yang terakhir mempunyai tv di kampung kami. Seperti kanak-kanak lain, kami begitu teringin menonton tv. Jadi setiap petang, semasa menikmati minum petang, kami akan berangan-angan mempunyai tv. Alhamdulillah, setelah beberapa tahun membayangkan ada tv di rumah, akhirnya abah membeli sebuah tv. Kami sangat gembira. Begitu juga keinginan untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara. Semenjak di sekolah rendah saya telah membayangkan saya berjaya mendapat peluang belajar ke luar negara. Alhamdulillah, Allah izinkan saya ke UK.
Rupa-rupanya saya selalu berjaya mencapai apa yang saya inginkan dahulu kerana saya berfikiran positif. Kenapa setelah bekerja bertahun-tahun, saya berhenti menumpukan fikiran saya ke arah apa yang saya inginkan. Adakah saya tidak mahu termasuk dalam golongan yang panjang angan-angan, mungkin ya, saya tidak mahu dipermainkan dan dipujukrayu oleh syaitan supaya lalai dalam membuat persediaan untuk dibawa ke dunia yang kekal abadi. Berfikiran positif dan berangan-angan panjang adalah dua perkara yang sangat berbeza rupanya.
Berangan-angan panjang adalah hobi mat jenin. Hanya berangan tanpa berusaha. Berfikiran positif seiringan dengan usaha yang betul. Saya akan betulkan kaedah berfikir saya ini. Saya akan fikirkan saya dengan izin Allah akan mencapai apa yang saya impikan dan inginkan dalam hidup ini, insya-Allah. Mari kita sama-sama kawal fikiran kita dan buang jauh-jauh sebarang kebimbangan. Mari kita bulatkan hati percaya yang kita mampu dan boleh mencapai apa sahaja kehendak kita jika diizinkan Allah. Tetapi marilah kita inginkan perkara yang baik-baik dan bermanfaat kepada diri sendiri, keluarga, rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang ada di sekeliling kita agar kita bukan sahaja Berjaya di dunia tetapi juga Berjaya di akhirat.
Wednesday, 4 May 2011
gambaran kiamat
Pernahkah merasa masa yang Allah bagi tidak digunakan sepenuhnya untuk membuat amalan baik. Ini perasaan saya hari ini. Procrastination is bad but I need a good reminder so that I will do my best to optimise every second of my day/time. Harapnya gambaran kiamat di bawah ini menjadi peringatan yang berkesan untuk saya. Thanks to Aida Cutes for sharing.
Gambaran Hari Kiamat
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber daripada : Amar Sufi
Subscribe to:
Comments (Atom)











